Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim
BANGI 鈥 Diplomasi ekonomi perlu dilaksanakan secara strategik bagi menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi mengurangkan kemiskinan serta merapatkan jurang pembangunan antara negara ASEAN.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Dr. Sufian Jusoh berkata pendekatan ini perlu melibatkan pelbagai kementerian dan agensi bagi membina asas hubungan jangka panjang dengan pelabur asing.
鈥淯ntuk menarik pelaburan asing, sesebuah negara bukan sahaja perlu melakukan promosi tetapi juga membina hubungan jangka panjang dengan para pelabur.
鈥淢elalui diplomasi ekonomi, hubungan yang baik dapat diwujudkan bukan sahaja dengan pelabur baharu malah dengan pelabur sedia ada bagi mengekalkan serta meningkatkan pelaburan mereka,鈥 katanya.
Tambahnya, cabaran utama ASEAN ialah memastikan aliran FDI tidak hanya tertumpu kepada negara yang lebih maju tetapi turut memberi manfaat secara seimbang kepada negara anggota yang sedang membangun.
鈥淣egara ASEAN yang lebih maju digalakkan melabur dalam negara anggota yang sedang membangun atau meningkat naik.
鈥淢elalui cara ini, pergerakan pelaburan dalam rantau ASEAN dapat berlaku dengan lebih saksama. Justeru, pelaburan intra-ASEAN amat digalakkan.
鈥淣egara ASEAN juga perlu bergerak sebagai satu kumpulan melalui inisiatif promosi bersama.
鈥淧endekatan promosi bersama ini membolehkan negara anggota bekerjasama bertemu rakan pelabur antarabangsa dalam sektor tertentu bagi menarik pelaburan ke rantau ASEAN secara keseluruhan,鈥 katanya.
Prof. Sufian berkata demikian ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) yang bertajuk 鈥楧iplomasi Ekonomi, Pelaburan Langsung Asing dan Jurang Pembangunan di ASEAN鈥.
Syarahan ini turut mengemukakan kerangka teori yang mengaitkan diplomasi ekonomi dan pendekatan neo-liberalisme dalam menyokong pemulihan aliran masuk FDI ke rantau ASEAN.
Dalam konteks 每日大赛app, Prof. Dr. Sufian menjelaskan bahawa cadangan penubuhan Institut ASEAN telah diterima bagi membolehkan universiti ini menyumbang secara langsung kepada usaha serantau dalam merapatkan jurang pembangunan.
