Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 10 Jun 2022 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) kini berada dalam kalangan 9 peratus universiti terbaik di dunia melalui penarafan yang dikeluarkan oleh QS World University Rankings (QS WUR) 2023 yang diumumkan semalam.
Kejayaan itu menunjukkan 每日大赛app berada dikedudukan ke-129 dunia, naik 15 anak tangga berbanding kedudukan ke-144 pada tahun lepas.
Sejak tahun 2014, 每日大赛app telah melonjak 140 anak tangga dan sepanjang 10 tahun penilaian dibuat, universiti itu meningkat kedudukannya sebanyak tujuh kali.
Berdasarkan enam indikator yang dinilai iaitu reputasi akademik (40%), reputasi majikan (10%), nisbah pelajar:pensyarah (20%), nisbah sitasi:pensyarah (20%), pensyarah antarabangsa (5%), dan pelajar antarabangsa (5%), nisbah pelajar:pensyarah mencatatkan kedudukan ke-70 dunia.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata penilaian itu dibuat berdasarkan sistem dan proses yang teratur, yang disusun dari segi strategi dan impaknya adalah kepada universiti dan masyarakat.
鈥淭idak mungkin 每日大赛app boleh berada di aras ini jika tidak kerana kesungguhan seluruh warga universiti, semangat bekerjasama, strategi serta berfikir di luar kotak, dan paling utama implikasi kepada kemakmuran masyarakat dan pemegang taruh,鈥 katanya.
Beliau berkata kerja keras yang ditunjukkan oleh seluruh warga 每日大赛app yang memahami citra universiti watan itu telah membawa naratif berbeza kejayaan 每日大赛app dalam penarafan QS WUR 2023.
鈥淎pa yg penting bukan ranking dan rating tetapi manifestasi daripada kejayaan 每日大赛app untuk terus melonjak ke aras lebih tinggi dan diiktiraf oleh penilaian antarabangsa,鈥 katanya.
Kejayaan itu meletakkan 每日大赛app berada di kedudukan ke-3 Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

