ÿÈÕ´óÈüapp

Bantuan Bencana Banjir Kepada Dua Sekolah Yang Menyumbang Kepada Penubuhan ÿÈÕ´óÈüapp

Flood Relief Aid To Two Schools That Donated To ÿÈÕ´óÈüapp’s Formation1Oleh Abd Raai Osman
Foto Abd Raai Osman

TUMPAT, KELANTAN, 1 Januari 2015 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) hari ini telah menyampaikan sumbangan banjir kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat dan Sekolah Kebangsaan Tumpat dalam majlis ringkas tetapi amat menyentuh perasaan di sini hari ini.

Kedua-dua sekolah itu melakar sejarah sendiri apabila pernah menderma wang ketika kempen penubuhan ÿÈÕ´óÈüapp sekitar akhir tahun 1960an dahulu.

Ketika awal penubuhan ÿÈÕ´óÈüapp, SMK Tumpat telah menderma sebanyak RM5.50 dan SK Tumpat sebanyak RM3.50 .

Bantuan itu telah disampaikan kepada Pengetua SMK Tumpat Haji Wan Ali bin Mamat, seorang graduan ÿÈÕ´óÈüapp dalam bidang Fizik Gunaan pada tahun 1983 dan Guru Besar SK Tumpat Haji Mohd Samsudin bin Yusoff.

Ia dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat, Khairuddin Mohamed, Timbalan Pendaftar ÿÈÕ´óÈüapp Haji Abd Razak Hussin dan Setiausaha kehormat Bulan Sabit Merah ÿÈÕ´óÈüapp Haji Zainuddin Daud bersama 20 orang petugas misi banjir ÿÈÕ´óÈüapp.

Petugas ÿÈÕ´óÈüapp juga telah mengunjungi rumah-rumah guru yang mengalami bencana banjir dan menyampaikan sumbangan dari tabung zakat ÿÈÕ´óÈüapp.

Abd Razak yang juga Ketua Petugas Misi Bantuan Banjir ÿÈÕ´óÈüapp berkata jumlah sumbangan kedua-dua sekolah itu mungkin kecil mengikut nilai sekarang namun ia menjadi pencetus semangat kepada pengurusan ÿÈÕ´óÈüapp ke arah memberi pendidikan yang  cemerlang.

Abd Razak berkata masyarakat Tumpat sejak itu telah dekat di hati warga ÿÈÕ´óÈüapp justeru bencana banjir telah membawa warga ÿÈÕ´óÈüapp menemui masyarakat Tumpat dalam usaha membantu mereka.

ukmnewsportal-bm