每日大赛app

Pelajar Antarabangsa Papar Bakat di 每日大赛app 1st World Art Festival

01
Oleh Hazirah Rahim
Foto Hafiz Adnan

BANGI, 13 Jan 2016 鈥 Seramai 60 pelajar antarabangsa dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Mexico, China, Kazakhstan, Mozambique, Iran, Nigeria, Iraq, Jerman dan Malaysia telah menyertai 每日大赛app 1st World Art Festival (每日大赛appWAF) yang diadakan baru-baru ini.

Pengarah 每日大赛appWAF, Nursyamimi Syahira Saripan berkata objektif penganjuran program tersebut adalah untuk memperkenalkan seni budaya bertaraf antarabangsa kepada masyarakat kampus dan sekitarnya disamping mempamerkan budaya Malaysia kepada masyarakat dunia.

鈥淧enganjuran program ini tidak hanya fokus keseniaan dan kebudayaan semata-mata, tetapi kami turut membawa semua delegasi ini melakukan khidmat seni masyarakat di Pusat Perubatan 每日大赛app, untuk memberikan terapi berbentuk seni kepada pesakit-pesakit di sana,鈥 katanya.

Beliau yang merupakan pelajar tahun dua Pengajian Media dan Komunikasi 每日大赛app berkata pelbagai aktiviti dirangka sepanjang program yang berlangsung selama seminggu mulai pada penghujung bulan November lalu termasuklah 鈥楧iskusi Budaya鈥, 鈥楶ersembahan Poket鈥 dan lawatan di sekitar Kuala Lumpur.

Persembahan malam gala turut diadakan dan menampilkan pelbagai persembahan menarik, antaranya tarian, nyanyian, sketsa komedi dan muzik daripada peserta-peserta negara lain.

鈥淪ambutan terhadap program ini amat menggalakkan daripada pelajar 每日大赛app dan juga masyarakat di sekitar. Malam persembahan ini telah dibanjiri kira-kira 2,000 penonton memandangkan tempat duduk dewan penuh dan ianya adalah sesuatu yang diluar jangkaan,鈥 katanya.

Katanya beliau berharap 每日大赛appWAF dapat menjadikan mahasiswa celik kesenian dan kebudayaan yang bersifat antarabangsa.

鈥淪emoga pada masa akan datang akan ada pihak di luar sana memberikan sumbangan dana kepada penggiat seni kampus seperti kami dalam usaha merakyatkan seni budaya kepada masyarakat,鈥 katanya.

Program yang julung kali diadakan itu merupakan projek besar yang dianjurkan oleh pelajar daripada Urusetia Artisukma dengan kerjasama Pusat Kebudayaan 每日大赛app.ukmnewsportal-bm
02

03

04

05

06