Sukan | 每日大赛app News Portal /news 每日大赛app News Portal Mon, 30 Jan 2023 06:09:29 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 每日大赛app Iktiraf Atlet Staf Dan Pelajar /news/Latest_News/ukm-iktiraf-atlet-staf-dan-pelajar/ Mon, 30 Jan 2023 06:09:29 +0000 /news/?post_type=news&p=24077 Oleh Murniati Abu Karim Foto Shahiddan Saidi BANGI, 18 Januari 2023 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) meraikan atlet dalam kalanganBaca Selanjutnya

The post 每日大赛app Iktiraf Atlet Staf Dan Pelajar first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 18 Januari 2023 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) meraikan atlet dalam kalangan staf dan pelajarnya dalam Majlis Apresiasi Sukan yang menjadi manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada atlet universiti yang telah berbakti dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengharumkan nama 每日大赛app.

Dianjurkan oleh Pusat Sukan, penilaian penerima anugerah adalah berdasarkan kepada sumbangan dan penglibatan atlet dalam bidang sukan di pelbagai peringkat kejohanan di 每日大赛app peringkat Institut Pengajian Tinggi dan juga negara.

Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Apresiasi Sukan 2022, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil berkata pengiktirafan yang diberikan ini adalah berlandaskan kepada pencapaian, komitmen serta kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh penggiat sukan dalam setiap penyertaan dan pertandingan yang dianjurkan.

鈥淎nugerah ini diharapkan dapat menyuntik semangat, mencetus inspirasi dan menjadi platform dalam meningkatkan kecemerlangan warga 每日大赛app dalam bidang sukan.

鈥淪ebagai sebuah universiti watan, 每日大赛app amat memerlukan setiap warganya bersatu hati dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi dalam meningkatkan kecemerlangan 每日大赛app dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang sukan,鈥 katanya.

Bekas Atlet Olahraga Negara, Encik Nazmizan Muhammad turut hadir bagi memeriahkan majlis ini dengan perkongsian pengalamannya selama beliau berkecimpung dalam bidang sukan.

Pada majlis ini, Pengerusi Yayasan Azman Hashim, Tan Sri Azman Hashim telah menerima anugerah Khas Apresiasi Sukan diatas segala sumbangannya.

Yayasan Azman Hashim juga turut menyumbangkan sebanyak RM6, 648, 000 kepada tabung endowment 每日大赛app.

Pada majlis tersebut, Encik Mohd Muqlis Borhan dan Dr Ester Salimun dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kakitangan. Sementara itu, Faiz Rozain dan Nur Dhabitah Sabri dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Pelajar.

The post 每日大赛app Iktiraf Atlet Staf Dan Pelajar first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
每日大赛app di Tangga Ke-7 dalam SUKANUN VE /news/Latest_News/ukm-di-tangga-ke-7-dalam-sukanun-ve/ Thu, 26 Aug 2021 02:30:47 +0000 /news/?post_type=news&p=21739 Oleh Asmahanim Amir Foto Pusat Sukan 每日大赛app BANGI, 25 Ogos 2021 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menduduki tangga ketujuh daripadaBaca Selanjutnya

The post 每日大赛app di Tangga Ke-7 dalam SUKANUN VE first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Sukan 每日大赛app

BANGI, 25 Ogos 2021 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menduduki tangga ketujuh daripada 36 agensi Badan Berkanun yang menyertai Kejohanan Sukan Badan Berkanun Virtual Edition 2021 (SUKANUN VE) yang diadakan dari 19 Ogos hingga 22 Ogos lalu secara dalam talian.

Dalam sukan tersebut, 每日大赛app telah menghantar 26 orang atlet, dua pegawai dan empat urusetia bagi menyertai lima daripada tujuh acara yang dipertandingkan.

Muhammad Firdaus yang menyertai acara PES MOBILE telah merangkul pingat perak selepas kalah tipis kepada pemain dari Majlis Perbandaran Klang dengan keputusan 3 berbalas 4.

Kemenangan Muhammad Firdaus itu meletakkan 每日大赛app berada di tangga ketiga antara Institusi Pengajian Tinggi yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Majlis Perbandaran Klang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SUKANUN VE dengan pungutan 2 pingat emas dan 1 gangsa.

Pendaftar 每日大赛app, Dr. Ina Md Yasin mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dipamerkan oleh atlet 每日大赛app.

鈥淢enang atau kalah adalah adat permainan. Apa yang lebih penting ialah semangat kesukanan dan semangat juang yang dizahirkan oleh saudara saudari.

鈥淚nsya Allah kita akan teruskan usaha dan perjuangan pada tahun hadapan,鈥 katanya dalam satu kenyataan.

The post 每日大赛app di Tangga Ke-7 dalam SUKANUN VE first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Pusat Sukan 每日大赛app Anjur Program Larian Secara Maya /news/Latest_News/pusat-sukan-ukm-anjur-program-larian-secara-maya/ Mon, 12 Jul 2021 03:26:34 +0000 /news/?post_type=news&p=21556 Oleh: Farah A鈥檒ia Manan BANGI, 6 Julai 2021- Program Fittest College Run (FCR) 2021 yang dianjurkan oleh Pusat Sukan 每日大赛appBaca Selanjutnya

The post Pusat Sukan 每日大赛app Anjur Program Larian Secara Maya first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh: Farah A鈥檒ia Manan

BANGI, 6 Julai 2021- Program Fittest College Run (FCR) 2021 yang dianjurkan oleh Pusat Sukan 每日大赛app pada Mei lalu mendapat sambutan hangat dengan penyertaan hampir 500 peserta terdiri dalam kalangan kakitangan dan pelajar 每日大赛app.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan 每日大赛app, Mohd Fairus Shafie berkata, program tersebut adalah inisiatif pihak Pusat Sukan 每日大赛app yang mengalu-alukan pelajar dan orang awam untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

鈥淧rogram FCR 聽meletakkan cabaran 10km聽 dalam satu minggu bermula 24 hingga 30 Mei 2021 bagi membudayakan amalan gaya hidup sihat di 每日大赛app,鈥 katanya semasa 鈥榃ebinar Berlari Lebih Kilometer; Ini Rahsianya鈥 dan Majlis Penutup Fittest College Run 2021 每日大赛app yang diadakan secara dalam talian melalui Facebook Pusat Sukan 每日大赛app dan aplikasi Zoom baru-baru ini.

Antara kategori yang pertandingkan adalah individu terpantas wanita dan lelaki, jarak larian terkumpul paling jauh dan kolej paling cergas.

Webinar ini juga menjemput Penolong Pengurus Program Institut Sukan Negara, Mohd Faiz Othman atau lebih dikenali sebagai 聽Coach Faiz Matfo yang berkongsi pengalaman sebagai pelari jarak jauh.

Beliau memberikan perkongsian terbuka kepada sesiapa yang baru bermula dalam aktiviti larian dan menjadikannya sebagai gaya hidup yang sihat dan cergas termasuklah bebas dari kecederaan.

鈥淪aya hanya memulakan aktiviti larian dengan satu kilometer sahaja sehinggalah dapat menyertai 100km dalam ultra marathon selama 15 jam,鈥 katanya.

Beliau menambah, aktiviti larian dapat mengubah pola kehidupannya kepada yang lebih sihat.

鈥淏erlari lebih jauh memerlukan komitmen dan kesabaran yang sangat tinggi dan jangan sesekali membandingkan diri anda dengan orang lain,鈥 katanya.

The post Pusat Sukan 每日大赛app Anjur Program Larian Secara Maya first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
每日大赛app-SEGi University Johan Bersama Kejohanan Kriket 每日大赛app Twenty20 Piala KPM 2019 /news/Latest_News/ukm-segi-university-johan-bersama-kejohanan-kriket-ukm-twenty20-piala-kpm-2019/ Wed, 20 Nov 2019 03:33:55 +0000 /news/?post_type=news&p=19396 Oleh Asmahanim Amir Foto Ikhwan Hashim BANGI, 19 November 2019 鈥 Pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan pasukan SEGi UniversityBaca Selanjutnya

The post 每日大赛app-SEGi University Johan Bersama Kejohanan Kriket 每日大赛app Twenty20 Piala KPM 2019 first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 19 November 2019 鈥 Pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan pasukan SEGi University telah dinobatkan Johan Bersama Kejohanan Kriket 每日大赛app Twenty20 Piala KPM 2019, apabila kedua-dua pasukan itu tidak dapat meneruskan perlawanan akhir kejohanan tersebut atas faktor cuaca dan keadaan oval yang tidak sesuai.

Jadi, pengarah teknikal kejohanan telah mengambil keputusan untuk mengisytiharkan kedua-dua pasukan (每日大赛app dan SEGi University) adalah johan bersama.

Pemain terbaik telah dinobatkan kepada Anas Mahmood Malik dari SEGi University. Sepanjang kejohanan itu, beliau telah membuat sebanyak 159 larian dan tiga wicket.

Tempat ketiga telah dimenangi oleh UiTM, manakala tempat keempat disandang oleh MMU.

Kejohanan kali ini adalah edisi ke-10 dan tahun ini adalah tahun kedua kejohanan yang menggunakan sepenuhnya lokasi perlawanan di 每日大赛app-YSD Oval.

Sebanyak lapan pasukan telah mengambil bahagian iaitu 每日大赛app, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Multimedia (MMU), University of Nottingham (Malaysia), Taylor鈥檚 University (Malaysia) dan SEGi University.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Ir Dato鈥 Dr Othman A. Karim. Turut hadir adalah Ketua Penolong Setiausaha Kanan Unit Sukan, Cawangan Operasi Strategik, Bahagian Dasar dan Penyelarasan Dasar KPM, Dr Pekan Ramli.

The post 每日大赛app-SEGi University Johan Bersama Kejohanan Kriket 每日大赛app Twenty20 Piala KPM 2019 first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Final Piala Cabaran: 每日大赛app FC tidak Beri Kemenangan Mudah kepada JDT II /news/Latest_News/final-piala-cabaran-ukm-fc-tidak-beri-kemenangan-mudah-kepada-jdt-ii/ Tue, 15 Oct 2019 01:49:38 +0000 /news/?post_type=news&p=19190 Oleh Asmahanim Amir Foto Ikhwan Hashim & Izwan Azman CHERAS, 14 Oktober 2019 鈥 Walaupun impian untuk menjulang Piala CabaranBaca Selanjutnya

The post Final Piala Cabaran: 每日大赛app FC tidak Beri Kemenangan Mudah kepada JDT II first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim & Izwan Azman

CHERAS, 14 Oktober 2019 鈥 Walaupun impian untuk menjulang Piala Cabaran tidak kesampaian, tetapi pasukan 每日大赛app FC tidak memberi kemenangan mudah kepada pasukan JDT II apabila perlawanan itu terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat.

Pasukan Harimau Selatan II memastikan kejuaraan pada edisi kedua itu milik mereka setelah mengecewakan The Varsity Boys 6-5 pada penentuan sepakan penalti di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, baru-baru ini.

JDT II yang hadir ke gelanggang lawan dengan membawa bekalan satu gol dari perlawanan pertama dilihat berjaya menguasai permainan dalam separuh masa pertama, namun kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol sehingga tamat separuh masa pertama.

Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan masing-masing, sehinggalah gawang gol JDT II dibolosi gol apabila Matteo Roskam berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-82.

JDT II yang berstatus pasukan bintang sedikit pun tidak menggentarkan pasukan 每日大赛app FC yang berjaya mengekalkan disiplin terutama di bahagian pertahanan sehingga berjaya memastikan gawang mereka tidak dibolosi sepanjang 120 minit masa perlawanan.

Pada perlawanan akhir kedua tersebut, penjaga gol 每日大赛app FC, Khatul Anuar Md Jalil telah menerima Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan atas rekod cemerlang yang dipamerkan sepanjang perlawanan.

Perlawana tersebut telah dihadiri oleh Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Shukor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan barisan pengurusan tertinggi 每日大赛app.

The post Final Piala Cabaran: 每日大赛app FC tidak Beri Kemenangan Mudah kepada JDT II first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Atlet Ping Pong dan Berbasikal dinobat Olahragawan dan Olahragawati 每日大赛app /news/Latest_News/atlet-ping-pong-dan-berbasikal-dinobat-olahragawan-dan-olahragawati-ukm/ Tue, 02 Apr 2019 06:53:35 +0000 /news/?post_type=news&p=18388 Oleh Asmahanim Amir Foto Ikhwan Hashim BANGI, 1 April 2019 鈥 Atlet Ping Pong dan Berbasikal sekali lagi dinobatkan sebagaiBaca Selanjutnya

The post Atlet Ping Pong dan Berbasikal dinobat Olahragawan dan Olahragawati 每日大赛app first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 1 April 2019 鈥 Atlet Ping Pong dan Berbasikal sekali lagi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) pada Majlis Anugerah Sukan 每日大赛app Ke-29 di sebuah hotel di Bangi di sini.

Muhamad Ashraf Haiqal Muhamad Rizal telah dipilih sebagai Olahrawan 每日大赛app untuk dua tahun berturut-turut atas pencapaian terbaiknya dalam sukan Ping Pong.

Sepanjang tahun 2018, beliau telah memenangi pingat emas bagi acara Single & Team Event 55th Malaysia Table Tennis Championship, pingat emas Bergu Lelaki (SUKIPT) dan pingat emas Single Higher Education Sport Fest.

Di peringkat antarabangsa, beliau telah layak ke peringkat suku akhir Kejohanan Sukan Komenwel Gold Coast, pusingan 32 Kejohanan Sukan Asia Jakarta, separuh akhir Div 3 World Cup Champioship Sweeden dan suku akhir ITTF Challenge Thailand Open.

Sementara itu, bagi ketegori Olahragawati pula, panel pemilih telah memilih atlet Berbasikal iaitu Noraidillina Adilla J. Sam.

Beliau yang juga Olahragawati 每日大赛app bagi dua tahun berturut-turut telah dipilih kerana kejayaannya dalam mengharumkan nama 每日大赛app khasnya dan Malaysia amnya dalam sukan Berbasikal sepanjang tahun 2018.

Antaranya, beliau telah memenangi pingat perak bagi acara Kriterium di Kejohanan Varsity Challenge 2018, pingat perak Road Race Team acara Criterium Kejohanan Singapore Cycling Cup 2018, tiga pingat emas Kejohanan Asian Track Championship, pingat perak Kejohanan SUKIP dan tempat keenam terbaik sprint wb Kejohanan Para Cycling Track World Championship di Brazil.

Olahragawan Kakitangan pula telah diberikan kepada Mohd Muqlis Borhan iaitu atlet bagi acara Sepak Takraw manakala Olahragawati Kakitangan telah dinobatkan kepada Dr Ester Salimun yang terlibat dalam sukan Teakwondo.

Anugerah Sukan 每日大赛app kali ini juga menyaksikan mantan Naib Canselor 每日大赛app, Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan Ghazali menerima Anugerah Tokoh Sukan. Beliau dipilih kerana telah banyak menyumbang jasa dan bakti terhadap pembangunan sukan universiti dan menyokong segala program yang dianjurkan.

Prof. Tan Sri Dr Noor Azlan adalah teraju utama dalam terbinanya Oval Kriket 每日大赛app-YSD yang dirasmikan pada bulan Januari lepas dan beliau juga Presiden Kelab Bola Sepak 每日大赛app (每日大赛appFC).

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Dato鈥 Muhammad Nasir Hamzah, Naib Canselor, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dan Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Roslee Rajikan.

The post Atlet Ping Pong dan Berbasikal dinobat Olahragawan dan Olahragawati 每日大赛app first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Gugusan HCTM Johan Sukan Staf 每日大赛app 2018 /news/Latest_News/gugusan-hctm-johan-sukan-staf-ukm-2018/ Fri, 27 Jul 2018 00:48:32 +0000 /news/?post_type=news&p=17170 Oleh Asmahanim Amir Foto Ikhwan Hashim BANGI, 20 Julai 2018 鈥 Gugusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dinobatkan sebagai JohanBaca Selanjutnya

The post Gugusan HCTM Johan Sukan Staf 每日大赛app 2018 first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 20 Julai 2018 鈥 Gugusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dinobatkan sebagai Johan Kejohanan Sukan Staf Antara Gugusan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) 2018 selepas memenangi 10 pingat emas, 10 perak dan sembilan gangsa.

Tempat kedua disandang oleh Gugusan Sains dengan sembilan emas, tujuh perak dan tujuh gangsa manakala Gugusan Perkhidmatan menduduki tangga ketiga selepas mengumpul lima emas, lima perak dan satu gangsa.

Pada majlis penutup kejohanan tersebut, Gugusan Pentadbiran telah diumumkan sebagai Johan bagi pertandingan perbarisan.

Pendaftar 每日大赛app, Abd Razak Hussin dalam ucapannya berkata, semangat muhibah dan persaudaraan adalah tunjang perpaduan bagi mengukuhkan silaturrahim di antara kakitangan tanpa mengira pangkat, kaum dan budaya yang boleh dizahirkan melalui kejohanan sukan ini.

Saya berharap agar warga 每日大赛app dapat mempamerkan kualiti dalam pelbagai bidang dan bergiat aktif dalam sukan, seterusnya mengharumkan nama 每日大赛app, katanya.

Perasmian majlis penutup kejohanan sukan itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dr. Ibrahim Saad.

The post Gugusan HCTM Johan Sukan Staf 每日大赛app 2018 first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Atlet Ping Pong Sukan Komenwel 2018 Olahragawan 每日大赛app /news/Latest_News/atlet-ping-pong-sukan-komenwel-2018-olahragawan-ukm/ Mon, 30 Apr 2018 06:43:31 +0000 /news/?post_type=news&p=16875 Oleh Asmahanim Amir Foto Ikhwan Hashim BANGI, 24 April 2018 鈥 Atlet Ping Pong yang mewakili negara dalam Sukan KomenwelBaca Selanjutnya

The post Atlet Ping Pong Sukan Komenwel 2018 Olahragawan 每日大赛app first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 24 April 2018 鈥 Atlet Ping Pong yang mewakili negara dalam Sukan Komenwel 2018 di Gold Coast, Australia, Muhammad Ashraf Haiqal Muhamad Rizal, telah dinobatkan sebagai Olahragawan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) di Majlis Anugerah Sukan 每日大赛app Kali ke-28 baru-baru ini.

Muhammad Ashraf Haiqal, pelajar tahun empat jurusan Sukan dan Rekreasi, Fakulti Pendidikan (FPEND) berkata, kejayaan beliau dalam menempatkan diri ke Sukan Komenwel adalah sesuatu yang tidak dijangka.

鈥淲alaupun saya tidak memenangi sebarang pingat, tetapi ini adalah prestasi terbaik saya dalam sukan Ping Pong,鈥 katanya.

Beliau menjelaskan akan mencuba memperbaiki kedudukan dan divisyen pada kejohanan Piala Dunia yang berlangsung pada 27 April ini.

鈥淪aya dan pasukan sekarang berada di division ketiga, jadi kami akan bertarung untuk ke divisyen dua,鈥 katanya yang akan menjalani latihan di Beijing, China.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato鈥 Lokman Hakim Ali berkata, walaupaun Muhammad Ashraf Haiqal tidak meraih sebarang pingat, tetapi beliau telah berada di kedudukan ke-16 terbaik dalam kategori perseorangan lelaki pada Sukan Komenwel yang lepas.

鈥淚tu satu kemajuan yang amat positif dalam kalangan atelt-atlet Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia.聽 Selain itu, untuk Sukan Sea 2017, 每日大赛app perlu berbangga kerana lapan daripada atletnya telah mewakili negara dalam sukan ini 聽mencerminkan bahawa atlet-atlet di universiti mampu mempamerkan prestasi yang baik,鈥 katanya.

Beliau amat positif, bahawa pada masa hadapan lebih ramai bakat-bakat baru di peringkat universiti dapat dikenal pasti dan dapat diangkat sebagai atlet yang mewakili negara ke kejohanan-kejohanan besar.

Dalam majlis yang sama, Noraidillina Adilla J. Sam dari acara sukan berbasikal telah dinobatkan sebagai Olahragawati 每日大赛app.

Majlis Anugerah Sukan 每日大赛app dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Ibahim Saad dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan.

The post Atlet Ping Pong Sukan Komenwel 2018 Olahragawan 每日大赛app first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Pasukan Bola Tampar 每日大赛app dinobat Pasukan Lelaki Terbaik SUKIPT 2018 /news/Latest_News/pasukan-bola-tampar-ukm-dinobat-pasukan-lelaki-terbaik-sukipt-2018/ Mon, 26 Feb 2018 09:00:14 +0000 /news/?post_type=news&p=16658 Oleh Asmahanim Amir Foto Ikhwan Hashim BANGI, 15 Feb 2018 鈥 Pasukan bola tampar Univrsiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah dinobatkanBaca Selanjutnya

The post Pasukan Bola Tampar 每日大赛app dinobat Pasukan Lelaki Terbaik SUKIPT 2018 first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 15 Feb 2018 鈥 Pasukan bola tampar Univrsiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah dinobatkan sebagai pasukan lelaki terbaik Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 yang telah menutup tirai pada 10 Februari lepas.

Pasukan yang diketuai oleh Mohd Aizat Mohd Zokri, pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan telah memenangi pingat emas selepas menewaskan pasukan UPM dengan agregat 3-1.

Mohd Aizat berkata kejayaan itu adalah kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi yang ditonjolkan oleh pasukannya sepanjang SUKIPT berlangsung.

鈥淜ami lebih meningkatkan kualiti latihan berbanding kemenangan kerana kami berpegang bahawa jika berlatih dengan bersungguh-sungguh, inshaAllah kemenangan itu akan datang kemudian,鈥 katanya selepas Majlis Penutup SUKIPT 2018 baru-baru ini.

Beliau berkata pasukan bola tampar 每日大赛app akan terus menempa kejayaan demi kejayaan kerana pasukan itu memiliki pemian bertaraf nasional.

鈥淜ita mempunyai tiga hingga empat pemain yang telah mewakili Negara dalam Sukan SEA 2017. Jadi, saya yakin pasukan kami mempunyai masa depan yang cerah untuk menaikkan lagi nama 每日大赛app dipersada sukan negara,鈥 katanya.

Beliau berharap agar pasukan bola tampar 每日大赛app akan terus mengekalkan momentum yang telah ada dan sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang.

SUKIPT 2018 adalah kejohanan bertaraf antarabangsa kerana julung kalinya menerima penyertaan dari Christ University, India untuk sukan kriket.

Selain itu, tiga negara ASEAN yang turut bertanding dalam SUKIPT ialah Thailand聽 yang diwakili oleh Thaksin University, Nakhon Si Thammarat Rajabhat University, Phuket Rajabhat University, Suratthani University dan Thammasat University.

Indonesia diwakili Universitas Negeri Jakarta dan Universitas Surabaya manakala Singapura diwakili oleh Nanyang Technological University.

SUKIPT edisi keempat telah mempertaruhkan 238 pingat emas, 238 pingat perak dan 399 pingat gangsa untuk 27 acara.

Temasya sukan itu disertai oleh 78 kontinjen iaitu 20 universiti awam, 42 universiti swasta, sembilan universiti antarabangsa, lima institut pendidikan guru, Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti Malaysia telah berlangsung 聽dari 2 hingga 10 Februari di 每日大赛app, Bangi.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti 每日大赛app, Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Ibrahim Saad. Turut hadir ialah Naib Canselor 每日大赛app, Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan Ghazali.

The post Pasukan Bola Tampar 每日大赛app dinobat Pasukan Lelaki Terbaik SUKIPT 2018 first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
42.1 Peratus Sumbangan Emas Sukan SEA 2017 Atlet IPT /news/Latest_News/42-1-peratus-sumbangan-emas-sukan-sea-2017-atlet-ipt/ Wed, 07 Feb 2018 00:59:26 +0000 /news/?post_type=news&p=16613 Oleh Asmahanim Amir Foto Abdul Raai Osman dan Shahiddan Saidi BANGI, 5 Feb 2018 鈥 Sebanyak 42.1 peratus pungutan pingatBaca Selanjutnya

The post 42.1 Peratus Sumbangan Emas Sukan SEA 2017 Atlet IPT first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Abdul Raai Osman dan Shahiddan Saidi

BANGI, 5 Feb 2018 鈥 Sebanyak 42.1 peratus pungutan pingat emas pada Sukan Sea 2017 disumbang melalui atlet dari Institusi Penidikan Tinggi 聽(IPT) Malaysia.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato鈥 Seri Idris Jusoh berkata, Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 adalah platform terbaik untuk menggilap bakat baharu ke pentas sukan yang lebih tinggi.

鈥淚ni bermakna IPT mampu membantu negara. Sebab itu SUKIPT kali ini adalah untuk memastikan supaya kita dapat melahirkan atlet-atlet yang berprestasi tinggi pada masa akan datang,鈥 katanya di Majlis Perasmian SUKIPT 2018 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) 聽baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato鈥 Mary Yap Kain Cheng, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, Naib Canselor 每日大赛app, Prof Tan Sri Dato鈥橲eri Dr Noor Azlan Ghazali dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKIPT, Prof Dato鈥 Noor Aziah Mohd Awal dan wakil IPT dan IPTS.

Beliau berkata SUKIPT 2018 adalah kejohanan sukan bertaraf antarabangsa kerana buat julung kalinya menerima penyertaan dari India.
yang diwakili oleh Christ University dalam sukan kriket.

Selain itu, tiga negara ASEAN yang turut bertanding dalam Sukipt 2018 ialah Thailand, Indonesia dan Singapura yang diwakili Nanyang Technological University,
manakala Thailand diwakili Thaksin University, Nakhon Si Thammarat Rajabhat University, Phuket Rajabhat University, Suratthani University dan Thammasat University.

Indonesia diwakili Universitas Negeri Jakarta dan Universitas Surabaya.

SUKIPT 2018 adalah edisi keempat diadakan dengan mempertaruhkan 238 pingat emas, 238 pingat perak dan 399 pingat gangsa bakal direbut oleh atlet yang mengambil bahagian dalam 27 acara.

Temasya sukan itu disertai 78 kontinjen iaitu 20 universiti awam, 42 universiti swasta, sembilan universiti antarabangsa, lima institut pendidikan guru, sebuah politeknik dan sebuah kolej komuniti 聽dari 2 hingga 10 Februari.

The post 42.1 Peratus Sumbangan Emas Sukan SEA 2017 Atlet IPT first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>