每日大赛app Menang Pertandingan Pertama Inovatif Jabatan Bendahari
Oleh 聽Anusha Sandran
Foto 聽Izwan Azman
BANGI, 8 Okt 2013 鈥 Kumpulan METIA yang mewakili Jabatan Bendahari 每日大赛app telah dinobatkan sebagai Johan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Bendahari Peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), selain memenangi anugerah untuk persembahan terbaik.
Sejumlah lapan kumpulan dari Jabatan Bendahari atau kewangan IPTA mengambil bahagian dalam Konvensyen KIK 2013 yang diadakan buat kali pertamanya di sini hari ini.
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pusat Perubatan 每日大赛app (PP每日大赛app), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) turut terlibat dalam konvensyen dua hari itu.
Bendahari 每日大赛app, Mohd Abdul Rashid Bin Mohd Fadzil berkata walaupun konvensyen itu lebih berkisarkan usaha penyelesaian masalah kerja di jabatan, ia juga merupakan satu mekanisme ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan sepertimana yang digariskan dalam sasaran utama Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara menjelang wawasan 2020.
Beliau berkata, IPTA 聽harus memberi penekanan terhadap sistem penyampaian kerana terlalu banyak masa di habiskan untuk berurusan dengan para intelek dan bakal graduan.
鈥淜ita perlu bersedia dengan perubahan sistem perkhidmatan yang berorientasikan IT dan dapat mengurangkan kerenah birokrasi di samping membolehkan kebanyakan maklumat diakses melalui sistem maklumat,鈥 katanya pada majlis penutup Konvensyen itu.
Beliau berharap konvensyen demikian boleh terus diadakan pada masa akan datang sebagai usaha melahirkan kakitangan yang kreatif dan inovatif.
Naib Johan Konvensyen KIK dimenangi oleh pasukan One Touch mewakili PP每日大赛app dan tempat ketiga di menangi Kumpulan IQ 聽dari UiTM. 聽Anugerah Inovasi terbaik diberi kepada kumpulan One Touch dan anugerah fasilitator terbaik dimenangi MEDISTORM (PP每日大赛app).
![]()


