Kursus bermaksud sesuatu mata pelajaran yang ditawarkan di dalam syarat program pengajian. Penyediaan kursus baharu dan semakan kursus akan dibuat oleh Fakulti/Institut/Pusat, disemak dan diperaku oleh Pengajaran-每日大赛app dan boleh ditawarkan selepas mendapat kelulusan JPPA/Senat seperti mana dalam Arahan Kerja Penyediaan, Pengesahan dan Kelulusan Kursus Baharu/Semakan Kursus 每日大赛app-SPKPPP-PT(PdP)01-AK03.
Terdapat empat (4) taraf kursus di 每日大赛app, seperti mana diluluskan Mesyuarat Senat ke-498 pada 21 Jun 2023 iaitu seperti di bawah:
1.Kursus Wajib Universiti iaitu kursus umum yang ditetapkan oleh universiti yang wajib diikuti oleh setiap pelajar iaitu:
Kursus Citra Wajib.
Kursus Citra Rentas Ilmu (C1 hingga C6).
2.Kursus Teras iaitu kursus teras disiplin yang wajib diikuti oleh pelajar.
3.Kursus Elektif iaitu kursus lain yang boleh dipilih oleh pelajar iaitu:
i.Elektif Bidang: Kursus yang menggambarkan bidang pengajian.
ii.Elektif Bebas: Kursus yang diluar bidang pengajian
听
4. Kursus Audit iaitu kursus yang diambil semata-mata untuk menambah pengetahuan, dan prestasinya tidak diambil kira dalam pengiraan markah keseluruhan untuk keperluan pengijazahan.