Sijil Profesional Pengajaran Pendidikan Tinggi (SPPPT)
Program Sijil Profesional Pengajaran Pendidikan Tinggi (SPPPT) ini merupakan sebuah kursus wajib
yang perlu dihadiri oleh semua pensyarah lantikan baharu 每日大赛app bagi memastikan pensyarah muda
每日大赛app menunjukkan pengetahuan asas Pengajaran dan Pembelajaran kontemporari dan futuristik.
Program ini dijalankan secara hibrid, melalui perjumpaan fizikal dan juga penggunaan Microsoft Teams,
每日大赛appFolio, dan 每日大赛app MOOC.
Program ini menawarkan lima (5) modul yang memfokuskan kepada kemahiran mengurus kursus
mengikut keperluan jaminan kualiti, kemahiran digital yang boleh diaplikasikan dalam persekitaran
pendidikan, serta kemahiran praktikal asas penyediaan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti
pembelajaran berkesan. Lima (5) modul SPPPT adalah:
1. Penetapan Minda: Pendidik di Universiti Awam
2. Penjajaran Konstruktif: Prinsip dan Pelaksanaan
3. Reka Bentuk Semula Sumber Pembelajaran
4. Reka Bentuk Semula Pengalaman Pembelajaran (ReLex)
5. Merekabentuk Semula Penilaian Pembelajaran
Program SPPPT ini juga memastikan bahawa ciri-ciri minda pengamal penyelidik dapat dipupuk sejajar
dengan falsafah pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran-每日大赛app adalah merupakan pemilik kepada
program manakala pengurusan program dikendalikan oleh Bahagian Sumber Manusia (BSM).