Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein COVID-19 Di Malaysia

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 515 kes baharu varian dilaporkan daripada 25 November 2021 sehingga 2 Disember 2021. University Malaysia Sarawak’s Institute of Health and Community Medicine (IHCM-UNIMAS) telah mengenalpasti sebanyak 415 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2), ÿÈÕ´óÈüapp Medical Molecular Biology Institute (UMBI-ÿÈÕ´óÈüapp) telah mengenalpasti sebanyak 46 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2), Malaysia Genome & Vaccine Insitute (MGI) telah mengenalpasti sebanyak 44 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2), manakala Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) telah mengenalpasti 10 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 4,692 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 4,672 kes adalah VOCÌý³¾²¹²Ô²¹°ì²¹±ô²¹Ìý20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 4,432 kes varian Delta;
  • 226 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sumber KKM :

Sumber Berita :

 

Artikel Berkaitan Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein Covid-19 Di Malaysia

10 September 2021 – (/umbi/news/covid-19-103-kes-varian-delta-dikesan-di-9-negeri/).

07 Oktober 2021 – (/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia/).

25 September 2021 – (/umbi/news/covid-19-23-kes-varian-baharu-38-kes-varian-voc/).

04 November 2021 – (/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-covid-19-di-malaysia-04112021/).

06 November 2021 – (/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-penemuan-subvarian-delta-ay-4-2-di-malaysia/).

02 Disember 2021 – (/umbi/news/2-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/).

18 Disember 2021 – (/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-2/).