Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein COVID-19 Di Malaysia
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASIÌýSPIKE PROTEINÌýCOVID-19 DI MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa daripada 18 kes yang disyaki berkemungkinan varian Omicron seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada 16 Disember 2021,Ìý11 kes telah disahkan varian Omicron.ÌýKesemua 11 kes varian Omicron yang dilaporkan ini adalahÌýkes import,Ìýdi mana:
- Tiga (3) kes dari United Kingdom, tiga (3) kes dari Amerika, dua (2) kes dari Nigeria, dua (2) kes dari Arab Saudi dan satu (1) kes dari Australia;
- Sembilan (9) kes adalah warganegara Malaysia manakala dua (2) kes adalah warganegara Nigeria;
- Lapan (8) kes mempunyai gejala namun hanya pada tahap kategori 2, dan tiga (3) lagi kes tidak bergejala;
- Lima (5) kes telah menjalani kuarantin di rumah manakala enam (6) kes menjalani kuarantin di stesen kuarantin.
- Kesemua kes ini sedang dalam siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan dan kontak rapat.
Tujuh (7) lagi sampel bagaimanapun tidak dapat disahkan varian Omicron memandang ujian jujukan genom penuh tidak berjaya dijalankan. Ini disebabkan tahapÌýviral loadÌýyang rendah dalam sampel-sampel yang diterima. Ketujuh-tujuh sampel didapati mempunyai nilai kitaran ambangÌý(CT value)Ìýyang tinggi iaitu enam (6) sampel denganÌýCT valueÌýmelebihi 30 dan satu (1) sampel mempunyaiÌýCT valueÌý28.47.
Ini sekaligus menjadikanÌýjumlah kumulatif kes importÌý²â²¹²Ô²µÌýdisahkanÌývarian Omicron adalah 13 kes. Dalam pada itu,ÌýInstitut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga telah mengesan 13 lagi kes import yang menunjukkanÌýkemungkinanÌývarian OmicronÌýpada 17 Disember 2021Ìýdan kini sedang menunggu keputusan pengesahan daripada jujukan genom penuh (WGS). Maklumat lanjut mengenai perkara-perkara di atas akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.
KKM juga ingin memaklumkan bahawa sebanyakÌý222 kes baharuÌývarian dilaporkan daripadaÌý11 Disember 2021 sehingga 17 Disember 2021. IMR telah mengenal pasti sebanyakÌý128 kes baharuÌýyang kesemuanya adalahÌýVariant of ConcernÌý(VOC) iaitu 117 varian Delta (B.1.617.2) danÌý11 varian Omicron (B.1.1.529)Ìý(seperti dilaporkan di atas), manakalaÌýMalaysian Genome & Vaccine Institute (MGI)Ìýtelah mengenalpasti sebanyakÌý48 kes baharuÌýyang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2). Di samping itu,ÌýÿÈÕ´óÈüapp Medical Molecular Biology Institute (UMBI)Ìýjuga telah mengenalpastiÌý46 kes baharuÌýyang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2).
Sehingga kini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC danÌýVariant of InterestÌý(VOI) adalah sebanyakÌý5,213 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut,Ìý5,193 kes adalah VOCÌýmanakalaÌý20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, bagi VOC terdapat sebanyak 4,933 kes varian Delta, 233 kes varian Beta, 14 kes varian Alpha dan 13 kes varian Omicron. Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa dan tiga (3) kes varian Eta.
Dengan peningkatan kes import varian Omicron di Malaysia ini, KKM mempertingkatkan lagi aktiviti kawalan dan pencegahan COVID-19 termasuk varian Omicron di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan di dalam komuniti. Justeru, KKM menggalakkan supaya setiap individu mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 agar tahap perlindungan yang optimum dapat dicapai bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Terus amalkan norma baharu dan pematuhan kepada SOP sedia ada.
Sekian, terima kasih.
Sumber KKM :
Sumber Berita :
Artikel Berkaitan Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein Covid-19 Di Malaysia
10 September 2021 – (/umbi/news/covid-19-103-kes-varian-delta-dikesan-di-9-negeri/).
07 Oktober 2021 – (/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia/).
25 September 2021 – (/umbi/news/covid-19-23-kes-varian-baharu-38-kes-varian-voc/).
04 November 2021 – (/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-covid-19-di-malaysia-04112021/).
06 November 2021 – (/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-penemuan-subvarian-delta-ay-4-2-di-malaysia/).
02 Disember 2021 – (/umbi/news/2-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/).
18 Disember 2021 – (/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-2/).