Situasi dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein聽COVID-19 di Malaysia : Penemuan SubVarian DELTA AY.4.2聽 di Malaysia

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI聽SPIKE PROTEIN聽COVID-19 DI MALAYSIA : PENEMUAN SUBVARIAN DELTA AY.4.2聽 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh聽Institute for Medical Research, Malaysia聽(IMR) telah mengenalpasti mengenalpasti sebanyak聽44 kes baharu聽yang kesemuanya adalah聽Variant of Concern聽(VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2) manakala聽每日大赛app Medical Molecular Biology聽(UMBI-每日大赛app) telah mengenalpasti sebanyak聽46 kes baharu聽yang kesemuanya adalah聽Variant of Concern聽(VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan聽Variant of Interest聽(VOI) adalah sebanyak聽3,782 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut,聽3,762 kes adalah VOC听尘补苍补办补濒补听20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 3,522 kes varian Delta;
  • 226 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta.

KKM juga ingin mengesahkan聽penemuan dua (2) kes pertama COVID-19 subvarian Delta AY.4.2 di Malaysia. Untuk makluman, kes-kes ini merupakan kes import (pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom) yang telah dikesan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).聽Kedua-dua rakyat Malaysia ini telah sampai di KLIA pada 2 Oktober 2021聽dan telah menjalani ujian RT-PCR dan didapati negatif untuk SARS-CoV-2 bagi sampel pertama. Walau bagaimanapun keputusan tersebut positif apabila diuji pada sampel kedua yang diambil pada 7 Oktober 2021 semasa dalam tempoh kuarantin. Sampel-sampel ini telah menjalani penjujukan genom penuh di UMBI-每日大赛app dan laporan keputusan telah dikeluarkan pada 30 Oktober 2021.

Varian AY.4. adalah salah satu聽lineage聽Delta di mana pada masa ini terdapat lebih dari 75 jenis聽濒颈苍别补驳别听berasal dari Delta.聽 Salah satu聽sublineage聽AY.4 adalah Varian AY.4.2 yang juga dikenali sebagai 鈥淒elta Plus鈥.聽Varian AY.4.2 ini mempunyai dua (2) mutasi tambahan pada protein spike iaitu Y145H dan A222V. Sehingga akhir Oktober 2021, variant AY.4.2 merupakan 10 peratus dari jumlah penjujukan genom penuh yang dijalankan di United Kingdom (UK). Agensi Keselamatan Kesihatan UK pada 20 Oktober 2021 telah menetapkan AY.4.2 sebagai聽Variant Under Investigation听(痴鲍滨).

Untuk makluman, vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap varian ini dan langkah-langkah seperti kuarantin, pengujian, dan sebagainya yang dijalankan dapat membantu mengurangkan risiko penularan varian ini di Malaysia terutama di PMA. KKM akan terus memantau dengan teliti dari semasa ke semasa bagi mengesan kewujudan subvarian Delta dalam komuniti.

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

 

Kenyataan KKM :

Sumber Berita :

 

Artikel Berkaitan Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein Covid-19 Di Malaysia

10 September 2021 鈥 (/umbi/news/covid-19-103-kes-varian-delta-dikesan-di-9-negeri/).

07 Oktober 2021 鈥 (/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia/).

25 September 2021 鈥 (/umbi/news/covid-19-23-kes-varian-baharu-38-kes-varian-voc/).

04 November 2021 鈥 (/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-covid-19-di-malaysia-04112021/).

06 November 2021 鈥 (/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-penemuan-subvarian-delta-ay-4-2-di-malaysia/).

02 Disember 2021 鈥 (/umbi/news/2-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/).

18 Disember 2021 鈥 (/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-2/).