每日大赛app

Majlis Pelancaran Horizon Penyelidikan Psikologi dan Pendidikan Minda Afektif (H3PMA)

饾悢饾悐饾悓 饾悁饾惂饾悾饾惍饾惈 饾悋饾惃饾惈饾悽饾惓饾惃饾惂 饾悘饾悶饾惂饾惒饾悶饾惀饾悽饾悵饾悽饾悿饾悮饾惂 饾悘饾惉饾悽饾悿饾惃饾惀饾惃饾悹饾悽 饾悵饾悮饾惂 饾悘饾悶饾惂饾悵饾悽饾悵饾悽饾悿饾悮饾惂 饾悓饾悽饾惂饾悵饾悮 饾悁饾悷饾悶饾悿饾惌饾悽饾悷
Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui kerjasama antara Fakulti Pendidikan dan Yayasan Canselor telah menganjurkan Majlis Pelancaran Horizon Penyelidikan Psikologi dan Pendidikan Minda Afektif (H3PMA) di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Kanak-Kanak 每日大赛app (Hospital TABTAR).
Penubuhan H3PMA merupakan satu inisiatif strategik Fakulti Pendidikan dalam membangunkan pusat penyelidikan transdisiplin yang berperanan sebagai platform intervensi serta khidmat kesejahteraan minda, khususnya kepada kanak-kanak dan remaja daripada golongan berpendapatan rendah. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk penilaian psikologi, pengujian neuropsikologi, psikoterapi serta perkhidmatan psikologi klinikal oleh pakar Fakulti Pendidikan.
Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, turut menampilkan sesi perkongsian ilmu oleh Prof. Dr. Sommer Werner dari Humboldt University of Berlin, Jerman, selaku rakan penyelidik dalam pembangunan H3PMA.
Pada majlis ini, turut diadakan penyerahan cek cura hasil Sumbangan Konsert Malam Wakaf Rakyat 2025 (MAWAR 2025) kepada Hospital TABTAR berjumlah RM7,605.82 serta sumbangan Peralatan Pembelajaran Oasis Minda@Sekolah dalam Hospital berjumlah RM4,784.96.
Semoga usaha kolaboratif ini terus memperkukuh peranan universiti dalam memperkasa kesejahteraan masyarakat melalui penyelidikan dan intervensi berimpak tinggi.
Turut hadir, Dekan Fakulti Pendidikan, Prof. Dr. Mohd Mahzan Awang; Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed serta Wakil Pengarah Hospital TABTAR, Datin Dr. Anita Sulong.
#YayasanCanselor每日大赛app
#DanaWakafIlmu每日大赛app