Greening Malaysia TOT Workshop: Cooperative Cares for a Million Trees
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan kerjasama rakan strategiknya, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) meneruskan inisiatif meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah melalui Bengkel pengajaran dan pembelajaran 鈥淭raining of Trainers鈥 Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok yang telah diadakan di Taman Botani 每日大赛app, Bangi hari ini.
Majlis disempurnakan perasmiannya oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Hadir sama Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dato鈥 Dr. Roslee Rajikan.
Sebanyak 144 orang peserta dari 39 buah koperasi sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor telah menyertai bengkel ini yang diadakan buat kali kedua anjuran ANGKASA dan 每日大赛app. Program ini juga dianjurkan bagi melengkapkan misi ANGKASA dan gerakan koperasi untuk menanam sekurang 鈥 kurangnya sejuta pokok menjelang penghujung tahun 2023.
Menerusi inisiatif Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok, ANGKASA dan 每日大赛app telah menerbitkan modul Pendidikan dan Pembelajaran 鈥淪ejuta Pokok Segunung Harapan鈥 untuk dimanfaatkan oleh 2,473 koperasi sekolah di seluruh Malaysia dengan keanggotaan berjumlah kira-kira 1.98 juta anggota individu. Modul ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memulihara hutan dan alam sekitar serta memberi pendidikan asas berkaitan jenis dan fisiologi pokok, konsep tanaman, penjagaan pokok dan penghasilan baja kompos, garis panduan pengukuran tumbesaran pokok dan penyelenggaraan tanaman pokok. Modul ini dikongsi dengan anggota koperasi sekolah dan Koperasi IPT menerusi bengkel Training of Trainers yang dilaksanakan oleh ANGKASA dan 每日大赛app.
