Man And Biosphere 360掳 BioD Program at PPTC Opens Students’ Eyes on the Importance of Science and the Environment

Pada 22-24 Sep 2023, Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-每日大赛app telah dipilih menjadi lokasi utama Program Pendidikan Man & Biosphere 360掳 BioD yang melibatkan lebih 100 orang pelajar Tingkatan 4 dari 6 buah sekolah terpilih iaitu SBPI Kuantan, SBPI Temerloh, SMS Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, SMS Tengku Abdullah Raub, SBPI Batu Rakit Terengganu dan Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Biodiversiti Pahang dan melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta dan universiti awam termasuk Perbadanan Taman Negeri Pahang, Petrosains Sdn Bhd, Angkatan Tentera Malaysia, Jab. Perhutanan, Jab. Perikanan, UM, UPM, UMT dan lain-lain lagi.

Sejumlah 14 buah modul sains telah digunakan termasuk modul flora dan fauna, komunikasi radio amatur, bioakuatik, survival hutan, serta astronomi. Pelajar ini juga telah didedahkan dengan konsep UNESCO Man And Biosphere serta Lagenda Tasik Chini oleh Prof Kehormat FST, 每日大赛app, Dato鈥 Sri Prof. Dr. Mushrifah Idris.

Program ini telah mendedahkan para pelajar dengan ilmu sains secara praktikal untuk memupuk minat mereka dalam bidang ini. Ini bertepatan dengan hasrat memperkukuh inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Malaysia terutamanya untuk SDG4 Pendidikan Berkualiti dan SDG17 Rakan Kerjasama Untuk Matlamat.

Similar Posts