Syarahan Perdana Archives - Berita ÿմapp /beritaukm/category/syarahan-perdana/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Mon, 23 Feb 2026 00:34:27 +0000 en-US hourly 1 Status Ekonomi Keluarga Antara Faktor Jejas Pemakanan Kanak-Kanak /beritaukm/status-ekonomi-keluarga-antara-faktor-jejas-pemakanan-kanak-kanak/ /beritaukm/status-ekonomi-keluarga-antara-faktor-jejas-pemakanan-kanak-kanak/#respond Mon, 23 Feb 2026 00:34:26 +0000 /beritaukm/?p=4430 Oleh Murniati Abu KarimFoto Ikhwan Hashim BANGI – Status sosioekonomi keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti pemakanan kanak-kanak. Majori kanak-kanak didapati tidak mencapai tahap Kepelbagaian Makanan Minimum (MDD) dan…

The post Status Ekonomi Keluarga Antara Faktor Jejas Pemakanan Kanak-Kanak appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI – Status sosioekonomi keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti pemakanan kanak-kanak.

Majori kanak-kanak didapati tidak mencapai tahap Kepelbagaian Makanan Minimum (MDD) dan Diet Minimum yang Boleh Diterima (MAD) terutamanya mereka di kawasan luar bandar.

Profesor Pemakanan di Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Prof. Dr. Poh Bee Koon berkata situasi ini menjadi lebih meruncing akibat impak pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Lebih 60 peratus isi rumah dilaporkan mengalami penurunan pendapatan bulanan, yang secara langsung mengakibatkan penurunan drastik dalam pengambilan sumber nutrien penting seperti susu dan produk tenusu.

“Manakala, terdapat peningkatan dalam pengambilan makanan ruji mudah disediakan seperti mi segera.

“Rentetan daripada kekangan ekonomi dan peralihan persekitaran ini, kita kini melihat satu kitaran malpemakanan yang kompleks,” katanya ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor Fakulti Sains Kesihatan yang bertajuk ‘Menyingkap Realiti Malpemakanan Kanak-Kanak dan Strategi Menanganinya’.

Menurutnya, hampir 43 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengalami susut akibat malpemakanan akut yang turut menjejaskan pertumbuhan jangka panjang seperti bantut.

“Malaysia mencatatkan peningkatan yang membimbangkan, iaitu lebih dua kali ganda di kawasan luar bandar, manakala kawasan bandar turut menunjukkan kenaikan hampir 3 peratus bagi isu kurang berat badan,” katanya.

Selain itu, masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga semakin meningkat, dengan 5.5 peratus kanak-kanak terjejas, termasuk di Asia Tenggara dan Malaysia.

“Prevalens berat badan berlebihan dan obesiti di Malaysia kini hampir sama antara kawasan bandar dan luar bandar, iaitu sekitar 18 peratus,” jelas Prof. Poh.

Menurut beliau, antara faktor lain yang menyebabkan corak pemakanan tidak seimbang ialah persekitaran makanan obesogenik yang dihadapi kanak-kanak hari ini.

“Pengaruh makanan moden, makanan Barat serta trend “makanan viral” yang tinggi kandungan gula dan lemak kini telah menjadi norma baharu.

“Peralihan ini bukan sahaja menjejaskan kualiti diet, malah memberi kesan kepada kesihatan kanak-kanak secara keseluruhan,” ujarnya.

Pada majlis ini, beliau turut membentangkan beberapa inisiatif yang menyasarkan kanak-kanak dan remaja bagi menangani masalah malpemakanan seperti Program ToyBox Study Malaysia, Program eToyBox, Program Juara Sihat, Program C.E.R.G.A.S. dan Program ENeA SEA (Early Nutriton eAcademy Southeast Asia).

The post Status Ekonomi Keluarga Antara Faktor Jejas Pemakanan Kanak-Kanak appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/status-ekonomi-keluarga-antara-faktor-jejas-pemakanan-kanak-kanak/feed/ 0
Masalah Mata Kanak-Kanak Boleh Dirawat Jika Dikesan Awal /beritaukm/masalah-mata-kanak-kanak-boleh-dirawat-jika-dikesan-awal/ /beritaukm/masalah-mata-kanak-kanak-boleh-dirawat-jika-dikesan-awal/#respond Tue, 23 Dec 2025 00:51:19 +0000 /beritaukm/?p=4235 Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim BANGI, 22 Disember 2025 – Di Malaysia, punca utama gangguan penglihatan yang boleh dirawat ialah ralat refraksi yang tidak dibetulkan dan katarak. Menurut Profesor Fakulti…

The post Masalah Mata Kanak-Kanak Boleh Dirawat Jika Dikesan Awal appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 22 Disember 2025 – Di Malaysia, punca utama gangguan penglihatan yang boleh dirawat ialah ralat refraksi yang tidak dibetulkan dan katarak.

Menurut Profesor Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Prof Datuk Dr Rokiah Omar, rawatan awal yang tepat seperti rawatan ambliopia atau mata malas boleh memberikan ramalan pemulihan yang sangat baik sekiranya dilakukan pada peringkat awal.

Beliau berkata, masalah penglihatan yang gagal dikesan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, boleh memberi kesan serius terhadap perkembangan mental dan sosial mereka.

“Kajian oleh Duratul Ain et al. (2009) menunjukkan gangguan penglihatan yang tidak dirawat boleh menjejaskan pembelajaran dan interaksi sosial kanak-kanak.

“Di Malaysia, saringan penglihatan sekolah telah dilaksanakan sejak tahun 1967, namun ia hanya melibatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas,” katanya.

Menurut beliau lagi, apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan sistem prasekolah, saringan penglihatan turut diperluaskan kepada kanak-kanak berusia enam tahun. Walau bagaimanapun, liputan tersebut masih belum menyeluruh kerana ia hanya melibatkan sekolah aliran perdana.

“Sebahagian besar kanak-kanak di Malaysia sebenarnya bersekolah di tadika swasta atau tadika KEMAS seawal usia empat tahun, dan mereka ini tidak termasuk dalam saringan penglihatan sekolah,” jelasnya.

Sehubungan itu, bagi memperluas capaian saringan penglihatan kepada kanak-kanak prasekolah, saringan tersebut telah dimasukkan sebagai sebahagian daripada aktiviti penyaringan di klinik kesihatan seluruh negara.

“Usaha hasil kerjasama penyelidik Program Optometri dan Sains Penglihatan FSK ÿմapp dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini telah menjadikan saringan penglihatan pada usia empat tahun sebagai satu polisi sejak tahun 2011.

Prof Datuk Dr Rokiah berkata demikian ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor bertajuk Pencegahan Kebutaan, Pemulihan dan Kualiti Hidup Orang Berpenglihatan Terhad: Pendekatan Berasaskan Prinsip Pelbagai Disiplin.

Selain saringan di klinik kesihatan, beliau memaklumkan bahawa ÿմapp turut membangunkan Kit Saringan Penglihatan KieVision untuk digunakan oleh guru-guru prasekolah dan sekolah.

“Kit ini merangkumi tiga komponen utama, iaitu pemerhatian luaran mata, ujian juling dan ujian tahap penglihatan.

“Pelaksanaan saringan penglihatan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah amat penting kerana kira-kira 85 peratus keupayaan pembelajaran mereka berkait rapat dengan fungsi penglihatan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa usia prasekolah merupakan tempoh sensitif bagi perkembangan sistem penglihatan, iaitu tempoh di mana rangsangan visual sangat diperlukan untuk memastikan fungsi penglihatan berkembang secara optimum.

“Oleh itu, ujian saringan disarankan dilakukan setiap tahun bagi memantau perkembangan penglihatan kanak-kanak,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Kit Saringan Penglihatan KieVision turut diuji ke atas kanak-kanak Orang Asli daripada suku Temuan. Hasil kajian mendapati 40.9 peratus daripada sampel kanak-kanak tersebut mengalami gangguan penglihatan yang memerlukan rawatan.

“Ralat refraksi dikenal pasti sebagai punca utama gangguan penglihatan dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli ini,” katanya.

Menariknya, beliau turut menjelaskan bahawa majoriti kanak-kanak tersebut mengalami hipermetropia atau rabun dekat sebanyak 28.2 peratus, berbeza dengan populasi etnik lain di Malaysia yang lebih lazim mengalami miopia atau rabun jauh.

Keseluruhannya, beliau menegaskan bahawa saringan penglihatan awal dan menyeluruh adalah langkah penting bagi memastikan kesihatan mata rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak, terus terpelihara demi kualiti hidup yang lebih baik.

The post Masalah Mata Kanak-Kanak Boleh Dirawat Jika Dikesan Awal appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/masalah-mata-kanak-kanak-boleh-dirawat-jika-dikesan-awal/feed/ 0
Rawat Rabun Jauh Kanak-Kanak dengan Kanta OK /beritaukm/rawat-rabun-jauh-kanak-kanak-dengan-kanta-ok/ /beritaukm/rawat-rabun-jauh-kanak-kanak-dengan-kanta-ok/#respond Mon, 15 Dec 2025 08:09:28 +0000 /beritaukm/?p=4163 Oleh Murniati Abu KarimFoto Izwan Azman BANGI, 12 Disember – Miopia atau rabun jauh kini diiktiraf sebagai masalah kesihatan awam global akibat kadar prevalens yang semakin meningkat, khususnya dalam kalangan…

The post Rawat Rabun Jauh Kanak-Kanak dengan Kanta OK appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

BANGI, 12 Disember – Miopia atau rabun jauh kini diiktiraf sebagai masalah kesihatan awam global akibat kadar prevalens yang semakin meningkat, khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Sekiranya tidak dikesan dan dirawat, miopia berisiko tinggi menyebabkan komplikasi penglihatan serius termasuk kebutaan.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, kajian McCullough et al. (2016) menunjukkan peningkatan prevalens miopia dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia, dengan kadar tertinggi direkodkan di negara jiran, Singapura.

Dijangka menjelang 2050, lima bilion penduduk dunia akan mengalami miopia, termasuk satu bilion yang berisiko menghidap miopia tinggi.

Dalam usaha menangani isu ini, Prof Dr Bariah telah mengenalpasti ortokeratologi (OK) merupakan kaedah kawalan miopia yang berkesan.

Menurutnya, OK adalah teknik kawalan miopia yang menggunakan kanta lekap khas direka untuk mengubah bentuk kornea secara sementara bagi menurunkan nilai miopia dan memulihkan penglihatan apabila kanta ditanggalkan.

“Seorang miop hanya perlu memakai kanta OK pada waktu malam semasa tidur, dan menanggalkannya pada esok hari dan akan terus memperolehi penglihatan yang baik tanpa bantuan kanta optik.

“Pada awalnya teknik OK tidak begitu popular kerana kurang maklumat atau kajian mengenai prosedur ini.

“Oleh itu, kami di telah mengambil inisiatif untuk memulakan penyelidikan mengenai OK dan seterusnya menerajui penyelidikan ini di Malaysia,” katanya ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk ‘Ortokeratologi: Sinar Harapan Kanak- Kanak Miop’.

Menurutnya, kajian klinikal rawak terkawal pertama menggunakan kanta OK di Malaysia dan Asia Tenggara telah dijalankan di Klinik Optometri, Fakulti Sains Kesihatan, ÿմapp.

Kajian ini melibatkan 70 kanak-kanak miop dari sekitar Kuala Lumpur.

Pemantauan pemakaian kanta lekap dilakukan setiap bulan bagi memastikan keseragaman penggunaan, manakala penilaian kualiti hidup peserta dijalankan melalui soal selidik selepas 12 bulan pemakaian.

“Hasil kajian ini menunjukkan kanta OK berkesan mengawal perkembangan miopia dalam kanak-kanak Malaysia selepas 12 bulan pemakaian.

“Nilai kuasa miopia berkurang sebanyak 60 peratus berbanding kacamata,” katanya.

Berdasarkan penemuan ini, Prof. Dr. Bariah mencadangkan agar teknik OK dijadikan salah satu strategi utama dalam kawalan miopia kanak-kanak.

Beliau turut menekankan kepentingan latihan dan pengalaman klinikal berterusan bagi pegawai optometri supaya kemahiran mereka sentiasa selaras dengan perkembangan teknologi dan reka bentuk kanta OK.

“Pemeriksaan mata kanak-kanak sekolah juga mesti dijadikan mandatori setiap tahun. Ini selaras dengan dasar kesihatan negara yang proaktif dalam memastikan pengesanan awal masalah penglihatan bagi menjamin kesejahteraan generasi akan datang.

“Bantuan kacamata secara percuma atau subsidi mesti diberikan kepada yang memerlukan bagi memastikan kanak-kanak sekolah tidak tercicir dalam akademik.

“Selain itu, sistem pendidikan sekolah juga mesti ditambahbaik dengan mengurangkan tempoh penggunaan alat peranti visual atau membuat kerja dekat berlebihan, seperti yang diamalkan di beberapa negara di dunia seperti China, Singapura dan Taiwan,” katanya.

Prof. Dr. Bariah berkata pasaran global untuk kanta OK dijangka meningkat seiring dengan peningkatan prevalens miopia secara global.

“Justeru, halatuju penyelidikan OK seharusnya menumpu kepada material dan rekabentuk kanta, isyarat retina dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk meramal kejayaan pemasangan kanta dengan lebih tepat dan pantas.

“Sehubungan itu, kerjasama yang kukuh dengan industri harus dipertingkatkan agar ÿմapp sentiasa terkehadapan dalam penyelidikan kanta lekap,” jelasnya.

The post Rawat Rabun Jauh Kanak-Kanak dengan Kanta OK appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/rawat-rabun-jauh-kanak-kanak-dengan-kanta-ok/feed/ 0
Keutuhan DNA, Kunci Umur Panjang dan Kesihatan Seumur Hidup /beritaukm/keutuhan-dna-kunci-umur-panjang-dan-kesihatan-seumur-hidup/ /beritaukm/keutuhan-dna-kunci-umur-panjang-dan-kesihatan-seumur-hidup/#respond Sun, 16 Nov 2025 06:53:57 +0000 /beritaukm/?p=4023 Oleh Haiqal RawlinsFoto Pusat Komunikasi Korporat Keutuhan genetik bukan sekadar istilah saintifik yang rumit, tetapi sebenarnya asas kepada kesejahteraan kesihatan kita semua. Itulah mesej utama yang disampaikan oleh Prof. Dr.…

The post Keutuhan DNA, Kunci Umur Panjang dan Kesihatan Seumur Hidup appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Haiqal Rawlins
Foto Pusat Komunikasi Korporat

Keutuhan genetik bukan sekadar istilah saintifik yang rumit, tetapi sebenarnya asas kepada kesejahteraan kesihatan kita semua. Itulah mesej utama yang disampaikan oleh Prof. Dr. Nor Fadilah Rajab dalam Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk ‘Keutuhan Genetik Dalam Kesejahteraan Kesihatan’. Syarahan tersebut disampaikan di Bilik Senat ÿմapp pada 14 November 2025.

Turut hadir dalam acara tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Prof. Dr. Suzana Shahar,serta barisan pengurusan fakulti.

Prof. Dr. Nor Fadilah yang merupakan pakar toksikologi biokimia dan molekul dari Fakulti Sains Kesihatan dan Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-CARE),  menggunakan metafora ‘Pokok Kesihatan’ dalam isi syarahan beliau. Dalam analogi ini, akar melambangkan gen yang sihat, batang mewakili ilmu dan faktor demografi, dahan menggambarkan gaya hidup seperti pemakanan dan senaman. Manakala daun pula merujuk kepada kesihatan fizikal dan mental yang terhasil.

“Pokok sihat datang daripada akar yang kukuh. Begitu juga manusia. Jika gen rosak, risiko kanser, diabetes atau penyakit neurodegeneratif tetap ada walaupun kita menjaga pemakanan dan bersenam,” jelas beliau.

Beliau menerangkan bahawa keutuhan genetik merangkumi kestabilan dan fungsi DNA yang sempurna. Kerosakan boleh datang daripada mutasi, perubahan kromosom atau pendedahan kepada toksin persekitaran. Untuk mengesan masalah lebih awal, beliau memperkenalkan beberapa teknik mudah seperti Ujian Ames untuk mengenal pasti bahan karsinogen, Asai Komet yang menunjukkan DNA rosak seperti ekor komet di bawah mikroskop dan Asai Mikronukleus bagi mengesan aberasi kromosom.

“Kita kini boleh ‘scan’ gen seperti membaca QR code untuk melihat risiko sebelum sakit. Ini membolehkan pencegahan lebih awal dan lebih tepat,” tambah beliau.

Prof. Dr. Nor Fadilah turut menekankan kepentingan pendekatan multi-omik dalam memahami penyakit, yang membuka jalan kepada rawatan lebih peribadi berdasarkan profil genetik seseorang. Beliau juga menegaskan keperluan ujian genetik terhadap produk herba, kosmetik dan racun perosak sebelum dipasarkan bagi memastikan ia tidak merosakkan DNA pengguna.

“Air, udara dan tanah yang bersih bukan sekadar isu alam sekitar. Ia juga benteng pertama dalam melindungi genetik rakyat,” katanya lagi.

Dalam aspek penuaan sihat, keutuhan genetik turut menjadi penanda awal kepada kecelaruan kognitif dan penyakit neurodegeneratif. Pemakanan kaya antioksidan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan teh hijau, disertai gaya hidup aktif, mampu membantu mengekalkan kestabilan DNA.

Sebagai penyelidik prolifik dengan lebih 200 artikel dan puluhan pelajar PhD di bawah bimbingannya, Prof. Dr. Nor Fadilah menunjukkan bahawa penyelidikan boleh memberi manfaat terus kepada masyarakat. Beliau berharap lebih banyak dasar kesihatan berasaskan genetik dapat dilaksanakan, termasuk saringan rutin, pendaftaran produk melalui ujian toksikologi genetik dan kerjasama erat antara universiti dan industri.

“Kesihatan masa depan bergantung pada bagaimana kita menjaga gen hari ini,” ujar beliau mengakhiri syarahan.

The post Keutuhan DNA, Kunci Umur Panjang dan Kesihatan Seumur Hidup appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/keutuhan-dna-kunci-umur-panjang-dan-kesihatan-seumur-hidup/feed/ 0
Tingkah Laku Pekerja Pengaruhi Keselamatan di Tempat Kerja /beritaukm/tingkah-laku-pekerja-pengaruhi-keselamatan-di-tempat-kerja/ /beritaukm/tingkah-laku-pekerja-pengaruhi-keselamatan-di-tempat-kerja/#respond Fri, 24 Oct 2025 01:39:13 +0000 /beritaukm/?p=3900 Oleh Murniati Abu KarimFoto Izwan Azman Faktor tingkah laku pekerja dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan di tempat kerja, khususnya dalam sektor pembinaan. Menurut Pengarah Pusat Pengurusan Risiko,…

The post Tingkah Laku Pekerja Pengaruhi Keselamatan di Tempat Kerja appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

Faktor tingkah laku pekerja dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan di tempat kerja, khususnya dalam sektor pembinaan.

Menurut Pengarah Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Kebangsaan Malaysia (ROSH-ÿմapp), Prof. Dr. Kadir Arifin, tingkah laku pekerja merangkumi aspek pengetahuan, motivasi, keterlibatan dan kepatuhan terhadap peraturan serta prosedur keselamatan di tempat kerja.

“Kecuaian dan kesilapan pekerja sering berpunca daripada tindakan tidak mematuhi peraturan, melanggar arahan, sikap sambil lewa, kekurangan pengetahuan serta sikap tidak ambil peduli terhadap keselamatan di tempat kerja.

“Setiap individu mempunyai karakter berbeza, ada yang patuh kepada peraturan, ada yang tegas, dan ada juga yang suka melawan arahan.

 “Pendekatan dalam menangani tingkah laku manusia di tempat kerja, serta pelaksanaan kempen dan latihan yang bersesuaian dengan subsektor pembinaan, mampu memberikan impak positif terhadap keselamatan.

“Bekerja di tempat tinggi adalah antara sektor paling berbahaya. Oleh itu, latihan khusus, kempen kesedaran dan pengawasan berterusan sangat penting bagi memastikan setiap pekerja patuh kepada prosedur keselamatan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa sikap dan tingkah laku pekerja boleh dibentuk melalui pelbagai kaedah yang dirancang serta diurus dengan baik oleh pihak pengurusan.

Berdasarkan statistik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), sektor pembinaan mencatatkan sebanyak 650 kemalangan maut pekerjaan bagi setiap 100,000 pekerja dalam tempoh 2017 hingga 2021.

Menurut Prof. Dr. Kadir, kadar kematian dalam sektor pembinaan adalah jauh lebih tinggi berbanding sektor-sektor lain.

Beliau baru-baru ini menyampaikan Syarahan Profesor Perdana yang bertajuk Sifar Kemalangan di Tempat Kerja: Realiti atau Fantasi.

Prof. Dr. Kadir turut menjelaskan bahawa pendekatan buddy system atau sistem rakan sekerja terbukti berkesan dalam membentuk budaya saling menegur dan mengingatkan antara satu sama lain bagi memastikan amalan kerja yang selamat.

“Dalam sistem ini, seorang pekerja akan berpasangan dengan rakan sekerja lain untuk saling memantau dan mengingatkan tentang tindakan keselamatan.

“Pendekatan ini lebih berkesan kerana ia bersifat micromanaging, iaitu tindakan keselamatan dikawal dari peringkat bawah, bukan hanya dari pihak atasan.

“Melalui sistem ini, rakan sekerja dapat menegur secara langsung sekiranya terdapat tindakan tidak selamat, malah amalan selamat juga direkod dan diberikan penghargaan,” katanya.

Tambahnya, antara punca kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa bekerja ialah tekanan untuk menyiapkan projek dalam tempoh yang singkat.

“Dalam mana-mana projek, biasanya terdapat pasukan projek, pengurus projek serta jabatan keselamatan yang bertanggungjawab memastikan kerja disiapkan mengikut jadual dan dalam masa yang sama mematuhi aspek keselamatan.

“Tekanan masa dan kegagalan pihak pengurusan projek memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Namun, jika kedua-dua pihak iaitu pasukan projek dan pasukan keselamatan mempunyai matlamat yang sama iaitu menyiapkan projek tepat pada masanya sambil menjaga kebajikan pekerja, maka kerjasama itu mampu memastikan projek siap dengan selamat dan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Jelas beliau, visi sifar kemalangan di tempat kerja merupakan satu cabaran besar, namun matlamat ini mampu direalisasikan melalui komitmen dan kerjasama pelbagai pihak.

“Visi ini bukan sekadar menekankan matlamat akhir untuk mencapai sifar kemalangan, sebaliknya, lebih berfokus kepada kaedah dan proses kerja yang selamat bagi memastikan setiap tugasan dilaksanakan tanpa risiko kemalangan, khususnya dalam industri pengilangan dan pembinaan,” jelasnya.

The post Tingkah Laku Pekerja Pengaruhi Keselamatan di Tempat Kerja appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/tingkah-laku-pekerja-pengaruhi-keselamatan-di-tempat-kerja/feed/ 0
70 Peratus Pesakit Kanser Usus adalah Golongan Muda /beritaukm/70-peratus-pesakit-kanser-usus-adalah-golongan-muda/ /beritaukm/70-peratus-pesakit-kanser-usus-adalah-golongan-muda/#respond Fri, 25 Apr 2025 07:34:26 +0000 /beritaukm/?p=3151 Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim BANGI, 25 April 2025 – Kajian populasi yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) yang melibatkan 946 pesakit kanser usus mendapati bahawa…

The post 70 Peratus Pesakit Kanser Usus adalah Golongan Muda appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 25 April 2025 – Kajian populasi yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) yang melibatkan 946 pesakit kanser usus mendapati bahawa sebanyak 70 peratus pesakit itu adalah dalam kalangan mereka yang berumur bawah 50 tahun.

Profesor di Jabatan Fisiologi Fakulti Perubatan, Prof Dr Norfilza Mohd Mokhtar berkata mengikut kajian sistematik yang dijalankan oleh kumpulan GUT ÿմapp, tiada satu pun faktor risiko tertentu yang boleh mejelaskan anjakan dalam usia permulaan kanser usus.

“Namun, kajian yang dilakukan menunjukkan pesakit kanser usus usia muda sebenarnya mempunyai masalah iaitu mereka mengambil gula yang berlebihan, serat yang rendah dan gaya hidup yang tidak bagus.

“82 peratus pesakit kanser usus tidak menjalani kehidupan yang aktif,” katanya semasa menyampaikan Syarahan Perdana Profesor bertajuk Revolusi Fahaman Penyakit Berkait Usus: Impak Teknologi Omik Terkini dalam Diagnosis dan Rawatan, baru-baru ini.

Beliau berkata keadaan itu boleh dibetulkan dengan probiotik iaitu mikro organisma hidup (bakteria baik) yang memberi faedah kesihatan jika diambil dalan kuantiti yang mencukupi.

“Pengambilan susu berkultur untuk pesakit rengsa dapat mengurangkan skor kemurungan dan gejala pesakit IBS (tabiat buang air besar dan sakit perut) sebanyak 42 peratus,” katanya.

Tambah beliau, penyelidikan penggunaan probiotik telah dijalankan secara konsisten oleh kumpulan penyelidik GUT kepada tiga lagi pesakit iaitu diabetes semasa mengandung, hati berlemak dan kanser usus.

“Kajian kami mendapati bahawa pengambilakn probiotik adalah selamat untuk pesakit kanser usus yang telah menjalani pembedahan dan kimoterapi.

“Pengambilan probiotik selama enam bulan telah mengubah persekitaran usus dan seterusnya mengurangkan risiko untuk mendapat keradangan,” katanya. 

Prof Dr Norfilza berkata wanita yang mengalami diabetes semasa hamil dan kemudiannya melahirkn anak, tidak menunjukkan sebarang gejala, tatapi mikrobiota usus mereka telah menyerupai pesakit diabetes jenis kedua.

“Perubahan dalam komposisi bakteria usus ini dikaitkan dengan obesiti dan ini menunjukkan betapa kuatnya peranan diet terhadap mikrobiota usus kita,” katanya.

Untuk penyakit hati berlemak pula, beliau berkata probiotik memainkan peranan penting dengan memulihkan semula fungsi penghalang usus, mencegah usus bocor dan mengurangkan sitokin (bahan kimia yang menyebabkan keradangan).

Ujarnya, penyelidikan usus itu memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat Malaysia, terutamanya dalam meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kesihatan usus serta hubungan antara mikrobiota dan penyakit.

“Integrasi multi omik dalam amalan klinikal akan terus mengubah perubatan moden kita dengan segala diet yang kita amalkan.

“Data daripada pelbagai omik akan mendapat gambaran yang lebih komprehensif mengenai kesihatan seseorang individu.

“Bagi mengurangkan penyakit ini, sudah pasti kita mahukan rawatan peribadi yang berasaskan kecerdasan buatan (AI).

“Setiap individu bertindak balas secara berbeza terhadap beberapa rawatan. Apa yang kita perlukan adalah segala ubat dan dos adalah disesuaikan utk setiap individu. Ini sebenrnya adalah peruabtan peribadi,” jelasnya.

The post 70 Peratus Pesakit Kanser Usus adalah Golongan Muda appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/70-peratus-pesakit-kanser-usus-adalah-golongan-muda/feed/ 0
Kerangka Pedagogi Digital Pastikan Pedidikan Kekal Relevan /beritaukm/kerangka-pedagogi-digital-pastikan-pedidikan-kekal-relevan/ /beritaukm/kerangka-pedagogi-digital-pastikan-pedidikan-kekal-relevan/#respond Thu, 13 Jun 2024 07:59:52 +0000 /beritaukm/?p=2382 Oleh Murniati Abu KarimFoto Pusat Komunikasi Korporat Pendidik di Malaysia perlu kekal relevan untuk mempersiapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan masa depan selari dengan Revolusi Industri keempat…

The post Kerangka Pedagogi Digital Pastikan Pedidikan Kekal Relevan appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Pusat Komunikasi Korporat

Pendidik di Malaysia perlu kekal relevan untuk mempersiapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan masa depan selari dengan Revolusi Industri keempat (4IR).

Sehubungan itu, kerangka pedagogi digital kalis masa depan telah dibangunkan sebagai mekanisme utama untuk memastikan reka bentuk pembelajaran kekal relevan.

Karangka ini dibentangkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dato’ Ts Dr Norazah Mohd Nordin dalam Syarahan Perdana Profesor ke-212 yang bertajuk Kerangka Pedagogi Digital: Ke Arah Pendidikan Kalis Masa Depan.

Menurut Prof Dato’ Dr Norazah, kerangka ini direka dengan mengintegrasikan teknologi digital dalam proses pembelajaran dan pengajaran, termasuk kecerdasan buatan, pemprosesan data raya, realiti maya dan terimbuh, serta komputasi awan.

“Kerangka pedagogi digital kalis masa depan melibatkan reka bentuk pedagogi, ruang pembelajaran, dan teknologi masa depan.

“Ia merangkumi kaedah inovatif dan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran yang tidak hanya melibatkan penggunaan peranti digital atau aplikasi pembelajaran, tetapi juga prinsip-prinsip pedagogi yang kukuh untuk meningkatkan pengalaman pendidikan,” katanya.

Selain itu, model Higher Education Active Learning Spaces (HEALS) telah diaplikasi di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), dengan mengubahsuai lapan ruang pembelajaran.

Menurutnya, model ini mengandungi tiga aspek utama iaitu pedagogi, ruang, dan teknologi, serta menggabungkan tujuh lapisan spektrum iaitu keselesaan (comfort), estetik (aesthetic), aliran (flow), kesaksamaan (equity), percambahan (blending), kebolehlaksanaan (affordance), dan kebolehgunaan semula (repurposing), dikenali dengan akronim CAFEBAR.

“Penggunaan ruang pembelajaran inovatif bersama pedagogi yang sesuai dan teknologi yang tepat telah memberi impak positif kepada pembelajaran aktif.

“Gabungan tujuh lapisan spektrum dalam Model HEALS telah menunjukkan pulangan besar terhadap pelaburan dalam aspek ruang pembelajaran di pendidikan tinggi,” katanya.

Disamping itu, Prof Dato’ Dr Norazah  berkata pembelajaran berasaskan teknologi telah terbukti berkesan dalam mengubah bilik darjah konvensional menjadi bilik darjah abad ke-21 yang dinamik dengan transformasi digital dalam pendidikan bersama Google.

Google for Education membawa banyak perubahan dengan pelbagai peranti dan aplikasi untuk pendidikan.

“Projek Pendidikan Google yang diteraju oleh penulis mengkaji faedah transformasi digital dalam bilik darjah di Malaysia menggunakan Google Apps untuk pendidikan dan Chromebook sebagai peranti.

“Kajian telah menunjukkan penggunaan pedagogi digital mampu meningkatkan pengalaman pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan, dan menyeronokkan,” katanya.

The post Kerangka Pedagogi Digital Pastikan Pedidikan Kekal Relevan appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/kerangka-pedagogi-digital-pastikan-pedidikan-kekal-relevan/feed/ 0
Empat Perkara Perlu diberi Tumpuan Bagi Atasi Tekanan Ekonomi Negara /beritaukm/empat-perkara-perlu-diberi-tumpuan-bagi-atasi-tekanan-ekonomi-negara/ /beritaukm/empat-perkara-perlu-diberi-tumpuan-bagi-atasi-tekanan-ekonomi-negara/#respond Thu, 13 Jun 2024 07:56:10 +0000 /beritaukm/?p=2378 Oleh Asmahanim Amir Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 13 Jun 2024 – Profesor Ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp-GSB) yang juga merupakan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan…

The post Empat Perkara Perlu diberi Tumpuan Bagi Atasi Tekanan Ekonomi Negara appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Asmahanim Amir

Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 13 Jun 2024 – Profesor Ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp-GSB) yang juga merupakan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-ÿմapp), Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali memberi empat saranan yang boleh digunakan bagi menghadapi tekanan ekonomi negara.

Empat saranan itu adalah enjin ekonomi, modal insan, persekitaran kondusif dan tatacara kerajaan.

Beliau berkata enjin ekonomi yang lebih canggih perlu diberi penekanan utama selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan perlu ada modal insan yang hebat dalam semua peringkat.

“Kerajaan juga perlu memastikan persekitaran ekonomi perniagaan, daya saing dan infrastruktur mesti hebat. Selain itu, jentera kerajaan mesti lebih cekap dan memudahkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Syarahan Perdana Profesor, di sini, baru-baru ini.

Selain itu, katanya dalam melakar masa depan ekonomi dengan landskap global baharu, empat penekanan yang dianggap sebagai misi sejagat dan khusus untuk Malaysia perlu laksanakan.

“Yang pertama adalah matlamat pembangunan mapan (SDG). Contohnya daripada segi keterangkuman. Malaysia ada negeri maju dan kurang maju, itu kita kena hadapi bersama.

“Kedua, daripada segi kedudukan fiskal. Kita tak boleh menjadi negara yang sentiasa berhutang banyak. Berhutang tak salah tapi kalau berhutang sehingga menggugat dalam konteks pembangunan, itu salah.

“Seterusnya, berkenaan dengan integriti. Perdana Menteri sering tekankan isu rasuah dan tatakelola. Bagi saya, kena bersihkan, hapuskan rasuah serta tingkatkan tatakelola tetapi mesti serentak dengan polisi dan pembangunan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Menurut Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan, kestabilan politik juga adalah penting.

“Saya bukan pakar politik tapi cukup untuk mengatakan bahawa perubahan politik yang terlalu kerap, keutamaan kesinambungan dasar yang berubah-ubah berkemungkinan mengehadkan potensi pertumbuhan negara kita,” ujarnya.

Tambah beliau Malaysia juga perlu ada kejelasan – apa yang hendak dibuat dan hala tuju supaya ia tak berubah.

Beliau berkata yang menjadi cabaran pertumbuhan ekonomi negara adalah kelewatan dalam mengenal pasti, membuat keputusan dan melaksanakannya.

Terdahulu, Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan telah menympaikan Syarahan Perdana Profesor ke-213 bertajuk Melakar Masa Depan Ekonomi Malaysia dalam Landskap Global Baharu: Pengukuhan Pertumbuhan dan Daya Saing.

Program itu turut dihadiri Pro-Canselor ÿմapp, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof Dr. Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Pengarah, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak dan Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.

The post Empat Perkara Perlu diberi Tumpuan Bagi Atasi Tekanan Ekonomi Negara appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/empat-perkara-perlu-diberi-tumpuan-bagi-atasi-tekanan-ekonomi-negara/feed/ 0
Jumlah Pesakit Radang Usus di Malaysia Meningkat /beritaukm/jumlah-pesakit-radang-usus-di-malaysia-meningkat/ /beritaukm/jumlah-pesakit-radang-usus-di-malaysia-meningkat/#respond Fri, 23 Feb 2024 07:48:18 +0000 /beritaukm/?p=2058 Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim BANGI, 23 Februari 2024 – Jumlah pesakit yang menghidap radang usus semakin meningkat di Malaysia, dengan pola peningkatan yang amat ketara sejak tempoh 10 tahun…

The post Jumlah Pesakit Radang Usus di Malaysia Meningkat appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 23 Februari 2024 – Jumlah pesakit yang menghidap radang usus semakin meningkat di Malaysia, dengan pola peningkatan yang amat ketara sejak tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Pakar gastroenterologi dan hepatologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Prof Dr Raja Affendi Raja Ali berkata faktor genetik, persekitaran, pemakanan, pencemaran, pengambilan antibiotik dan ubat tahan sakit yang berlebihan dan stres yang berpanjangan juga menyumbang kepada berlakunya radang usus.

“Pengambilan pemkanan ultra-proses adalah penumbang utama penyakit radang usus di negara kita dan rantau Asia Pasifik.  Faktor geografi dan kaum turut menyumbang kepada perbezaan insiden prevalens penyakit radang usus di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata kajian menunjukkan penyakit radang usus direkodkan pada tahun 2011 hingga 2013 dengan 10 kes baharu di Perak, disusuli 25 kes di johor pada tahun 2016 dan dalam tempoh lima tahun, penyakit radang usus di Malaysia meningkat kepada 417 kes.

“Sekarang ini saya mempunyai lebih 1,200 pesakit yang menghidap penyakit radang usus. Apabila kita melihat peringkat epidemilogi yang dibentang di Lancet, kita telah membuktikan bahawa sekitar tahun 2000 ke atas, terdapat jumlah peningkatan penyakit radang usus yang ketara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor bertajuk Rawatan Terkini Dan Hala Tuju Penyelidikan Berimpak Tinggi Penyakit Radang Usus di Malaysia, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata majoriti kaum lelaki lebih cenderung untuk menghidap penyakint itu berbanding wanita dan kaum India merupakan kaum yang tertinggi prevalens diikuti kaum Melayu dan kaum Cina.

“Kadar kemasukan pesakit ke hospital di Malaysia juga semakin meningkat sejak tahun 2000 dan ini memberi impak yang besar kepada negara terutamanya dari segi bebaban ekonomi,” ujarnya.

Katanya antara gejala atau simptom penyakit radang usus adalah cirit birit, sakit perut berpanjangan, penurunan berat badan, tidak ada selera makan, simptom menifestasi di luar usus, mata merah yang berpanjangan, sakit sendi dan sakit belakang yang lama.

“Simptom ini kadang-kadang tidak terlalu ketara kerana ia memakan masa untuk didiagnos. Menangnai penyakit radang usus ini tidak mudah seperti penyakit yang lain dan setiap pesakit adalah berbeza, dan pendekatan juga berbeza dan ubat-ubatan juga berbeza,” tambah beliau.

Menurut beliau, antara kaedah yang diagunakan dalam mendiagnos pesakit adalah melalui pemeriksaan klinikal, ujian rutin makmal, gastroskopi dan kolonoskopi.

“Saya nak berpesan agar mereka yang berumur 50 tahun ke atas perlu menjalani proses endoskopi bagi melihat keadaan usus, dan jika normal, ulangi lagi endoskopi ini dalam tempah 10 tahun lagi.

“Ini untuk mengesan kanser usus, dimana kanser usus ini adalah kanser nombor satu di Malaysia untuk lelaki dan kanser nombor dua untuk wanita,” katanya.

Katanya, beliau berharap saringan kanser usus ini menjadi agenda nasional bagi memberi kesedaran awal kepada masyarakat.

Prof Dr Raja Affendi juga berharap agar dengan adanya kepakaran tempatan dalam bidang gastroenterologi sub bidang pengkhususan penyakit radang usus di Malaysia, penyakit radang usus ini dapat ditangangi secara strategik dan menyeluruh.

“Inisiatif kerajaan memperkenalkan pelan strategik perubatan khusus (precision medicine) kena pada waktunya dan tidak mustahil suatu hari nanti kita dapat menangani penyakit ini dalam kalangan rakyat Malaysia dengan keupayaan kita menyediakan data pesakit yang tertumpu kepada rakyat Malaysia,” katanya.

The post Jumlah Pesakit Radang Usus di Malaysia Meningkat appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/jumlah-pesakit-radang-usus-di-malaysia-meningkat/feed/ 0
Kadar Kesembuhan Penyakit Leukemia Kanak-Kanak Lebih Tinggi Berbanding Orang Dewasa /beritaukm/kadar-kesembuhan-penyakit-leukemia-kanak-kanak-lebih-tinggi-berbanding-orang-dewasa/ /beritaukm/kadar-kesembuhan-penyakit-leukemia-kanak-kanak-lebih-tinggi-berbanding-orang-dewasa/#respond Fri, 29 Sep 2023 06:36:14 +0000 /beritaukm/?p=1579 Oleh Asmahanim AmirFoto Izwan Azman BANGI, 29 September 2023 – Kadar kesembuhan kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia limfoblas akut (ALL) atau kanser sel darah putih dengan risiko standard yang menerima…

The post Kadar Kesembuhan Penyakit Leukemia Kanak-Kanak Lebih Tinggi Berbanding Orang Dewasa appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 29 September 2023 – Kadar kesembuhan kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia limfoblas akut (ALL) atau kanser sel darah putih dengan risiko standard yang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp)  menunjukkan kadar yang tinggi iaitu mencecah 86.6 peratus.

Pakar perunding bidang  Hematologi dan Onkologi Pediatrik, Prof. Dr. Hamidah Alias berkata kadar kesembuhan untuk kanak-kanak yang menghidap ALL adalah lebih tinggi berbanding kesembuhan leukemia orang dewasa.

“Hal ini kerana lanskap kod genetik kanak-kanak adalah berlainan dengan orang dewasa dan mereka (kanak-kanak) lebih sensitif pada ubat-ubat kemoterapi dan ubat-ubat rawatan bersasar yang diberikan.

“Kemajuan protokol rawatan bersasar yang lebih diperibadikan mengambil kira faktor keunikan keanekaan genetik bagi setiap kes ALL menyumbang kepada kadar pemandirian yang tinggi dalam kalangan ALL kanak-kanak.

“Selain itu, tindak balas terhadap rawatan adalah lebih tinggi berbanding orang dewasa dan risiko untuk lali atau rentan kepada rawatan adalah lebih rendah.” katanya kepada pemberita selepas Majlis Syarahan Perdana Profesor bertajuk Leukemia Kanak-kanak: Rawatan dan Pemandirian, di sini.

Beliau berkata dalam leukemia berisiko tinggi yang dikaitkan dengan profil ekspresi genetik berbeza iaitu aneuploidi kromosom, penyusunan semula bahan baka yang menyahkawal selia onkogen (bahan genetik yang bertransformasi menjadi sel kanser bila berada dalam keadaan tertentu) atau pengekodan faktor transkripsi kimera dan mutasi titik, ia biasanya ada kadar pelalian yang tinggi dan di situlah kajian-kajian lanjut sedang giat dilakukan.

“Bukan setakat di Malaysia, malah para penyelidik perubatan di seluruh dunia mencari penyebab dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kadar pemandirian ALL berisiko tinggi,” jelasnya.

Beliau menjelaskan bahawa kadar kesembuhan ALL kanak-kanak berisiko standard yang mencecah lebih 80 peratus itu juga dicatatkan oleh dua lagi hospital lain di Kuala Lumpur yang juga menyediakan rawatan leukemia kanak-kanak.

“Kejayaan rawatan leukemia kanak-kanak di Malaysia dalam dua dekad ini adalah hasil dari penambahbaikan capaian rawatan dan mutu perkhidmatan kepada rawatan yang diberikan, antaranya pelaksanaan protokol rawatan kontemporari, penggunaan stratifikasi risiko yang optimum, rejimen kemoterapi berbilang agen yang komprehensif dan penjagaan sokongan klinikal yang lebih baik.

“Di Malaysia, protokol rawatan yang berbeza digunakan oleh pusat rawatan kanser yang tersendiri untuk merawat ALL kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kebanyakan ubat kemoterapi yang digunakan adalah serupa walaupun protokol berbeza yang digunakan oleh pusat rawatan yang berlainan,” katanya.

Prof. Dr. Hamidah yang juga merupakan Timbalan Pengarah (Perubatan), Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak ÿմapp (HPKK) berkata secara umumnya, kanak-kanak lelaki lebih berisiko mendapat leukemia berbanding kanak-kanak perempuan.

“Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2007-2011, kanak-kanak yang berumur bawah 14 tahun yang menghidap leukemia dilaporkan berlaku sebanyak 47.1 peratus bagi lelaki dan 45.5 peratus bagi perempuan,” katanya.

Tambah beliau, kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser darah juga lebih berisiko, terutamanya dalam adik-beradik kembar.

Selain itu, katanya, keadaaan genetik tertentu seperti sindrom Down dan sindrom Li-Fraumeni juga boleh meningkatkan risiko leukemia kanak-kanak.

“Walaupun faktor genetik merupakan penyebab utama kanser, perubahan kod genetik boleh terjadi dari baka atau pendedahan kepada persekitaran yang tidak sihat,” katanya.

Oleh itu beliau menasihatkan kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup sihat dari usia awal untuk mengurangkan risiko mendapat kanser.

“Diet anak-anak perlu berkhasiat dan kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein tanpa lemak. Hadkan makanan yang diproses tinggi, dan minuman tinggi gula. Pemakanan yang seimbang memberikan nutrien penting dan antioksidan yang menyokong kesihatan secara keseluruhan,” katanya.

Prof. Dr. Hamidah juga mengingatkan agar anak-anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal bagi membantu mengawal berat badan, sekaligus meningkatkan sistem imun, dan mengambil vaksin yang disyorkan semasa usia kanak-kanak untuk mengurangkan risiko pelbagai penyakit, termasuk leukemia.

“Selain itu, kita perlu cakna berkenaan sejarah perubatan keluarga, kerana genetik memainkan peranan yang besar dalam risiko kanser.

“Kurangkan stres berpanjangan kerana badan akan merembes hormon adrenalin dan kortisol yang boleh diaktifkan secara kronik, dan menyebabkan sistem imun yang lemah dan radang kronik. Secara tidak langsung keadaan ini boleh menyebabkan tabiat yang tidak sihat seperti kurang aktif, pemakanan tidak sihat yang mungkin secara tidak langsung  meningkatkan risiko kanser,” tambahnya.

The post Kadar Kesembuhan Penyakit Leukemia Kanak-Kanak Lebih Tinggi Berbanding Orang Dewasa appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/kadar-kesembuhan-penyakit-leukemia-kanak-kanak-lebih-tinggi-berbanding-orang-dewasa/feed/ 0