每日大赛app

Empat Perkara Perlu diberi Tumpuan Bagi Atasi Tekanan Ekonomi Negara

Oleh Asmahanim Amir

Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 13 Jun 2024 – Profesor Ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app-GSB) yang juga merupakan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-每日大赛app), Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Azlan Ghazali memberi empat saranan yang boleh digunakan bagi menghadapi tekanan ekonomi negara.

Empat saranan itu adalah enjin ekonomi, modal insan, persekitaran kondusif dan tatacara kerajaan.

Beliau berkata enjin ekonomi yang lebih canggih perlu diberi penekanan utama selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan perlu ada modal insan yang hebat dalam semua peringkat.

鈥淜erajaan juga perlu memastikan persekitaran ekonomi perniagaan, daya saing dan infrastruktur mesti hebat. Selain itu, jentera kerajaan mesti lebih cekap dan memudahkan,鈥 katanya pada sidang akhbar selepas Syarahan Perdana Profesor, di sini, baru-baru ini.

Selain itu, katanya dalam melakar masa depan ekonomi dengan landskap global baharu, empat penekanan yang dianggap sebagai misi sejagat dan khusus untuk Malaysia perlu laksanakan.

鈥淵ang pertama adalah matlamat pembangunan mapan (SDG). Contohnya daripada segi keterangkuman. Malaysia ada negeri maju dan kurang maju, itu kita kena hadapi bersama.

鈥淜edua, daripada segi kedudukan fiskal. Kita tak boleh menjadi negara yang sentiasa berhutang banyak. Berhutang tak salah tapi kalau berhutang sehingga menggugat dalam konteks pembangunan, itu salah.

鈥淪eterusnya, berkenaan dengan integriti. Perdana Menteri sering tekankan isu rasuah dan tatakelola. Bagi saya, kena bersihkan, hapuskan rasuah serta tingkatkan tatakelola tetapi mesti serentak dengan polisi dan pembangunan pertumbuhan ekonomi,鈥 katanya.

Menurut Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Azlan, kestabilan politik juga adalah penting.

鈥淪aya bukan pakar politik tapi cukup untuk mengatakan bahawa perubahan politik yang terlalu kerap, keutamaan kesinambungan dasar yang berubah-ubah berkemungkinan mengehadkan potensi pertumbuhan negara kita,鈥 ujarnya.

Tambah beliau Malaysia juga perlu ada kejelasan – apa yang hendak dibuat dan hala tuju supaya ia tak berubah.

Beliau berkata yang menjadi cabaran pertumbuhan ekonomi negara adalah kelewatan dalam mengenal pasti, membuat keputusan dan melaksanakannya.

Terdahulu, Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Azlan telah menympaikan Syarahan Perdana Profesor ke-213 bertajuk Melakar Masa Depan Ekonomi Malaysia dalam Landskap Global Baharu: Pengukuhan Pertumbuhan dan Daya Saing.

Program itu turut dihadiri Pro-Canselor 每日大赛app, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof Dr. Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Pengarah, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd Razak dan Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.

Leave a Reply