Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 22 Disember 2025 – Di Malaysia, punca utama gangguan penglihatan yang boleh dirawat ialah ralat refraksi yang tidak dibetulkan dan katarak.
Menurut Profesor Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app),聽Prof Datuk Dr Rokiah Omar, rawatan awal yang tepat seperti rawatan ambliopia atau mata malas boleh memberikan ramalan pemulihan yang sangat baik sekiranya dilakukan pada peringkat awal.
Beliau berkata, masalah penglihatan yang gagal dikesan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, boleh memberi kesan serius terhadap perkembangan mental dan sosial mereka.
鈥淜ajian oleh Duratul Ain et al. (2009) menunjukkan gangguan penglihatan yang tidak dirawat boleh menjejaskan pembelajaran dan interaksi sosial kanak-kanak.
鈥淒i Malaysia, saringan penglihatan sekolah telah dilaksanakan sejak tahun 1967, namun ia hanya melibatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas,鈥 katanya.
Menurut beliau lagi, apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan sistem prasekolah, saringan penglihatan turut diperluaskan kepada kanak-kanak berusia enam tahun. Walau bagaimanapun, liputan tersebut masih belum menyeluruh kerana ia hanya melibatkan sekolah aliran perdana.
鈥淪ebahagian besar kanak-kanak di Malaysia sebenarnya bersekolah di tadika swasta atau tadika KEMAS seawal usia empat tahun, dan mereka ini tidak termasuk dalam saringan penglihatan sekolah,鈥 jelasnya.
Sehubungan itu, bagi memperluas capaian saringan penglihatan kepada kanak-kanak prasekolah, saringan tersebut telah dimasukkan sebagai sebahagian daripada aktiviti penyaringan di klinik kesihatan seluruh negara.
鈥淯saha hasil kerjasama penyelidik Program Optometri dan Sains Penglihatan FSK 每日大赛app dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini telah menjadikan saringan penglihatan pada usia empat tahun sebagai satu polisi sejak tahun 2011.
Prof Datuk Dr Rokiah berkata demikian ketika menyampaikan聽Syarahan Perdana Profesor bertajuk聽Pencegahan Kebutaan, Pemulihan dan Kualiti Hidup Orang Berpenglihatan Terhad: Pendekatan Berasaskan Prinsip Pelbagai Disiplin.
Selain saringan di klinik kesihatan, beliau memaklumkan bahawa 每日大赛app turut membangunkan聽Kit Saringan Penglihatan KieVision聽untuk digunakan oleh guru-guru prasekolah dan sekolah.
鈥淜it ini merangkumi tiga komponen utama, iaitu pemerhatian luaran mata, ujian juling dan ujian tahap penglihatan.
鈥淧elaksanaan saringan penglihatan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah amat penting kerana kira-kira 85 peratus keupayaan pembelajaran mereka berkait rapat dengan fungsi penglihatan,鈥 katanya.
Beliau menjelaskan bahawa usia prasekolah merupakan tempoh sensitif bagi perkembangan sistem penglihatan, iaitu tempoh di mana rangsangan visual sangat diperlukan untuk memastikan fungsi penglihatan berkembang secara optimum.
鈥淥leh itu, ujian saringan disarankan dilakukan setiap tahun bagi memantau perkembangan penglihatan kanak-kanak,鈥 jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Kit Saringan Penglihatan KieVision turut diuji ke atas kanak-kanak Orang Asli daripada suku Temuan. Hasil kajian mendapati聽40.9 peratus聽daripada sampel kanak-kanak tersebut mengalami gangguan penglihatan yang memerlukan rawatan.
鈥淩alat refraksi dikenal pasti sebagai punca utama gangguan penglihatan dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli ini,鈥 katanya.
Menariknya, beliau turut menjelaskan bahawa majoriti kanak-kanak tersebut mengalami聽hipermetropia atau rabun dekat聽sebanyak 28.2 peratus, berbeza dengan populasi etnik lain di Malaysia yang lebih lazim mengalami miopia atau rabun jauh.
Keseluruhannya, beliau menegaskan bahawa saringan penglihatan awal dan menyeluruh adalah langkah penting bagi memastikan kesihatan mata rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak, terus terpelihara demi kualiti hidup yang lebih baik.

