Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman
BANGI, 23 Disember 2025 鈥 Arena e-Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBoR) bagi kategori Most E-sports Arena Facility in a University.
Fasiliti yang terdapat di Arena e-sukan 每日大赛app termasuklah PC gaming berspesifikasi tinggi, konsol PlayStation 5 (PS5), peranti Virtual Reality (VR), simulator perlumbaan kereta dan golf, serta pelbagai platform permainan komputer dan konsol.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman berkata pengiktirafan ini mejadi wadah pemerkasaan bakat e-sukan dalam kalangan warga universiti.
鈥淎rena ini dilihat sebagai satu platform bagi mahasiswa dan warga 每日大赛app untuk mengembangkan minat serta mengasah bakat dalam e-sukan.
鈥淓-sukan juga merupakan aktiviti yang semakin mendapat tempat dalam generasi muda dan kini dipertandingkan di peringkat antarabangsa.
鈥淛adi, dengan kewujudan arena ini, saya harap ia dapat jadi pemangkin untuk 每日大赛app melahirkan lebih ramai atlet e-sukan,鈥 katanya.
Tambah beliau, penglibatan pelajar dalam e-sukan juga memberi manfaat dari sudut kesihatan mental.
鈥淢elalui aktiviti ini, pelajar dapat melepaskan tekanan dan mengurangkan stres daripada sesi pembelajaran.
鈥淎rena sukan yang terletak di Aras 1, Bangunan Pusanika ini diharapkan menjadi daya tarikan yang selamat dan kondusif untuk kemudahan semua pelajar.
鈥淗al ini sekali gus memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka berada di tempat yang selamat,鈥 katanya.
Menurut Prof Dr Norinsan, Arena e-Sukan 每日大赛app merupakan yang pertama seumpamanya dalam kalangan universiti awam.
Jelasnya, arena ini juga aktif menganjurkan kejohanan dan program latihan melibatkan pelbagai agensi di Malaysia dengan sokongan Majlis Perbandaran Kajang.

