Uncategorized | KOLEJ TUN SYED NASIR /ktsn Universiti Kebangsaan Malaysia Wed, 29 Apr 2026 08:35:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 Pesta Ang Pow Ke-27: Harmoni Budaya, Aspirasi Bersama /ktsn/pesta-ang-pow-ke-27-harmoni-budaya-aspirasi-bersama/ /ktsn/pesta-ang-pow-ke-27-harmoni-budaya-aspirasi-bersama/#respond Wed, 29 Apr 2026 03:34:24 +0000 /ktsn/?p=5533 ...]]>

Program Pesta Ang Pow KTSN 每日大赛app Ke-27 telah berjaya diadakan di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan menghimpunkan seramai 301 orang peserta yang terdiri daripada pelajar 每日大赛app dan peserta luar.听

Program ini menampilkan keindahan serta kekayaan warisan budaya Cina dengan mengangkat tema 鈥淛ejak Catatan Pengembara鈥. Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan melalui sambutan kebudayaan Cina, malah turut memperkenalkan dan mendalami adat dan tradisi masyarakat Cina dalam kalangan warga KTSN yang berbilang kaum.听

Antara pengisian utama program ialah pementasan drama iaitu persembahan teater yang mengetengahkan tema dan dipersembahkan oleh pelajar KTSN yang bakat. Jalan cerita dibina secara kreatif bagi menarik perhatian penonton serta menyampaikan mesej dalam slogan PAP KTSN 每日大赛app Ke-27: 鈥淪iapa yang tak pernah melalui zaman remaja tanpa tersandung dalam pilihan?鈥. Seterusnya, persembahan kebudayaan Cina dipersembahkan oleh pelajar KTSN yang berbakat dalam pelbagai bidang seni seperti gendang 24 musim, tarian tradisional, tarian moden dan Wushu. Persembahan ini bukan sahaja bertujuan mempamerkan kekayaan warisan budaya masyarakat Cina, malah memberikan platform kepada pelajar untuk menonjolkan bakat serta memupuk semangat perpaduan dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan warga universiti.听

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KTSN atas sokongan padu yang diberikan, khususnya dari segi penyediaan fasiliti serta penglibatan aktif warga kolej dan peserta luar dalam menjayakan program ini. Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Razif Shahril, Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, Dr. Siti Hajar Binti Zuber, Timbalan Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, Encik Syamil Akmal Zamri, Pegawai pentadbir Kolej Tun Syed Nasir, bersama barisan Majlis Felo dan Majlis Eksekutif Pelajar, yang memainkan peranan penting sepanjang pelaksanaan program. Program ini diharapkan dapat menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara pelajar pelbagai kaum serta memupuk semangat toleransi dan saling menghormati. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan menunjukkan minat yang tinggi dalam kalangan pelajar terhadap program berunsurkan kebudayaan.听

Secara keseluruhannya, Pesta Ang Pow KTSN 每日大赛app Ke-27 telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkenalkan budaya Cina serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga universiti. Penganjuran program ini membuktikan komitmen semua pihak dalam memupuk keharmonian serta kerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 16: Keamanan, Keadilan, dan Institusi Kukuh). Program sebegini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memupuk keharmonian dan kefahaman antara budaya di Malaysia.

]]>
/ktsn/pesta-ang-pow-ke-27-harmoni-budaya-aspirasi-bersama/feed/ 0
PEWARIS 2026: Mahasiswa KTSN 每日大赛app Satukan Misi Kemanusiaan dan Seni Warisan Bangsa /ktsn/pewaris-2026-mahasiswa-ktsn-ukm-satukan-misi-kemanusiaan-dan-seni-warisan-bangsa/ /ktsn/pewaris-2026-mahasiswa-ktsn-ukm-satukan-misi-kemanusiaan-dan-seni-warisan-bangsa/#respond Tue, 21 Apr 2026 21:21:51 +0000 /ktsn/?p=5518 ...]]>

Seramai 25 orang sukarelawan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dari Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) telah menyertai program Pesta Warisan Risikan Sukma (PEWARIS) 2025/2026 melalui aktiviti khidmat masyarakat yang diadakan di Rumah Bakti Al-Kausar. Program ini turut melibatkan seramai 46 orang ahli organisasi (AO) dalam malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Tun Syed Nasir serta berjaya menghimpunkan kira-kira 300 orang pelajar dan tetamu, sekali gus menjadi platform yang menggabungkan elemen kesukarelawanan dan kebudayaan secara holistik.

Program berimpak sosial ini dilaksanakan bagi menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan serta penghayatan warisan budaya dalam kalangan mahasiswa. Penganjuran ini turut bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar dan komuniti, khususnya golongan anak yatim, di samping memupuk semangat perpaduan melalui kepelbagaian budaya Malaysia.

Sepanjang aktiviti khidmat masyarakat berlangsung, sukarelawan 每日大赛app telah terlibat dalam sesi ramah mesra dan jamuan bersama anak-anak yatim di Rumah Bakti Al-Kausar. Interaksi yang dijalankan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk lebih mendekati serta memahami kehidupan penghuni rumah kebajikan tersebut. Program ini turut diserikan dengan sesi fotografi sebagai tanda penghargaan dan sokongan moral kepada mereka.

Kemuncak program diteruskan dengan penganjuran Malam Kebudayaan PEWARIS yang menampilkan pelbagai persembahan menarik seperti silat, nyanyian, teater dan tarian yang mewakili budaya Melayu, Sabah dan Sarawak. Antara persembahan utama ialah “Huminodun: Nyawa untuk Seribu Jiwa” dan “Retaknya Kasih Saudara” yang berjaya mengetengahkan keunikan seni budaya pelbagai etnik di Malaysia.

Majlis turut menyaksikan penyampaian cek cura bernilai RM1,000 kepada wakil Rumah Bakti Al-Kausar sebagai simbolik sumbangan dan keprihatinan mahasiswa terhadap kebajikan masyarakat. Tayangan video multimedia yang memaparkan aktiviti khidmat masyarakat turut dipersembahkan bagi memberi gambaran menyeluruh perjalanan program.

Penganjuran program ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari iaitu SDG 11: Bandar dan Komuniti yang Mampan yang menekankan pembinaan komuniti inklusif, selamat dan berdaya tahan melalui penglibatan masyarakat serta pemeliharaan warisan budaya.

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini mencerminkan komitmen mahasiswa 每日大赛app dalam memperkukuh nilai kemanusiaan, warisan budaya dan tanggungjawab sosial, di samping menjadi platform pembelajaran bermakna dalam membentuk generasi muda yang lebih peka, berdaya saing serta menghargai kepelbagaian budaya dalam masyarakat majmuk

]]>
/ktsn/pewaris-2026-mahasiswa-ktsn-ukm-satukan-misi-kemanusiaan-dan-seni-warisan-bangsa/feed/ 0
PROGRAM LIFE: PEMANTAPAN KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS & KECEMASAN SESI 2025/2026 /ktsn/program-life-pemantapan-kemahiran-pertolongan-cemas-kecemasan-sesi-2025-2026/ /ktsn/program-life-pemantapan-kemahiran-pertolongan-cemas-kecemasan-sesi-2025-2026/#respond Tue, 21 Apr 2026 21:20:26 +0000 /ktsn/?p=5515 ...]]>

Pada 20 dan 21 Disember 2025, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Detachment 88W, Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) telah berjaya menganjurkan Program LIFE: Pemantapan Kemahiran Pertolongan Cemas & Kecemasan Sesi 2025/2026 bertempat di Microsoft Teams dan Dewan Tun Syed Nasir.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif pembangunan mahasiswa yang menekankan aspek kesiapsiagaan, tindak balas kecemasan serta pembentukan nilai kesukarelawanan dalam kalangan warga kolej.

Program dua hari ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan asas kepada mahasiswa/i KTSN berkaitan kemahiran pertolongan cemas dan pengurusan kecemasan melalui gabungan sesi ceramah interaktif, kuiz kefahaman serta aktiviti praktikal secara bersemuka.

Bertemakan “Ready. Response. Rise.”, program ini memberi penekanan kepada keupayaan individu untuk bersedia menghadapi situasi kecemasan, bertindak dengan pantas dan tepat, serta bangkit dengan yakin dalam membantu diri sendiri dan orang lain.

Pelaksanaan aktiviti berbentuk stesen dan kerja berpasukan bukan sahaja meningkatkan kefahaman praktikal peserta, malah berjaya memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan tanggungjawab sosial dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan kondusif.

Program LIFE ini juga selari dengan aspirasi universiti dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi pengetahuan, kemahiran dan sahsiah.

Selain itu, Program LIFE turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan melalui pendedahan kepada keselamatan dan penjagaan kesihatan, serta SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui pembelajaran berasaskan pengalaman dan latihan kemahiran praktikal

]]>
/ktsn/program-life-pemantapan-kemahiran-pertolongan-cemas-kecemasan-sesi-2025-2026/feed/ 0
Sinar Kasih Rang De Ranggoli: Mahasiswa KTSN 每日大赛app Santuni Rumah Hope /ktsn/sinar-kasih-rang-de-ranggoli-mahasiswa-ktsn-ukm-santuni-rumah-hope/ /ktsn/sinar-kasih-rang-de-ranggoli-mahasiswa-ktsn-ukm-santuni-rumah-hope/#respond Thu, 16 Apr 2026 16:15:26 +0000 /ktsn/?p=5469 ...]]>

Seramai lima orang wakil Majlis Tertinggi (MT) bersama seorang Exco Multimedia daripada program Rang De Ranggoli anjuran Kelab Kebudayaan India, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah mengadakan satu lawatan kebajikan ke Rumah Hope Children鈥檚 Home, Petaling Jaya pada 11 April 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk menyantuni serta menyumbang makanan kepada penghuni rumah kebajikan tersebut, di samping memupuk nilai keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa. Inisiatif ini juga menjadi platform kepada mahasiswa untuk lebih mendekati komuniti.

Sepanjang program berlangsung, para wakil KTSN telah terlibat dalam aktiviti penyampaian makanan kepada penghuni Rumah Hope. Selain itu, mereka turut meluangkan masa untuk makan bersama serta berinteraksi dengan kanak-kanak di sana dalam suasana yang mesra dan harmoni. Penglibatan ini secara tidak langsung telah mewujudkan hubungan yang lebih erat antara mahasiswa dan komuniti setempat.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Program Rang De Ranggoli dalam memperkukuh semangat kesukarelawanan dan nilai kemanusiaan dalam kalangan mahasiswa, selaras dengan usaha melahirkan graduan yang holistik dan berjiwa masyarakat. Program seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi impak positif yang berterusan kepada komuniti.

Penganjuran program ini juga menyumbang kepada pencapaian SDG 16: Keamanan, Keadilan, dan Institusi Kukuh melalui promosi masyarakat yang inklusif dan adil. Dengan menyantuni golongan kanak-kanak di Rumah Hope, mahasiswa KTSN secara tidak langsung menyokong sistem sokongan sosial yang melindungi hak dan kebajikan golongan rentan. Usaha ini memperkukuh peranan mahasiswa sebagai ejen keamanan yang memupuk keharmonisan komuniti, sekaligus membina asas institusi kemasyarakatan yang lebih kukuh, prihatin, dan bebas daripada peminggiran sosial.

]]>
/ktsn/sinar-kasih-rang-de-ranggoli-mahasiswa-ktsn-ukm-santuni-rumah-hope/feed/ 0
KHIDMAT KOMUNITI: DARI HATI KE HATI, SEHARI BERSAMA SAYAP KASIH /ktsn/khidmat-komuniti-dari-hati-ke-hati-sehari-bersama-sayap-kasih/ /ktsn/khidmat-komuniti-dari-hati-ke-hati-sehari-bersama-sayap-kasih/#respond Fri, 10 Apr 2026 13:35:37 +0000 /ktsn/?p=5438 ...]]>

Pada 4 April 2026, Program Khidmat Komuniti ini telah berjaya dianjurkan bersempena dengan Pesta Ang Pow KTSN 每日大赛app KL Ke-27 di Persatuan Kebajikan Sayap Kasih Malaysia (1Q70 plus), Petaling Jaya. Program ini melibatkan seramai 36 orang ahli jawatankuasa Pesta Ang Pow (PAP) Ke-27 yang bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang.

Program ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif bagi memupuk semangat kesukarelawanan serta keprihatinan sosial dalam kalangan mahasiswa. Tujuan penganjuran program ini bukan sahaja untuk menyemai nilai-nilai murni seperti empati dan kasih sayang dalam kalangan ahli jawatankuasa melalui aktiviti khidmat masyarakat, malah turut meningkatkan kesedaran terhadap peranan masyarakat dalam membantu golongan yang memerlukan seperti warga emas, anak yatim piatu, dan orang kurang upaya.

Program bermula dengan sesi interaksi dengan penghuni dan senaman ringan bagi mewujudkan suasana interaksi yang lebih mesra. Antara pengisian utama program ialah sesi kraf tangan bersama penghuni seperti membuat seni kraf dan lukisan mudah. Para peserta turut terlibat dalam kerja-kerja pembersihan kawasan, seperti memotong lalang, serta membantu penghuni dalam aktiviti harian, termasuk memberi makan kepada mereka yang diperlukan. Melalui aktiviti-aktiviti ini, para peserta berpeluang menyantuni serta berinteraksi secara langsung dengan penghuni, sekali gus mencapai objektif aktiviti ini, iaitu menjalin hubungan silaturahim antara pelajar KTSN dan komuniti luar melalui aktiviti kesukarelawanan yang bermakna.

Penganjuran Pesta Ang Pow (PAP) Ke-27 di Persatuan Kebajikan Sayap Kasih Malaysia (1Q70 Plus) membuktikan komitmen semua pihak dalam memupuk keharmonian serta kerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 16: Keamanan, Keadilan, dan Institusi Kukuh). Secara keseluruhan, program Khidmat Komuniti ini berjaya meningkatkan kesedaran dan pemahaman peserta terhadap golongan yang memerlukan, sambil menggalakkan nilai toleransi, empati, dan penyertaan aktif dalam aktiviti kebajikan.

]]>
/ktsn/khidmat-komuniti-dari-hati-ke-hati-sehari-bersama-sayap-kasih/feed/ 0
Dari Borneo ke Timur: Pasar ADIKA 2026 Satukan Mahasiswa KTSN Melalui Sajian Warisan /ktsn/dari-borneo-ke-timur-pasar-adika-2026-satukan-mahasiswa-ktsn-melalui-sajian-warisan/ /ktsn/dari-borneo-ke-timur-pasar-adika-2026-satukan-mahasiswa-ktsn-melalui-sajian-warisan/#respond Fri, 10 Apr 2026 13:28:45 +0000 /ktsn/?p=5439 ...]]>

Seramai kira-kira 300 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah menyertai program 鈥淧asar ADIKA 2026鈥 yang dianjurkan oleh Kelab Adiwara Pusaka (ADIKA) Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). Program ini telah berlangsung pada 5 April 2026 di Dewan Tun Syed Nasir dan mengetengahkan tema 鈥淪emarak Budaya, Semarak Warisan鈥 sebagai usaha memartabatkan warisan budaya dalam kalangan generasi muda.

Program berteraskan kebudayaan ini dianjurkan sebagai satu platform untuk memperkenalkan kepelbagaian tradisi masyarakat Malaysia melalui pendekatan interaktif dan santai. Inisiatif ini bertujuan menyemai semangat cinta budaya, di samping memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mengunjungi pelbagai booth makanan warisan yang dibahagikan mengikut zon utama seperti Utara, Selatan, Timur dan Borneo. Selain itu, program ini turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk tarian, nyanyian dan silat yang mencerminkan keunikan warisan negara. Program ini turut menampilkan aktiviti permainan interaktif yang berjaya menarik penglibatan aktif dalam kalangan peserta.

Penganjuran program ini bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana yang meriah dan penuh nilai kebudayaan, malah turut menjadi medium dalam memperkukuh hubungan sosial antara pelajar. Secara tidak langsung, program ini memberi pendedahan bermakna kepada peserta mengenai kepentingan memelihara warisan budaya sebagai identiti bangsa.

Penyertaan pelajar dalam program ini juga mencerminkan sokongan terhadap SDG 4: Pendidikan Berkualiti iaitu memastikan pendidikan berkualiti, menyeluruh dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua. Pendekatan program yang berunsurkan kebudayaan ini telah menyediakan pengalaman pembelajaran tidak formal yang mampu memperkaya pengetahuan serta kesedaran peserta terhadap warisan negara.

Secara keseluruhannya, program Pasar ADIKA 2026 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta menjadi satu inisiatif berimpak dalam memperkasa nilai kebudayaan dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa.

]]>
/ktsn/dari-borneo-ke-timur-pasar-adika-2026-satukan-mahasiswa-ktsn-melalui-sajian-warisan/feed/ 0
Mahasiswa 每日大赛app鈥揢niversiti Macau Kupas Model Pembangunan Kemahiran Insaniah Holistik di Kolej Kediaman Bertaraf Global /ktsn/mahasiswa-ukm-universiti-macau-kupas-model-pembangunan-kemahiran-insaniah-holistik-di-kolej-kediaman-bertaraf-global/ /ktsn/mahasiswa-ukm-universiti-macau-kupas-model-pembangunan-kemahiran-insaniah-holistik-di-kolej-kediaman-bertaraf-global/#respond Sun, 15 Mar 2026 16:13:09 +0000 /ktsn/?p=5407 ...]]>

MACAU, 8 Mac 2026 鈥 Seramai 50 peserta terdiri daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan Universiti Macau (UM) telah menjayakan program mobiliti akademik dan budaya menerusi program Syed Nasir X Ibu Zain (SNIB) CONNECTS 2026 yang merupakan sebuah inisiatif yang menggabungkan kajian sistem kolej kediaman dan pertukaran budaya bersama UM.

Program berimpak tinggi ini dilaksanakan dengan kerjasama Professor Dr. Hui Sai Chuen Stanley, Pengetua, Henry Fok Pearl Jubilee College (HFPJC), sebuah kolej kediaman terkenal di UM yang mengintegrasikan pembelajaran akademik dan pembangunan sahsiah pelajar secara holistik. Pelbagai sesi perkongsian dan perbincangan telah diadakan bagi mengkaji perbezaan sistem kolej akademia antara kedua-dua institusi seterusnya membuka ruang kepada pelajar 每日大赛app untuk memahami budaya, sistem pembelajaran, dan perspektif global di UM. Secara umum, kedua-dua universiti berkongsi pendekatan dalam memperkukuh kemahiran insaniah mahasiswa melalui pelbagai program pengayaan yang dilaksanakan dalam konteks kolej kediaman, yang berfungsi bukan sahaja sebagai tempat penginapan, malah sebagai platform pembangunan pelajar.

Pengetua Kolej Ibu Zain, Ts. Dr. Nurhidayah Bahar menegaskan bahawa program ini merupakan platform strategik untuk memperkasa pemahaman pelajar tentang sistem pendidikan rentas sempadan, khususnya sistem kolej kediaman yang berupaya melahirkan graduan berdaya saing global.

鈥淪epanjang program ini, para pelajar tidak hanya mendalami perbezaan sistem kolej kediaman antara 每日大赛app dan UM, malah turut bergerak aktif dalam aktiviti pertukaran budaya seperti Bengkel Lukisan Batik, Seni Bela Diri serta Kaligrafi Melayu dan Cina. Pengalaman ini mengasah jati diri dan kemahiran insaniah pelajar, di samping memartabatkan warisan budaya Malaysia di pentas antarabangsa,鈥 katanya.

Pengarah Program, Chuah Tiong Li pula menyatakan bahawa penglibatan dalam program ini membuka ruang kepada mahasiswa untuk memahami kepelbagaian sistem pendidikan tinggi sekali gus memperkukuh jaringan sosial antara institusi.

鈥淜ami bukan sahaja dapat mempelajari pendekatan pendidikan di Macau, malah berpeluang menjalinkan persahabatan erat dengan mahasiswa UM melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ini adalah pengalaman yang tidak ternilai,鈥 ujarnya.

Delegasi turut menyelami warisan sejarah Macau melalui pelbagai lawatan bermakna, termasuk ke Masjid Macau, Reruntuhan Gereja St. Paul’s, dan Muzium Kesenian Macau. Pengalaman ini diperkaya dengan ceramah oleh Prof. Glenn Timmermans yang mengupas perkembangan sejarah Macau dari zaman pemerintahan Portugis hingga era moden yang memberikan perspektif menyeluruh tentang identiti unik wilayah ini sebagai titik pertemuan tamadun Timur dan Barat. Aktiviti kembara di sekitar Taipa, Macau turut diadakan, menggabungkan elemen pendidikan dengan penerokaan budaya secara langsung.

Program ini mendapat sokongan penuh daripada Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-每日大赛app) dan Pusat Hubungan Antarabangsa (每日大赛app Global). SNIB CONNECTS 2026 menjadi simbol kerjasama dua institusi pendidikan tinggi dalam menyemai nilai kepimpinan dan kesarjanaan rentas sempadan. Lebih daripada sekadar program mobiliti antarabangsa, SNIB CONNECTS 2026 membuktikan bahawa pelajar Malaysia mampu tampil sebagai duta kecil yang bukan sahaja berilmu, malah berupaya memartabatkan warisan budaya dan membina jaringan global yang bermakna.

]]>
/ktsn/mahasiswa-ukm-universiti-macau-kupas-model-pembangunan-kemahiran-insaniah-holistik-di-kolej-kediaman-bertaraf-global/feed/ 0
‘TIGA JIWA, SATU IRAMA’: KELAB TIONG HWA KTSN ANGKAT KEKAYAAN WARISAN TRADISIONAL MELALUI MALAM TRIO TRADISI /ktsn/tiga-jiwa-satu-irama-kelab-tiong-hwa-ktsn-angkat-kekayaan-warisan-tradisional-melalui-malam-trio-tradisi/ /ktsn/tiga-jiwa-satu-irama-kelab-tiong-hwa-ktsn-angkat-kekayaan-warisan-tradisional-melalui-malam-trio-tradisi/#respond Thu, 01 Jan 2026 06:25:38 +0000 /ktsn/?p=5316 ...]]>

Pada 17 Disember 2025, Kelab Tiong Hwa, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), telah berjaya menganjurkan Program Malam Trio Tradisi di Dewan Tun Syed Nasir, KTSN, yang menghimpunkan seramai 141 orang peserta daripada pelbagai latar belakang kaum.

Program ini menampilkan keindahan serta kekayaan warisan budaya tradisional pelbagai kaum dengan mengangkat tema 鈥淭iga Jiwa, Satu Irama鈥. Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap budaya Cina, Melayu dan India, malah turut memupuk semangat perpaduan melalui penghargaan terhadap seni dan budaya tradisional.

Antara pengisian utama program ialah pelbagai reruai kebudayaan yang diadakan di Dewan Tun Syed Nasir. Reruai-reruai tersebut merangkumi Kelas Pembuatan Kipas Lakuer, Kelas Penulisan Kuplet, Dot Rangoli Delight, Spice & Sniff Challenge, Seni Takat Benang Emas, serta Manik dan Pakaian Tradisional. Melalui aktiviti ini, para peserta berpeluang mencuba sendiri pelbagai seni dan kraf tangan tradisional dengan bimbingan ahli jawatankuasa yang berpengalaman, sekali gus mempromosikan kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Program turut diserikan dengan persembahan Gendang 24 Musim oleh pelajar KTSN yang berbakat.

Penganjuran Malam Trio Tradisi membuktikan komitmen semua pihak dalam mempromosikan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 16: Keamanan, Keadilan, dan Institusi Kukuh). Secara keseluruhannya, program ini dapat memperkukuh kesedaran dan pemahaman pelajar terhadap kepelbagaian budaya.

]]>
/ktsn/tiga-jiwa-satu-irama-kelab-tiong-hwa-ktsn-angkat-kekayaan-warisan-tradisional-melalui-malam-trio-tradisi/feed/ 0
KBS DAN KTSN BERKOLABORASI JAYAKAN AKTIFXPRES FOKUS KESIHATAN WANITA /ktsn/kbs-dan-ktsn-berkolaborasi-jayakan-aktifxpres-fokus-kesihatan-wanita/ /ktsn/kbs-dan-ktsn-berkolaborasi-jayakan-aktifxpres-fokus-kesihatan-wanita/#respond Sat, 06 Dec 2025 10:33:07 +0000 /ktsn/?p=5288 ...]]>

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama erat Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia, telah menganjurkan Program Aktif Ekspress (AktifXpress) bagi meningkatkan kesedaran kesihatan holistik dalam kalangan mahasiswi. Program yang berlangsung pada hari Sabtu, 29 November 2025, di Gelanggang Bola Tampar KTSN, ini berjaya menarik penyertaan seramai 100 pelajar wanita KTSN.

Program AktifXpress menetapkan kesihatan holistik belia wanita sebagai fokus utama penganjuran, sejajar dengan objektif mempromosikan gaya hidup cergas dan berilmu. Program ini dianjurkan khas untuk menggalakkan pelajar wanita mengambil inisiatif dalam penjagaan kesihatan asas. Sesi ini turut diserikan dengan kehadiran penceramah jemputan khas, Pn Siti Farida bt Azhar, yang berkongsi ilmu mendalam dalam bidang kesihatan wanita.

Pengisian AktifXpress dibahagikan kepada dua segmen utama yang menggabungkan pendidikan teori dan aktiviti fizikal, iaitu Ceramah Pendidikan dan Sesi Kecergasan Beramai-ramai. Penceramah, Pn Siti Farida bt Azhar, telah menyampaikan Ceramah Pendidikan Asas Kesihatan Wanita yang memberikan pendedahan saintifik dan praktikal mengenai nutrisi, penjagaan diri, dan langkah pencegahan penyakit. Sesi ceramah ini diakhiri dengan Sesi Kecergasan Beramai-ramai, melibatkan aktiviti Zumba atau Aerobik, bagi mempamerkan kepentingan aktiviti fizikal sebagai rutin harian yang menyeronokkan dan efektif.

Secara keseluruhannya, penganjuran Program AktifXpress ini berjaya mencapai matlamatnya dalam membina komuniti kolej yang lebih sihat. Program ini bukan sahaja menyokong matlamat Pembangunan Lestari (SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) dengan mempromosikan gaya hidup sihat, tetapi turut menekankan SDG 5 (Kesaksamaan Gender) dengan fokus kepada pemberdayaan wanita melalui pendidikan dan kesedaran kesihatan yang spesifik. Lebih penting lagi, kolaborasi strategik antara KBS dan KTSN ini mencerminkan SDG 17 (Kerjasama untuk Matlamat), menunjukkan betapa pentingnya perkongsian sektor awam-universiti dalam menjayakan inisiatif kesihatan belia. Usaha bersama ini diharap dapat diteruskan bagi memastikan kesinambungan pendidikan kesihatan yang menyeluruh di peringkat universiti.

]]>
/ktsn/kbs-dan-ktsn-berkolaborasi-jayakan-aktifxpres-fokus-kesihatan-wanita/feed/ 0
MEDAN RETORIKA: ARENA PEMIKIR MUDA DITEMPA /ktsn/medan-retorika-arena-pemikir-muda-ditempa/ /ktsn/medan-retorika-arena-pemikir-muda-ditempa/#respond Tue, 02 Dec 2025 18:03:44 +0000 /ktsn/?p=5213 ...]]>

Kelab Wadah Rakan Ilmu Siswa (WARIS), Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Program Medan Retorika buat julung kalinya bagi sesi 2025/2026 pada 29 NOVEMBER 2025. Tema “Dari Seni ke Tindakan” yang dipilih adalah amat bersesuaian dengan objektif utama penganjurannya iaitu membina sebuah generasi pelajar yang berfikiran kritis dan berkarisma tinggi melalui medan latihan debat yang komprehensif. Program ini juga turut diserikan dengan kehadiran dari pihak Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Encik Ezly bin Marzuki dan Unit Pengucapan Umum (UPU) 每日大赛app iaitu Encik Muhamad Badrul Naim bin Mohd Besri dan Encik Muhammad Iman bin Azhar yang dijemput khas bagi bersama-sama memeriahkan program ini.听听听

Medan Retorika 2025 ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar dari Kelab WARIS 25/26 dan telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Prof Madya Dr. Mohd Razif bin Shahril, selaku pengetua Kolej Tun Syed Nasir, 每日大赛app. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih daripada 120 orang听 peserta yang terdiri daripada pihak pentadbiran, barisan felo dan juga pelajar Kolej Tun Syed Nasir.听

Antara pengisian menarik dalam program Medan Retorika ialah pelaksanaan Aktiviti Interaktif, di mana peserta bergerak mengikut tiga stesen utama iaitu Sale Promoter, Pitching dan Beyond Court. Setiap stesen memberikan ruang kepada peserta untuk menonjolkan kreativiti, keyakinan serta kemampuan berfikir secara pantas sambil berentap sesama kumpulan dalam suasana yang mencabar namun menyeronokkan. Program turut diserikan dengan perkongsian eksklusif daripada pihak MADUM yang menerangkan format perdebatan sekali gus membuka perspektif baharu kepada peserta tentang dunia perdebatan sebenar di peringkat IPT. Mengakhiri pengisian, program menampilkan Cabaran Bahas, iaitu pertandingan debat antara dua kumpulan terbaik yang mempamerkan keupayaan berhujah secara profesional mengikut format yang ditetapkan. Cabaran ini bukan sahaja menghidupkan suasana pertandingan sebenar, malah menonjolkan potensi pelapis debat yang berwibawa dan bersedia ke pentas perdebatan yang lebih tinggi.

Akhirnya, program diakhiri dengan penyampaian Anugerah bagi dua kumpulan terbaik, yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang Cabaran Bahas. Dalam pada itu, Anugerah Pendebat Terbaik telah diberikan kepada Jasmine Kamelia binti Nor Azman sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan kemahiran berhujah sepanjang program.

pastedGraphic.pngJasmine Kamelia binti Nor Azman, Pendebat Terbaik Medan Retorika 2025 – Sumber听Foto, Exco Multimedia WARIS KTSN听Foto, Exco Multimedia WARIS KTSN

Program ini turut menyokong matlamat Pembangunan Lestari (SDG 4: Pendidikan Berkualiti) dengan menekankan kepentingan pendidikan yang menyeluruh dan saksama melalui pendedahan kepada kemahiran debat, pemikiran kritis dan komunikasi berkesan, serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua melalui aktiviti interaktif, perkongsian pengalaman dan Cabaran Bahas.

]]>
/ktsn/medan-retorika-arena-pemikir-muda-ditempa/feed/ 0