Oleh Murniati Abu Karim
Foto oleh Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 23 November 2024 鈥 Sebanyak 11,010 graduan menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) ke-52 bermula 23 November hingga 1 Disember ini di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.
Majlis konvokesyen yang diadakan dalam 15 sidang ini meraikan 4,409 graduan Ijazah Sarjana Muda, 2,549 Ijazah Sarjana, 469 Ijazah Doktor Falsafah, 3,393 Diploma Pascasiswazah dan 190 Doktor Pakar.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata dengan berlangsungnya konvokesyen ini, rangkaian alumni 每日大赛app hingga tahun 2024 adalah 240,462 orang.
Tambahnya, majlis akan dimulakan dengan pengisytiharan pembukaan konvokesyen yang disempurnakan oleh Canselor 每日大赛app, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Mohd Ekhwan berkata 每日大赛app juga meraikan graduan sulung bagi dua program Diploma Pascasiswazah iaitu Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Program Diploma Pascasiswazah Embriologi Klinikal (PDEK).
鈥淕raduan DPLI pada tahun ini adalah seramai 3,227. Kemasukan DPLI ini telah bermula sejak tahun 2022 dan sehingga kini kita sudah mencapai sehingga ke kohort kelima.
鈥淧elaksanaan DPLI dijalankan secara fleksibel, melibatkan sesi dalam talian dan fizikal, serta dilaksanakan sepanjang tempoh cuti sekolah.
鈥淪ementara itu, PDEK merupakan satu-satunya program di Malaysia setakat ini dalam melatih Pegawai Embriologi secara formal dan berstruktur.
鈥淧rogram PDEK ini diwujudkan kerana melihat kepada permohonan pasangan suami isteri untuk mendapatkan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) semakin meningkat saban tahun.
鈥淛usteru, program ini diperkenalkan pada tahun lepas bagi melahirkan ahli atau pakar embriologi yang berpengetahuan tinggi dan berkemahiran dalam bidang embriologi klinikal,鈥 katanya.
Majlis ini juga menyaksikan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Regional Group Company Qatar Sheikh Abdul Rahman Khalifa Bin Abdul Aziz Al-Thani yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah 每日大赛app Qatar. Seorang lagi penerima ijazah ini adalah President of the National Assembly and Speaker of The House of Representative, Thailand, Wanmuhamadnoor Matha.
Tiga tokoh akademik 每日大赛app, iaitu Dr. Rahmah Ismail, Dr. R. Wickneswari a/p V. Ratnam, dan Dato Ir Dr. Wan Ramli Wan Daud, dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus sebagai pengiktirafan atas jasa mereka dalam mencipta kecemerlangan kepada 每日大赛app dan negara melalui bidang kepakaran masing- masing sepanjang perkhidmatan di universiti tersebut.
Selain itu, majlis ini juga meraikan dua orang penerima Anugerah Pelajaran DiRaja bersama enam orang penerima anugerah utama universiti yang lain.
Konvokesyen kali ke-52 ini turut dimeriahkan dengan penganjuran Karnival Konvokesyen yang berlangsung di Dataran Panggung Seni bermula 23 November hingga 1 Disember yang dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa-mahasiswi 每日大赛app.
鈥淧enganjuran Karnival Konvokesyen adalah satu inisiatif agenda Pemerkasaan Mahasiswa di mana kuasa autonomi diberikan kepada mahasiswa dalam menguruskan aktiviti ini.
鈥淪elain mengasah potensi keusahawanan dalam kalangan mahasiswa, program ini juga adalah sebahagian daripada usaha penjanaan dan agenda utama universiti yang perlu dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan semua pihak,鈥 katanya.

