Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman
CHERAS, 5 Oktober 2023 鈥 Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menerima Anugerah Alumni Tersohor 2023 daripada Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app).
Pengiktirafan dibuat bagi meraikan kejayaan dan pencapaian beliau menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan khususnya di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekaligus menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan.
鈥淪aya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada 每日大赛app khususnya Fakulti Perubatan kerana sudi menganugerahkan gelaran Alumni Tersohor. Sememangnya saya berasa amat bangga kerana berpeluang menuntut ilmu dan menimba pengalaman di fakulti ini,鈥 katanya.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan syarahan 鈥楻eformasi Sistem Kesihatan yang Kalis Masa Hadapan鈥 yang menyentuh pelbagai isu kesihatan masyarakat di negara ini dalam mendepani cabaran masa hadapan.
Katanya, tahap kesihatan rakyat Malaysia semakin menurun sejak 20 tahun kebelakangan ini.
鈥淒engan peredaran masa serta perubahan sosioekonomi, demografi dan gaya hidup rakyat, terdapat keperluan untuk menambah baik dan memperkukuhkan sistem kesihatan negara agar kalis dengan perubahan yang berlaku.
鈥淧eningkatan kadar penyakit tidak berjangkit, penyakit berjangkit, kemunculan semula penyakit lama dan kemunculan penyakit baharu seperti COVID-19 membebankan lagi sistem penyampaian kesihatan negara.
鈥淜eadaan ini telah menyedarkan semua pihak betapa perlunya reformasi atau penambahbaikan yang menyeluruh dan berstruktur kepada sistem kesihatan negara bagi memastikan kesihatan rakyat tetap terjaga,鈥 jelasnya.
Penganugerahan Alumni Tersohor itu disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof Emeritus Datuk Dr Mohamad Abd Razak.
Penerima-penerima Anugerah Alumni Tersohor sebelum ini adalah Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Hisham Abdullah (2020), Datuk Dr. Rohaizat Yon (2021), dan Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Lokman Saim (2022).


