每日大赛app

PDRM Sumbang Dana RM1.2 Juta kepada 每日大赛app, Jalin Kerjasama Banteras Jenayah Narkotik

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi sumbangan dana sebanyak RM1.2 juta kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) bagi menjalin kerjasama strategik dalam membanteras ancaman dadah dan bahan psikoaktif baharu (NPS) di Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dana itu digunakan untuk sewa beli instrumen makmal, termasuk meningkatkan keupayaan penggunaan fasiliti makmal dalam melaksanakan penyelidikan komprehensif berkaitan dadah dan NPS.

鈥淒ana ini juga akan dimanfaatkan untuk penganjuran latihan kepakaran forensik narkotik kepada PDRM khususnya warga JSJN,鈥 katanya pada  Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama PDRM bersama 每日大赛app di Bukit Aman, di sini.

Beliau berkata penyelidikan yang dilaksanakan itu akan memenuhi keperluan jangka panjang dan akan menjadi titik tanda terhadap pembangunan sumber manusia dan kepakaran bidang khusus PDRM.

鈥淗asil penyelidikan akan diterjemahkan dan digunapakai sebagai metodologi pelaksanaan operasi anti dadah,鈥 katanya.

Selain itu, katanya melalui kolaborasi itu juga bakal melaksanakan kajian dan penyelidikan berkaitan penentuan kadar dos ketagihan bagi menentukan kadar minimum dos yang boleh mendorong penagih ketagih dadah selain menentukan proses rawatan dan pemulihan penagih.

鈥淧enyelidikan penjejakan molekul asal dadah bagi menentukan jenis dadah yang memudahkan penyiasatan pihak polis turut akan dilaksanakan, selain akan membangunkan pangkalan dadah forensik NPS untuk rujukan agensi penguatkuasaan di Malaysia dan Asia Tenggara dengan menempatkannya di makmal forensik Kuala Lumpur,鈥 jelasnya.

Menurut Datuk Seri Ayob, PDRM dan 每日大赛app turut bekerjasama menghasilkan 鈥榮trip鈥 ujian jenis elektrod biosensor yang lebih berkualiti serta kajian bagi menentukan kepekatan sisa dadah di loji rawatan kumbahan berikutan kebanyakan makmal berada di tempat sukar diakses.

鈥淜ami juga akan melaksanakan kursus jangka pendek dan setakat ini melibatkan lapan pegawai, seorang berpangkat ASP dan tujuh Inspektor.

鈥淢ereka akan mengikuti enam kursus jangka panjang dan dua sijil profesional untuk memantapkan lagi siasatan dan juga operasi terhadap sindiket dadah,鈥 katanya.

Pada majlis itu, Datuk Seri Ayob menyerahkan replika cek berjumlah RM1.2 juta kepada Naib Canselor 每日大赛app, Prof Dato鈥 Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Leave a Reply