Oleh Mila Cammelia Robert
Foto oleh PEMASRA
MIRI, 19 Ogos 2025 – Persatuan Mahasiswa Sarawak (PEMASRA) dan Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KM每日大赛app) mengadakan program anak angkat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi dan komuniti Rumah Panjang Logan Entasan, Marudi, baru-baru ini.
Program yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) itu disertai oleh 42 mahasiswa 每日大赛app dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan seperti gotong-royong, sukan rakyat, bengkel seni dan kraftangan, sesi motivasi bersama pelajar SMK Marudi, serta Malam Kebudayaan yang menampilkan persembahan tarian dan busana tradisional masyarakat Sarawak.
Setiausaha Tetap MYSED, Jimmy Wan berkata program itu bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat setempat, tetapi juga berjaya membina jaringan silaturahim antara mahasiswa dan komuniti.
鈥淚mpak program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama.
鈥淎ktiviti seperti gotong-royong dan malam kebudayaan telah membentuk nilai kerjasama, semangat kekitaan dan rasa hormat terhadap kepelbagaian budaya,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis penutup program tersebut.
Tambah beliau lagi, pengalaman anak angkat di Rumah Panjang Logan Entasan menjadi jambatan untuk mahasiswa memahami budaya, adat, dan kehidupan masyarakat Sarawak.
Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Marudi, Abang Median Abang Said berkata kehadiran mahasiswa 每日大赛app memberi dorongan kepada pelajar sekolah untuk lebih bersemangat melanjutkan pelajaran ke universiti.
鈥淚ni merupakan kerjasama yang baik untuk pelajar tentang kepentingan pembelajaran dan pendedahan di IPTA.
鈥淟ebih ramai pelajar universiti turun berkongsi pendapat, lebih besar dorongan kepada adik-adik kita untuk memilih jurusan yang sesuai. Ia memberi semangat kepada pelajar untuk terus menyambung pelajaran,鈥 katanya.
Program Bakti Siswa 每日大赛app 2025 menjadi wadah mempereratkan integrasi nasional, mengangkat nilai kesukarelawanan dan membentuk graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga berjiwa besar serta peka terhadap keperluan masyarakat.
Inisiatif ini selari dengan misi 每日大赛app untuk terus melahirkan pemimpin masa depan yang berintegriti, berpengetahuan dan berbakti kepada negara.


