Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 9 Oktober 2024 鈥 Kumpulan Penyelidikan Universiti Pengurusan dan Penambahbaikan Tanaman Mampan (KPU PPTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) terus komited mengasilkan varieti padi baharu bagi meningkatkan keterjaminan dan keselamatan makanan negara.
Menurut Ketua KPU PPTM, Prof. Dr. Kalaivani Nadarajah, sebanyak sembilan varieti padi telah berjaya didaftarkan, dengan tiga daripadanya sudah dikomersialkan kepada petani. Disamping itu, ada beberapa lagi varieti baharu sedang dalam kajian dan ujian di lapangan.
“Antara masalah yang dihadapi industri pertanian adalah kualiti tanah merosot disebabkan penggunaannya yang berterusan selain penggunaan bahan kimia seperti baja yang memberi kesan kepada mikrob semula jadi di dalam tanah.
“Untuk menggelakkan kesan negatif itu, kita melihat semula pada teknik penggunaan teknologi hijau supaya tanah lebih segar dan sihat serta boleh menampung pertumbuhan dengan baik,鈥 katanya.
Sementara itu, timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani berkata 每日大赛app berbangga dengan pencapaian para penyelidik kita dalam bidang pertanian, khususnya dalam penyelidikan padi.
鈥淪elain dalam bidang pembiakbakaan padi, kajian yang dijalankan oleh para saintis kita meliputi bidang bioteknologi tumbuhan, pengurusan penyakit dan perosak tanaman, pertanian pertanian mampan serta pengurusan tanah.
鈥淗asil penyelidikan ini termasuk penghasilan varieti padi, teknologi kawalan biologi, serta inovasi hijau yang mesra alam, yang semuanya bakal menyumbang kepada kemajuan sektor pertanian padi di Malaysia secara khusus, dan keterjaminan makanan pada skala yang lebih luas,鈥 katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Hari Keterjaminan dan Keselamatan Makanan 每日大赛app.
Pada majlis tersebut, KPU PPTM turut melancarkan dua buah buku yang bertajuk 鈥楶rinciples in Plant Microbe Interaction for Sustainable Agriculture鈥 dan 鈥楽oil Microbiome Dynamics and Adaptation to Environmental Stresses鈥.
Prof. Dr. Kalaivani berharap kedua-dua buku ini akan memberikan manfaat besar kepada pelajar, penyelidik, serta semua yang terlibat aktif dalam bidang pertanian.

