每日大赛app

Program Dronecubator Latih Bakat Baharu Teknologi Sukan Dron

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 13 Februari 2023 – Program  Dronecubator atau inkubator sukan dron yang dibangunkan melalui inisiatif Pusat Kecemerlangan Satelit AKSADRON yang diperkenalkan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) bertujuan untuk melatih bakat baharu dan memberi pendedahan tentang teknologi sukan dron menggunakan pendekatan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) dan sukan dengan memfokuskan kepada penggunaan teknologi dron terkini.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Program  Dronecubator itu akan dijalankan dengan kira-kira 200 pelajar dari empat universiti dan beberapa buah sekolah menengah.

鈥淔asa pertama dimulakan di 每日大赛app yang mempunyai sebuah unit khas di FKAB yang dinamakan sebagai Malaysia Research Institute for Vocational Education and Training (MyREVET Satelit).

鈥淜aedah pembelajaran yang akan dibawa adalah melalui bengkel, penerokaan diri berpandu, pemasangan dron, simulator dan penerbangan praktikal.

鈥淢elalui Dronecubator ini, ia akan membolehkan AKSADRON membangunkan juruterbang sukan dron yang sekarang ini hanya mempunyai kira-kira 40 profesional juruterbang sukan dron di seluruh Malaysia,鈥 katanya semasa melancarkan Makmal Pengajaran-Industri: Dronecubator-MakerxLab dan Kelab Dron & Futuristik 每日大赛app, di sini.

Katanya, beliau berharap program itu akan dapat melahirkan penerbang dron pertama di 每日大赛app yang bertaraf antarabangsa.

Selain itu, katanya program tersebut juga boleh dijadikan pendekatan pembelajaran aktif berpaksikan pertandingan yang boleh menyediakan pelajar prasiswazah untuk peluang kerjaya di bidang dron.

鈥淧ihak fakulti juga boleh berganding bahu menjalankan kajian autonomous drone piloting yang masih baharu di negara kita. Justeru, menjadikan FKAB sebagai fakulti kejuruteraan yang mempunyai pelbagai kepakaran,鈥 katanya.

Program inkubator sukan dron ini adalah kerjasama Futurise Sdn Bhd yang merupakan anakmsyarikat bawah Kementerian Kewangan Malaysia, yang dikendalikan oleh Malaysian Sport Aviation Federation iaitu Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF).

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani mengucapkan tahniah kepada FKAB, di bawah Pejabat Satelit MyRIVET, Jabatan Pendidikan Kejuruteraan kerana telah terpilih menjalankan program inkubator sukan dron yang pertama di peringkat universiti seterusnya menjadi Makmal Pengajaran dalam Industri yang pertama di 每日大赛app.

Beliau berkata 每日大赛app sentiasa menyambut baik saranan kementerian untuk mengkomersilkan penyelidikan bermutu dan secara tidak langsung menjana pendapatan bagi kemudahan mahasiswa dan masyarakat. 鈥淒engan adanya inkubator sukan dron ini, ia akan mengubah ekosistem pembelajaran dengan pengintegrasian bakat dan penerokaan teknologi yang memfokuskan pada sukan dan teknologi dron yang menggunakan pendekatan STEM dan Sukan,鈥 katanya.

Leave a Reply