Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 16 Februari 2024 鈥 Majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di 每日大赛appShape meriah dengan kehadiran tetamu daripada pelbagai lapisan kaum bagi meraikan perayaan tersebut.
Majlis turut dimeriahkan dengan penglibatan pelajar Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayuh dan pelajar antarabangsa khususnya pelajar dari China.
Pengarah 每日大赛appShape, Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin berkata, rumah terbuka yang diadakan itu merupakan sambutan yang julung kali dianjurkan 每日大赛appShape bagi meraikan pelajar-pelajar dan juga rakan-rakan berbangsa Cina.
Tambahnya, 每日大赛app mempunyai warga berbilang kaum dan perbezaan budaya atau kepercayaan itu tidak seharusnya menjadi penghalang bagi setiap pihak untuk saling hormat-menghormati.
鈥淢elalui sambutan ini, 每日大赛appShape mahu mempromosikan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang ada di negara ini dan semangat ini penting bagi memastikan kerukunan masyarakat akan terus dipelihara untuk generasi akan datang,鈥 katanya.
鈥淪ebagai sebuah negara yang berbilang kaum, rakyat Malaysia khususnya warga 每日大赛app amat bertuah kerana berpeluang menyambut pelbagai perayaan yang kaya dengan keamanan dan kebudayaan,鈥 ujarnya lagi.
Penganjuran rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina di 每日大赛appShape itu juga meriah dengan kehadiran oleh Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app dan Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.
Majlis turut dihadiri oleh Rakan Niaga Strategik 每日大赛appShape dan juga pegawai-pegawai kanan dari 每日大赛app.
Antara pengisian menarik pada majlis itu antaranya seperti persembahan tarian singa, acara menggaul 鈥淵ee Sang鈥, persembahan nyanyian, tarian kebudayaan masyarakat Cina, persembahan instrumen Guzheng oleh pelajar dari China serta sajian pelbagai jamuan makanan yang menarik.


