Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) menjalin kerjasama dengan Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) bagi membangunkan aplikasi Sistem Pengurusan Sukan Udara (SAMS) dalam mendigitalkan sukan udara di Malaysia.
Kerjasama itu dikukuhkan dengan pemeteraian Momorandum Persefahaman (MoU) antara 每日大赛app dengan MSAF, baru-baru ini yang dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Dokumen MoU itu diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dato鈥 Ts Dr Norazah Mohd Nordin.
Presiden MSAF, Nurhaqimy Ismail berkata 每日大赛app telah menyumbang kepakaran dalam penyelidikan dan pembangunan sukan dron.
鈥淜erjasama kolektif ini menekankan komitmen terhadap inovasi dan kecemerlangan sukan udara dan juga penerbangan rekreasi di mana SAMS mewakili lonjakan teknologi digital pada masa depan,鈥 katanya semasa Majlis Memperkenalkan Aplikasi Sistem Pengurusan Sukan Udara (SAMS) di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.
Beliau berkata aplikasi inovatif ini menyepadukan pelbagai fungsi, termasuk pengurusan lesen, sijil, kedudukan individu, sistem SOS, acara yang sedang dilakukan oleh individu, penjejakan langsung, buku log dan banyak lagi modul yang akan datang.
鈥淪emua ini adalah bagi memudahkan individu yang terlibat dalam sukan udara mematuhi peraturan keselamatan yang ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,鈥 ujarnya.
Menurut beliau, aplikasi mudah alih itu menyatukan semua keperluan komuniti sukan udara menjadi satu platform yang boleh diakses dan mesra pengguna, menjadikan penerbangan rekreasi dan sukan udara lebih mudah dan selamat untuk semua orang.
鈥淪AMS telah menerima pelbagai pengiktirafan dan permintaan di peringkat antarabangsa, terutamanya daripada Persekutuan Sukan Udara Asia, yang telah menyatakan minat mereka untuk mengguna SAMS.
鈥淪ambutan yang menggalakkan ini menyerlahkan lagi potensi SAMS untuk mengubah dan memudahkan pengurusan sukan udara bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh benua,鈥 katanya.
Menurut beliau, dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MSAF akan menumpukan usaha bagi memastikan standard keselamatan tertinggi bagi komuniti sukan udara di samping memupuk pembangunan sektor dinamik ini.
Selain 每日大赛app, pembangunan aplikasi SAMS ini turut melibatkan pihak industri seperti AIM Aerial Technologies, AIM Aerial Technologies dan Futurise Sdn Bhd.

