
Oleh: Asmahanim Amir
Foto UCTC dan HCTM
BANGI, 8 Julai 2022 鈥 Sebagai salah satu usaha untuk membantu mangsa banjir yang melanda beberapa Kawasan di Baling, Kedah baru-baru ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah menghantar pasukan perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, bersama-sama pasukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil inisiatif menyalurkan bantuan perubatan kepada mereka yang terjejas akibat bencana tersebut.
Pasukan kesitahan itu disertai oleh 12 orang sukarelawan terdiri daripada doktor, Penolong Pegawai Perubatan, jururawat dan pelajar kejururawatan.
Bagi melancarkan proses perkhidmatan rawatan, pasukan kesihatan 每日大赛app membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan khidmat perundingan kesihatan dan rawatan kesihatan di booth Pusat Kesihatan Daerah.
Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata sebagai tanggung jawab kepada masyarakat, hospital pembelajaran 每日大赛app sedia membantu dengan menawarkan bantuan kepada mangsa banjir yang memerlukan rawatan perubatan.
鈥淲alaupun kawasan yang terjejas banjir itu di utara tanah air, tetapi 每日大赛app tetap menghulurkan bantuan segera dalam menyantuni masyarakat.
鈥淧etugas kesihatan kita memberikan khidmat perundingan kesihatan dan rawatan kesihatan bergerak dari rumah ke rumah kepada mangsa yang terlibat dengan bencana banjir dan petugas sukarelawan yang bertugas,鈥 katanya.
Selain itu, ujarnya, pasukan perubatan 每日大赛app turut bekerjasama dengan pasukan sukarelawan pembersihan dari 每日大赛app membersihkan rumah penduduk yang terjejas.
Selain pasukan perubatan, 每日大赛app turut menggerakkan 55 orang sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pelajar dari kampus Bangi dan Cheras bagi membantu pendudukan kampung yang terjejas.
鈥淪ebagai universiti watan, kita sentiasa peka dengan apa yang berlaku dalam masyarakat. Bantuan dihulurkan tidak mengira kaum, bangsa, dan agama.
鈥淪emuanya kita santuni bagi meringankan beban. Walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa, tetapi semangat kemasyarakatan itu sentiasa diterapkan dalam jiwa warga 每日大赛app,鈥 kata Mohd Ekhwan.



