Oleh Haiqal Rawlins
Nakhon Si Thammarat, 21 Oktober 2024 鈥 Program Kembara 每日大赛app Siri 3 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) di Pondok Bantan, Thailand, menyaksikan pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) antara 每日大赛app dan Sekolah Agama Prateepsasana, Pondok Bantan serta penyerahan MoU kepada Universiti Walailak.
MoU bersama Pondok Bantan yang diselaras oleh Fakulti Pengajian Islam dan MoU bersama Universiti Walailak yang diselaras oleh Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) 每日大赛app mensasarkan pembangunan pendidikan tinggi dan penyelidikan
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi 每日大赛app, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani berkata pemeteraian dokumen kerjasama dan memorandum persefahaman ini akan menyumbang kepada penghasilan graduan yang berdaya saing yang bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan tetapi juga dengan kemahiran untuk berjaya dalam dunia yang semakin global.
鈥淜erjasama ini juga bakal menghasilkan graduan berbakat dan terbaik negara, mengukuhkan lagi ekosistem penyelidikan dan inovasi, melaksanakan pendekatan baharu program pemindahan dan perkongsian ilmu, pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan pemantapan ekosistem pemboleh daya,鈥 katanya.
Sebagai sebahagian daripada pengisian program ini, satu Bengkel Training of Trainers (ToT) dalam Pembangunan Profesional bagi Guru Bahasa telah dilaksanakan di Pondok Bantan. Sesi ini disertai oleh 20 orang guru-guru Pondok Bantan manakala tenaga pengajar merupakan guru-guru bahasa daripada Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA-每日大赛app).
Selain itu, rombongan 每日大赛app turut mengadakan pemeriksaan kesihatan di Kampung Kedahan yang dilaksanakan oleh Pusat Kesihatan Universiti dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) melibatkan seramai 85 orang penduduk. Manakala di Sekolah Prateepasat Wiratsayamanee, satu program sunathon juga diadakan, melibatkan 70 orang kanak-kanak antara 5 hingga 12 tahun.
Turut serta sebagai sukarelawan ialah pelajar PESISTRA yang terdiri daripada pelajar tahun 2 dan 3 program Sarjana Muda Sains Citra yang memberikan khidmat komuniti dalam membantu program pemeriksaan kesihatan dan sunathon.
Kerjasama 每日大赛app-Pondok Bantan telah bermula sejak Ogos 2017 dengan tujuan memperkukuh jaringan akademik dan menyantuni komuniti setempat yang masih menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi harian.
Penutup program ini diakhiri dengan kenduri rakyat dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk 鈥淒unia Dikendung, Akhirat Dijunjung鈥 di Kg. Kedahan.
Program Kembara 每日大赛app Siri 3 ini dianjurkan oleh CITRA-每日大赛app dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri dan Komuniti, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Perubatan, LESTARI, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Bahagian Keselamatan 每日大赛app, Pusat Komunikasi Korporat dan Kelab 每日大赛app Bikers.


