每日大赛app

Utamakan Nilai Kemanusiaan Dalam Kepimpinan

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 10 Januari 2023 鈥 Kepimpinan berpaksikan kemanusiaan harus diutamakan dalam usaha untuk memupuk ekosistem pendidikan yang inklusif, berkesan dan mampan.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Prof. Dr. Azlinda Azman berkata, dalam menjalankan tugas dan peranan, aspek berhubung dengan manusia sentiasa ada dimana mereka mempunyai sensitiviti sendiri, pemikiran, budaya serta suasana tersendiri.

Justeru, pemimpin harus bijak mengenali setiap individu yang bekerja dengannya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama yang bertajuk 鈥淜epentingan Memimpin bersama Kemanusiaan dalam Pendidikan Tinggi鈥 di Program Dialog Kepimpinan Berasaskan Kemanusiaan.

鈥淜emanusiaan dalam pendidikan tinggi menunjukkan pendekatan belas ihsan dan empati terhadap pelajar, fakulti, dan kakitangan.

鈥淜ita juga perlu mengiktiraf dan menghormati keunikan, kepelbagaian dan pengalaman individu setiap individu dalam komuniti akademik.

鈥淜emanusiaan adalah asas dalam memupuk kecemerlangan akademik dan pertumbuhan individu jadi, kita perlu menyumbang kepada penciptaan persekitaran yang menyokong dan memupuk yang memupuk pembangunan holistik pelajar dan kakitangan, seterusnya membolehkan mereka berkembang maju dalam usaha akademik dan peribadi mereka,鈥 katanya.

Program anjuran Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-每日大赛app), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) ini mendapat lebih 300 penyertaan daripada universiti awam dan swasta, kolej-kolej, pertubuhan bukan kerajaan serta pihak industri.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dalam ucapan penutup berharap agar pihak penganjur meneruskan beberapa siri diskusi ilmu berkaitan kepimpinan seumpama ini kerana kepentingannya dalam membawa agenda KPT.

Leave a Reply