Oleh Murniati Abu Karim
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 30 September 2023 鈥揝eramai 4,286 pelajar baharu terpilih melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) bagi sesi akademik 2023/2024 untuk semua program pengajian.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata 每日大赛app menerima sebanyak 49,484 permohonan pada tahun ini.
鈥淒aripada jumlah itu, hanya 4,286 sahaja yang layak dan dipilih menjadi sebahagian daripada warga Universiti Kebangsaan Malaysia.
鈥淪esi pendaftaran pagi melibatkan pelajar dari negeri Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.
鈥淪ementara itu, pelajar dari Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Selangor, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mendaftar pada sesi petang di kolej masing-masing,鈥 katanya semasa Sidang Media Pendaftaran Pelajar Baharu, di sini, hari ini.
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 1,865 adalah pelajar daripada golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) dan empat pelajar adalah orang kurang upaya (OKU) yang merangkumi cacat penglihatan dan cacat fizikal. Kemasukan baharu ini turut menerima empat orang pelajar Orang Asli dan lima pasangan kembar, jelasnya.
鈥淜ita santuni setiap keadaan pelajar dengan menyediakan kemudahan penginapan dan bantuan kebajikan yang bersesuaian bagi memberi keselesaan kepada mereka.
鈥淧elajar baharu akan menjalani program suai kenal iaitu Minggu Apresiasi Watan (MAW) bermula hari ini sehingga Rabu, 4 Oktober selama lima hari.
鈥淒engan tema 鈥楳ara Watan鈥, MAW akan memberi pendedahan dan pengisian yang padat kepada pelajar baharu seperti, amanat Naib Canselor, sesi bersama alumni, pengenalan kepada aktiviti kampus, dan interaksi dengan fakulti, kolej serta Pusat Tanggungjawab universiti,鈥 katanya.
Tambahnya baru-baru ini, 27 orang pelajar baharu 每日大赛app dari keluarga berpendapatan RM1,000 ke bawah menerima bantuan daripada universiti menerusi Program Jejak Anak Watan.
Menurut Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan, bantuan ini disampaikan secara terus melalui lawatan ke rumah-rumah bakal pelajar meliputi Zon Tengah, Utara, Selatan dan Pantai Timur.
鈥淪umbangan tersebut merangkumi bantuan kewangan sebanyak RM1,000 secara tunai dan Bakul Rahmah 每ang berisi barang kelengkapan asrama bernilai RM200 kepada pelajar yang mendaftar pada hari ini.
鈥淧rogram ini merupakan inisiatif pihak universiti bagi menyantuni pelajar yang tidak berkemampuan dengan memberikan suntikan kewangan untuk meringankan beban ekonomi terhadap keluarga pelajar.
鈥淪umbangan ini diharapkan dapat memberi dorongan kepada pelajar agar mereka dapat memulakan pelajaran di universiti dengan bersemangat tanpa perlu risau tentang kekangan kewangan,鈥 katanya.
Tambahnya, terdapat pelbagai bantuan lain dari pihak universiti untuk membantu pelajar yang memerlukan seperti zakat 每日大赛app dan bantuan yuran pendaftaran.
