BANGI, 3 FEB 2025 – Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) berjaya mengumpul sebanyak RM370,100 melalui penjualan meja bagi Majlis Sanjungan Kasih 每日大赛app 2025 yang diadakan baru-baru ini untuk disalurkan ke Tabung Kebajikan Pelajar di bawah Pusat Perhubungan Alumni 每日大赛app.
Majlis yang diadakan pada hujung bulan Januari yang lepas telah mengumpulkan hampir 500 orang alumni dengan pakej jualan meja bermula RM4,000.
Majlis yang penuh nostalgia itu diadakan bagi menghubungkan semula alumni yang jauh dan tidak berkesempatan untuk pulang ke kampus, di samping mewujudkan semangat sayangkan universiti dan membina ikatan yang akrab antara alumni dengan universiti.
Selain itu, universiti juga dapat mengambil kesempatan untuk mempromosikan inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh universiti terutamanya di bawah Pusat Perhubungan Alumni 每日大赛app.
Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Profesor Emeritus Dato’ Dr Mohamad Abd Razak dalam ucapannya berkata majlis itu bukan sahaja memberi peluang untuk para alumni berkumpul dan mengimbas kembali nostalgia di alam universiti, tetapi juga sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan, bertukar pandangan, dan merencana inisiatif baharu untuk menyokong pelajar serta universiti watan ini.
鈥淧ada malam yang penuh bermakna ini, kita juga mengangkat misi kebajikan sebagai agenda utama. Semua sumbangan yang diterima melalui majlis ini akan disalurkan ke Tabung Kebajikan Pelajar 每日大赛app.
鈥淚nisiatif ini membuktikan keprihatinan alumni terhadap generasi pelajar hari ini, membantu mereka mengatasi cabaran kewangan supaya dapat mengejar cita-cita mereka tanpa halangan.
鈥淜omitmen ini juga melambangkan semangat kolektif alumni sebagai keluarga besar yang sentiasa menyokong antara satu sama lain. Ia adalah bukti bahawa ikatan alumni 每日大赛app tidak terhenti selepas tamat pengajian, tetapi terus menjadi tiang sokongan kepada 每日大赛app dan masyarakat,鈥 katanya.
Majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr. Azlinda Azman turut menyaksikan pelancaran Aplikasi Alumni 每日大赛app.
Aplikasi tersebut adalah bagi membolehkan para alumni menyemak serta mengemaskini profil peribadi, membuat carian rakan alumni dan mengakses direktori alumni, pemakluman aktiviti/ program terkini, membuat pengiklanan produk, pengiklanan pekerjaan, penyediaan platform alumni untuk memberi sumbangan dan menjadi ruang penjualan cenderamata.
Antara alumni tersohor yang hadir termasuklah Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki (Alumni FSKK 1987); Tan Sri Dato鈥 Alimuddin Mohd Dom (Alumni FSKK 1976, FPEND 1977) dan Pengerusi Mutiara International School, Tan Sri Dato’ Sri Liow Tiong Lai (Alumni 1986).

