Admin, Author at Berita ÿմapp /beritaukm/author/firdaus/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Wed, 29 Apr 2026 05:04:36 +0000 en-US hourly 1 Fakulti Pergigian Perkukuh Agenda Pengantarabangsaan Melalui Mobiliti Mahasiswa /beritaukm/fakulti-pergigian-perkukuh-agenda-pengantarabangsaan-melalui-mobiliti-mahasiswa/ /beritaukm/fakulti-pergigian-perkukuh-agenda-pengantarabangsaan-melalui-mobiliti-mahasiswa/#respond Wed, 29 Apr 2026 05:04:35 +0000 /beritaukm/?p=4603 Oleh Zainal Asnawi Asyraf Zainal AbbidinFoto Fakulti Pergigian KUALA LUMPUR, 28 April 2026 – Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) terus mengukuhkan kecemerlangan akademik dan agenda pengantarabangsaannya menerusi kejayaan penganjuran…

The post Fakulti Pergigian Perkukuh Agenda Pengantarabangsaan Melalui Mobiliti Mahasiswa appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Zainal Asnawi Asyraf Zainal Abbidin
Foto Fakulti Pergigian

KUALA LUMPUR, 28 April 2026 – Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) terus mengukuhkan kecemerlangan akademik dan agenda pengantarabangsaannya menerusi kejayaan penganjuran siri Program Mobiliti Mahasiswa ke Indonesia, Vietnam dan Korea Selatan sepanjang bulan April ini.

Inisiatif strategik ini bukan sahaja bertujuan untuk memperluas bidang pembelajaran, malah menjadi platform penting bagi mempamerkan kualiti mahasiswa di peringkat global melalui pendedahan klinikal dan integrasi teknologi pergigian terkini.

Dekan Fakulti Pergigian, Prof. Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom berkata sokongan penuh akan sentiasa diberikan terhadap agenda pengantarabangsaan pelajar dealam melahirkan graduan yang kompetitif, holistik dan berfikiran global.

“Inisiatif ini merupakan langkah berterusan fakulti dalam memacu kecemerlangan akademik di peringkat global.

“Selain membina rangkaian akademik yang kukuh antara Fakulti Pergigian ÿմapp dengan universiti-universiti ternama dunia, program ini terbukti mampu membina kemenjadian diri mahasiswa yang lebih cemerlang,” katanya.

Siri mobiliti itu dimulakan dengan kunjungan enam mahasiswa ke Fakultas Kedokteran Gigi, Universitas Mahasaraswati, Bali, Indonesia pada 6 hingga 10 April yang lalu, dengan sesi lawatan ke Klinik Prostodontik, Klinik Pergigian Operatif, Klinik Oral & Maksilofasial, Klinik Endodontik serta Dewan Bedah Utama.

Selain latihan teknikal menerusi bengkel ‘Hands-On’, para mahasiswa turut melaksanakan aktiviti Pendidikan Kesihatan Mulut di peringkat pra-sekolah sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan pendedahan kepada kesihatan komuniti.

Dalam tempoh yang sama juga, seramai empat mahasiswa yang lain dihantar ke Seoul National University Dental Hospital, Korea Selatan melalui program Global Dental Leadership & Clinical Excellence Mobility: The SNU-ÿմapp Strategic Exchange 2026 bagi menjalani latihan externship yang intensif.

Fokus utama di Seoul adalah untuk melihat dengan lebih dekat amalan klinikal terbaik serta integrasi teknologi digital terkini di Jabatan Prostodontik serta Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial (OMFS).

Sementara itu, pada 13 hingga 17 April 2026 pula, lima lagi mahasiswa telah menyertai program mobiliti ke Universiti Perubatan dan Farmasi Ho Chi Minh City, Vietnam, dengan memberi tumpuan kepada pertukaran amalan klinikal dan tinjauan teknikal ke makmal-makmal kepakaran khususnya dalam bidang Prostodontik dan Pembedahan Mulut, sekali gus memperkaya ilmu melalui interaksi bersama tenaga pengajar antarabangsa.

Pendedahan yang diterima oleh mahasiswa sepanjang mobiliti tersebut amat penting bagi memastikan mahasiswa pergigian ÿմapp sentiasa relevan dengan perkembangan revolusi perubatan di peringkat dunia.

The post Fakulti Pergigian Perkukuh Agenda Pengantarabangsaan Melalui Mobiliti Mahasiswa appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/fakulti-pergigian-perkukuh-agenda-pengantarabangsaan-melalui-mobiliti-mahasiswa/feed/ 0
Pasukan Perubatan ÿմapp Juara National Health Hackathon 2026 /beritaukm/pasukan-perubatan-ukm-juara-national-health-hackathon-2026/ /beritaukm/pasukan-perubatan-ukm-juara-national-health-hackathon-2026/#respond Wed, 29 Apr 2026 05:00:25 +0000 /beritaukm/?p=4599 Oleh Khairatul Nadia Ramli CHERAS, 28 April 2026 – Pasukan ObsteriX dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) mencipta sejarah apabila…

The post Pasukan Perubatan ÿմapp Juara National Health Hackathon 2026 appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Khairatul Nadia Ramli

CHERAS, 28 April 2026 – Pasukan ObsteriX dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara dalam National Health Hackathon 2026, sekali gus menjadi kemenangan sulung universiti dalam pertandingan berprestij, baru-baru ini.

Pasukan tersebut telah menewaskan 30 pasukan dari seluruh negara menerusi inovasi bertajuk “OmniSafe: Diari Kehamilan Global Berkuasakan Kecerdasan Buatan (AI) dengan Peranti Boleh Pakai IoT Pintar.”

Salah seorang peserta, Dr. Nurul Huda Mohd Zainol yang merupakan pelajar program Doktor Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) berkata inovasi itu dibangunkan bagi membantu meningkatkan kesedaran dan pemantauan kesihatan ibu hamil secara lebih sistematik dan berterusan.

“Projek tersebut memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kadar kematian bayi dalam kandungan (stillbirth) melalui pendekatan inovatif yang memperkasakan peranan ibu dalam memantau keadaan kehamilan.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa gabungan kepakaran klinikal dan teknologi mampu menghasilkan solusi yang relevan untuk kesihatan ibu,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa inisiatif itu memberi penekanan kepada peningkatan kepekaan ibu terhadap perubahan keadaan kehamilan dan bayi, di samping menambah baik kaedah pemantauan sedia ada dengan menukarkan maklumat subjektif kepada data yang lebih objektif dan boleh dinilai.

“Pendekatan ini sekali gus menyokong pemantauan serta intervensi klinikal yang lebih berkesan,” katanya.

Inovasi tersebut dibangunkan bersama seorang lagi pelajar program Dokor Pakar O&G, Dr. Abdullah Abbas Abdul Halim serta Dr. Ahmad Zahin Zulkipli, yang merupakan jurutera perisian perubatan dari Sudo127 Sdn Bhd, di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Ixora Kamisan @ Atan dan Dr. Nurul Wahidah Wagimon.

Melalui kemenangan ini, pasukan ObsteriX membawa pulang hadiah utama berserta wang tunai RM10,000. Selain itu, inovasi tersebut juga turut melayakkan pasukan ini menerima dua anugerah khas iaitu Most Creative Solution dan User-Centered Design, sekali gus mengukuhkan keupayaan mereka dalam menghasilkan penyelesaian yang kreatif serta berfokuskan pengguna.

Kejayaan ini turut didukung oleh Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Perubatan (PSIFER), sebuah organisasi pelajar pascasiswazah yang memupuk inovasi, kolaborasi dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Pencapaian ini sekali gus menyerlahkan peranan ÿմapp dalam memperkasa inovasi kesihatan digital serta memperkukuh kerjasama rentas disiplin di peringkat nasional.

Dianjurkan oleh Asia Innovative Healthcare Network (AIHN) dan DGA Healthcare Group dengan kerjasama Cradle Fund, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) serta Amazon Web Services (AWS), hackathon ini menjadi platform peringkat kebangsaan bagi merangsang inovasi dalam bidang penjagaan kesihatan serta penghasilan penyelesaian berimpak tinggi kepada masyarakat.

The post Pasukan Perubatan ÿմapp Juara National Health Hackathon 2026 appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/pasukan-perubatan-ukm-juara-national-health-hackathon-2026/feed/ 0
Psikologi Dakwah Penting Dalam Membentuk Potensi Remaja Gen Z /beritaukm/psikologi-dakwah-penting-dalam-membentuk-potensi-remaja-gen-z/ /beritaukm/psikologi-dakwah-penting-dalam-membentuk-potensi-remaja-gen-z/#respond Wed, 29 Apr 2026 04:57:08 +0000 /beritaukm/?p=4595 Oleh Melor Suria MinhatFoto Ikhwan Hashim BANGI, 28 April 2026 – Pendekatan psikologi dakwah dilihat mampu menjadi kerangka penting dalam memahami dan membentuk potensi remaja generasi baharu yang berhadapan dengan…

The post Psikologi Dakwah Penting Dalam Membentuk Potensi Remaja Gen Z appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Melor Suria Minhat
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 28 April 2026 – Pendekatan psikologi dakwah dilihat mampu menjadi kerangka penting dalam memahami dan membentuk potensi remaja generasi baharu yang berhadapan dengan cabaran dunia digital serta perubahan sosial yang semakin kompleks.

Menurut Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham, dakwah bukan sekadar penyampaian mesej keagamaan, sebaliknya merupakan satu pendekatan dinamik yang menuntut kefahaman mendalam terhadap psikologi manusia, khususnya golongan remaja.

“Pendekatan psikologi dakwah perlu bersifat berhikmah dan meraikan fitrah manusia, dengan memberi penekanan kepada aspek emosi, pemikiran dan tingkah laku agar mesej dakwah dapat menyentuh jiwa serta memberi kesan yang mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Syarahan Perdana Profesor bertajuk “Psikologi Dakwah Memacu Potensi Remaja Gen Z”, di Bilik Senat, baru-baru ini.

Dalam tajuk itu, beliau telah mengupas berkenaan pendekatan psikologi dakwah dalam memahami dan membentuk potensi remaja, khususnya remaja Gen Z yang membesar dalam persekitaran digital.

Katanya, remaja Gen Z merupakan generasi yang membesar dalam persekitaran digital dan mempunyai keupayaan tinggi dalam mengakses maklumat serta berinteraksi secara maya.

“Generasi ini mempunyai potensi yang besar, namun pada masa yang sama berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk tekanan emosi dan ketagihan media sosial,” tambah beliau.

Menurutnya, cabaran tersebut memerlukan pendekatan dakwah yang lebih kontemporari dan relevan agar dapat disesuaikan dengan realiti kehidupan generasi masa kini.

“Pendekatan dakwah perlu berkembang seiring perubahan zaman, termasuk memanfaatkan medium digital dan interaktif sebagai saluran yang dekat dengan kehidupan remaja,” jelas beliau.

Dalam syarahan itu, Prof. Dato’ Dr. Fariza turut memperkenalkan Model Pembentukan Remaja Gen Z berasaskan konsep 5Q yang menekankan keseimbangan antara aspek rohani, emosi, kepimpinan dan keupayaan diri.

“Pembentukan remaja perlu dilihat secara menyeluruh agar potensi mereka dapat diperkasa secara seimbang antara keperluan dunia dan akhirat,” katanya.

Selain itu, pendekatan psikospiritual Islam turut diketengahkan sebagai elemen penting dalam membina kesejahteraan mental dan emosi remaja.

Beliau turut menekankan kepentingan motivasi, pendekatan emosi positif serta tazkiyat al-nafs sebagai strategi dalam membentuk sahsiah dan daya tahan diri remaja dalam mendepani cabaran era digital.

Penganjuran syarahan ini mencerminkan komitmen berterusan ÿմapp dalam memperkukuh budaya wacana ilmu serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui pendekatan akademik yang relevan dan berimpak tinggi.

The post Psikologi Dakwah Penting Dalam Membentuk Potensi Remaja Gen Z appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/psikologi-dakwah-penting-dalam-membentuk-potensi-remaja-gen-z/feed/ 0
Melayari Tradisi: 27 Tahun Pesta Ang Pow Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Menyatukan Warisan /beritaukm/melayari-tradisi-27-tahun-pesta-ang-pow-kolej-tun-syed-nasir-universiti-kebangsaan-malaysia-menyatukan-warisan/ /beritaukm/melayari-tradisi-27-tahun-pesta-ang-pow-kolej-tun-syed-nasir-universiti-kebangsaan-malaysia-menyatukan-warisan/#respond Wed, 29 Apr 2026 04:54:05 +0000 /beritaukm/?p=4591 Oleh Siti Hajar Zuber Pesta Ang Pow KTSN ÿմapp Ke-27 telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), menghimpunkan seramai 301 peserta yang terdiri…

The post Melayari Tradisi: 27 Tahun Pesta Ang Pow Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Menyatukan Warisan appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Siti Hajar Zuber

Pesta Ang Pow KTSN ÿմapp Ke-27 telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), menghimpunkan seramai 301 peserta yang terdiri daripada mahasiswa ÿմapp serta penyertaan dari luar. Program ini menyerlahkan keindahan dan keunikan warisan budaya Cina dengan mengangkat tema “Jejak Catatan Pengembara” sebagai teras penceritaan. Penganjurannya bukan sahaja bertujuan menyemai semangat perpaduan melalui penghayatan budaya Cina, malah turut membuka ruang kepada warga KTSN yang berbilang kaum untuk mengenali, memahami dan mengapresiasi adat serta tradisi masyarakat Cina dengan lebih mendalam.

Pesta Ang Pow Kolej Tun Syed Nasir yang kini menjangkau usia 27 tahun bukan sekadar sebuah acara tahunan, sebaliknya merupakan perjalanan panjang dalam melayari dan memaknai tradisi. Berteraskan semangat warisan dan kebersamaan, penganjuran edisi kali ini memperlihatkan bagaimana budaya terus hidup, berkembang dan disesuaikan dalam landskap generasi muda yang dinamik. Tradisi yang diwarisi tidak lagi statik, tetapi dirakam sebagai pengalaman yang sentiasa bergerak seumpama pengembara yang menulis catatan sepanjang perjalanan.

Dengan mengekalkan roh kebudayaan Cina sebagai teras, Pesta Ang Pow menjadi wahana penting dalam memperkenalkan nilai, seni dan falsafah hidup masyarakat Cina kepada khalayak yang lebih luas. Dalam konteks warga kampus yang berbilang kaum, acara ini berfungsi sebagai jambatan budaya yang merapatkan jurang perbezaan melalui apresiasi bersama, selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 16, iaitu Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh, khususnya dalam memupuk masyarakat yang aman, toleran serta saling menghormati. Setiap persembahan, daripada teater hingga ke seni tari dan muzik, bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut mengangkat makna yang lebih mendalam tentang identiti, pengalaman remaja dan pencarian jati diri.

Antara tarikan utama program ini ialah pementasan drama yang dipersembahkan oleh pelajar KTSN, dengan garapan cerita yang kreatif dan selari dengan tema yang diketengahkan. Pementasan tersebut berjaya memikat perhatian penonton di samping menyampaikan mesej yang signifikan seiring dengan semangat yang dibawa oleh Pesta Ang Pow KTSN ÿմapp Ke-27. Selain itu, pelbagai persembahan kebudayaan Cina turut dipentaskan, melibatkan bakat pelajar dalam seni seperti Gendang 24 Musim, tarian tradisional, tarian kontemporari dan Wushu. Persembahan-persembahan ini bukan sahaja menonjolkan keindahan dan keunikan warisan budaya masyarakat Cina, malah menjadi wadah kepada pelajar untuk mengasah dan menampilkan bakat mereka, di samping mengukuhkan semangat perpaduan serta menghargai kepelbagaian budaya dalam komuniti universiti.

Lebih signifikan, kesinambungan penganjuran selama hampir tiga dekad mencerminkan komitmen berterusan dalam memelihara tradisi sambil membuka ruang kepada inovasi. Generasi demi generasi pelajar KTSN menjadi pewaris yang bukan sahaja meneruskan legasi, tetapi turut mencorakkan wajah baharu pesta ini agar kekal relevan dengan zaman. Dalam usaha melayari tradisi ini, Pesta Ang Pow bukan lagi sekadar perayaan, tetapi sebuah naratif kolektif tentang perpaduan, penghormatan budaya dan semangat kebersamaan yang menjadi tunjang masyarakat Malaysia. Secara keseluruhannya, Pesta Ang Pow KTSN ÿմapp Ke-27 telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkenalkan budaya Cina serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga universiti. Program sebegini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memupuk keharmonian dan kefahaman antara budaya di Malaysia.

The post Melayari Tradisi: 27 Tahun Pesta Ang Pow Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Menyatukan Warisan appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/melayari-tradisi-27-tahun-pesta-ang-pow-kolej-tun-syed-nasir-universiti-kebangsaan-malaysia-menyatukan-warisan/feed/ 0
Too Efficient to Fail, Too Fragile to Survive /beritaukm/too-efficient-to-fail-too-fragile-to-survive/ /beritaukm/too-efficient-to-fail-too-fragile-to-survive/#respond Mon, 27 Apr 2026 01:19:03 +0000 /beritaukm/?p=4588 By Associate Professor Ts. Dr. Elankovan A. Sundararajan Imagine a high-performance race car, a masterpiece of carbon fiber and precision engineering, speeding along a sunlit track at two hundred miles per hour. It…

The post Too Efficient to Fail, Too Fragile to Survive appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
By Associate Professor Ts. Dr. Elankovan A. Sundararajan

Imagine a high-performance race car, a masterpiece of carbon fiber and precision engineering, speeding along a sunlit track at two hundred miles per hour. It is the peak of efficiency; every bolt and sensor is engineered to a singular objective: speed. But this masterpiece possesses a hidden “glass jaw.” A small foreign object, if it reaches the wrong internal component at high speed, can trigger disproportionate damage in a finely tuned system. A single, stray pebble, no larger than a thumbnail, can turn this milliondollar marvel into a static heap of scrap metal in seconds. This is the Centralization Paradox. It is the defining tension of today’s world, where the drive is to consolidate resources into centralized “hubs” to fulfil peak performance, which simultaneously creates the very vulnerabilities that could lead to a total system breakdown.

In our pursuit of a “God-view,” an orderly, centralized world where data, energy, and talent are brought together to maximize output, we have exchanged the messy resilience of the local systems for the brittle elegance of the global system.

We are drawn to centralization, driven by the fact that the “hub” model seems a logical and sensible choice. Bringing resources together allows us to make faster decisions, spend less money, and have tighter management with a steady hand. From a business perspective, this is celebrated as “economies of scale,” using it to justify our gargantuan warehouses, massive data centers, and sprawling metropolitan centers.

The centralization as a model promotes rapid innovation and simplifies security management, which makes us feel safe. However, such efficiency often hides fragility. When we tie the world’s functions to a “Master Switch,” we enter a state of being efficiently fragile. We effectively eliminate the small, frequent “nuisance” failures of a decentralized system, only to replace them with rare, catastrophic, “world-ending” events. In a decentralized world, a thousand small things break, and the system survives. In a centralized world, nothing breaks until everything breaks.

Nowhere is this digital brittleness more apparent than in the invisible, omnipresent infrastructure we call the cloud. For the modern citizen, it serves as a digital vault, holding our memories, our money, and our means of communication. We have replaced the “messy” local server in the basement for the sleek, centralized power of a few global giants, a shift that feels like progress until it doesn’t.

The paradox shows up when a single configuration error in a single data region affects everything else, for example, disrupting hospital communications, delaying international flights, and even rendering smart homes temporarily unusable. The way forward is to rediscover the edges, where multi-cloud approaches and edge computing solutions are being leveraged to bring intelligence closer to the end users. It is a move toward a digital ecosystem that works like a forest, where losing a few trees does not threaten the entire canopy.

If the cloud is our collective memory, then massive AI data centers are our emerging intellect, yet they may also represent the most concentrated point of failure in our history. To train the oracles of the next generation, we pack thousands of specialized GPUs into vast “mega-clusters” that consume the energy of a small city.

These are the silicon hearts of our future, but they are also profound bottlenecks. A power disruption, cooling failure, or network outage in one of these concentrated hubs doesn’t just slow progress; it can stall critical AI development at scale. To counter this fragility, we are beginning to explore federated and decentralized training approaches, distributing intelligence across many smaller, geographically separated nodes, so that the light of innovation cannot be dimmed by a single point of failure.

This fragility goes beyond cyberspace. As we face the crises of 2026, it pulses through the very arteries of our global survival. The conflict between the US-Israel alliance and Iran has, as a consequence, turned the Strait of Hormuz, once the world’s most efficient energy corridor, into a high-stakes gauntlet of mines, missiles and drones.

The blockade has sent a shockwave through the global system, causing petroleum, which is essential for nearly everything from transport fuel to fertilizer production, to become an increasingly scarce and costly resource. Even industrial giants such as China, which dominate the mass production of urea, are now finding themselves choked by rising costs and the unavailability of raw materials. Their mass production, which once created insurmountable losses for global competitors, has now become a point of planetary failure.

To protect their own domestic food security, Beijing has halted the export of fertilizers, leaving global plantation companies in a desperate lurch. We are seeing the “Efficiency Trap” in real-time: by allowing a single geographic neck to dictate the price of our food and fuel, we have built a world where a regional skirmish can trigger a global harvest failure. 

Ultimately, nature rarely puts all of its eggs in one basket. The most resilient systems, from the mycelial networks beneath our feet to the neural pathways in our brains, are often the most chaotic, the most redundant, and the least centralized. Such systems do not have a single point of failure because they do not have a single point of control.

Looking ahead, the objective is not to entirely relinquish the center but rather to recognize of its limits. As a consequence, antifragile systems are to be built, respecting the efficiency of the hub while cherishing the resilience of the edge.

In our move to optimize every aspect of life, it is often forgotten that life is built on redundancy. A heart has valves it rarely uses. A brain has pathways it keeps in reserve. Efficiency is a pursuit of the mind, but resilience is the wisdom of the body. To find the balance is to accept that perfection is often the enemy of survival. Are we willing to trade a little bit of today’s speed for the certainty of tomorrow’s stability?

The post Too Efficient to Fail, Too Fragile to Survive appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/too-efficient-to-fail-too-fragile-to-survive/feed/ 0
The Road After SPM : Aligning Your Dreams with Malaysia’s Talent Needs /beritaukm/the-road-after-spm-aligning-your-dreams-with-malaysias-talent-needs/ /beritaukm/the-road-after-spm-aligning-your-dreams-with-malaysias-talent-needs/#respond Mon, 27 Apr 2026 01:14:50 +0000 /beritaukm/?p=4585 By Assoc. Prof Dr. Salvinder Singh Karam Singh, Faculty Of Engineering And Built Environment, Department Of Mechanical And Manufacturing Engineering SPM results are out, and the real question begins: what…

The post The Road After SPM : Aligning Your Dreams with Malaysia’s Talent Needs appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
By Assoc. Prof Dr. Salvinder Singh Karam Singh, Faculty Of Engineering And Built Environment, Department Of Mechanical And Manufacturing Engineering

SPM results are out, and the real question begins: what kind of future will you build, and where do you fit in Malaysia’s journey?

Today, the country is not guessing its direction. Plans like the New Industrial Master Plan 2030 are clear. Malaysia wants to move from a low-cost producer to a high-value, technology-driven nation. This means more work in semiconductors, green energy, automation, and digital systems. But there is a problem. The talent pipeline is not ready.

Malaysia is already facing a shortage of STEM experts even as high-tech investments grow . At the same time, the country aims for up to 70 percent of jobs to be STEM-related in the future . This shows a clear gap between what industries need and what students are choosing.

TVET is no longer a second choice. It is now central to national growth. With over 95 percent of graduates getting jobs and rising demand in areas like robotics, EVs, and semiconductor work, TVET directly feeds industry needs . Malaysia is investing heavily because industries do not just need engineers. They need skilled technicians who can run, fix, and improve systems.

Social Studies still matter, but the country faces a mismatch. Too many graduates are chasing similar office roles, while technical and specialised roles remain unfilled. This imbalance slows growth and increases reliance on foreign workers.

Then comes the bigger issue: brain drain. When skilled Malaysians leave for better pay and growth, the country loses the very talent it needs to move forward. This is not just an economic issue. It is a signal that talent decisions must be smarter, not just popular.

So here is the point to ponder. Are you choosing a field because it feels safe, or because it solves a real need? Are you preparing to compete globally, or just to fit locally?

Your choice after SPM should address interest and relevance in building your future now. The real question is whether you will be part of building it, or watching it happen?

The post The Road After SPM : Aligning Your Dreams with Malaysia’s Talent Needs appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/the-road-after-spm-aligning-your-dreams-with-malaysias-talent-needs/feed/ 0
Pendidikan Tinggi Malaysia Makin Kukuh di Peringkat Global /beritaukm/pendidikan-tinggi-malaysia-makin-kukuh-di-peringkat-global/ /beritaukm/pendidikan-tinggi-malaysia-makin-kukuh-di-peringkat-global/#respond Fri, 24 Apr 2026 01:02:52 +0000 /beritaukm/?p=4581 Oleh Melor Suria MinhatFoto Izwan Azman BANGI, 21 April 2026 – Pendidikan Tinggi Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam tempoh dua dekad lalu, khususnya dari segi kedudukan universiti, kapasiti…

The post Pendidikan Tinggi Malaysia Makin Kukuh di Peringkat Global appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Melor Suria Minhat
Foto Izwan Azman

BANGI, 21 April 2026 – Pendidikan Tinggi Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam tempoh dua dekad lalu, khususnya dari segi kedudukan universiti, kapasiti penyelidikan dan reputasi di peringkat antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Penggalakan dan Peningkatan Pendidikan Tinggi ke arah Kualiti Piawaian Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi Thailand, Prof Dr Rattachat Mongkolnavin berkata Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang sangat baik.

“Jika dilihat sekitar 20 tahun lalu, kita berada pada titik permulaan yang hampir sama dari segi kedudukan penarafan universiti yang menjadi ukuran kualiti pendidikan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian Ketika menjadi panelis pada program bual bicara AKEPT Let’s Talk About Series Special Edition: Telaah dengan tajuk Pengajian Tinggi: Pendemokrasian, Pengkomersialan dan Pengantarabangsaan, di Bilik Senat, baru-baru ini.

Program yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Kajian Kepimpinan dan Jangkauan Global, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Prof Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan itu menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaya, Prof Dr Hasniza Zaman Huri dan penulis buku Pengajian Tinggi: Pendemokrasian, Pengkomersialan dan Pengantarabangsaan, Prof Dato’ Dr Qasim Ahmad.

Prof Dr Rattachat berkata Malaysia kini telah mencatat kemajuan yang signifikan, khususnya dalam pembangunan penyelidikan serta keupayaan menarik penyelidik berkaliber tinggi.

“Malaysia juga telah membuat pelaburan yang besar dalam pembangunan infrastruktur dan pusat penyelidikan,” ujarnya.

Tambah beliau, kepentingan pendekatan kerjasama serantau adalah salah satu strategi untuk memperkukuh kedudukan pendidikan tinggi di peringkat global.

Sementara itu, menurut Prof. Dr. Hasniza, meskipun Malaysia telah membina reputasi akademik yang kukuh, penekanan berterusan perlu diberikan kepada penghasilan impak penyelidikan serta kelestarian pencapaian universiti.

“Dari segi reputasi akademik dan kebolehpasaran graduan, Malaysia telah membina kedudukan yang kukuh.

“Namun, usaha perlu dipertingkatkan khususnya dalam memperkukuh komponen penyelidikan serta memastikan hasil penyelidikan dapat diterjemahkan kepada impak yang lebih jelas.

Apa yang lebih penting adalah memastikan kelestarian pencapaian tersebut agar universiti di Malaysia terus kekal berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) dalam menyokong agenda pembangunan pendidikan tinggi negara, selaras dengan aspirasi Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035.

The post Pendidikan Tinggi Malaysia Makin Kukuh di Peringkat Global appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/pendidikan-tinggi-malaysia-makin-kukuh-di-peringkat-global/feed/ 0
Laju Itu Pilihan, Risiko Itu Pasti: Harga Sebenar Memandu Laju /beritaukm/laju-itu-pilihan-risiko-itu-pasti-harga-sebenar-memandu-laju/ /beritaukm/laju-itu-pilihan-risiko-itu-pasti-harga-sebenar-memandu-laju/#respond Fri, 24 Apr 2026 00:57:26 +0000 /beritaukm/?p=4577 Oleh Prof. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Ihsan, Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia. Suatu pagi di lebuh raya, sebuah…

The post Laju Itu Pilihan, Risiko Itu Pasti: Harga Sebenar Memandu Laju appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Prof. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Ihsan, Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Suatu pagi di lebuh raya, sebuah kereta memotong laju dari sebelah kanan. Dalam beberapa saat, kereta itu hilang dari pandangan. Kita mungkin bersangka baik: “Cepat sampai.” Namun, beberapa kilometer kemudian, trafik mula perlahan. Di bahu jalan, kelihatan kenderaan yang sama mengalami kemalangan kecil, tetapi cukup untuk menahan aliran panjang kenderaan di belakangnya. Situasi ini kerap berlaku dan ia mengingatkan kita bahawa had laju bukan sekadar angka pada papan tanda, tetapi garis panduan keselamatan yang dibina atas asas yang kukuh.

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Malaysia merekodkan sekitar 6,000 hingga 7,000 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun. Laporan rasmi juga menunjukkan bahawa faktor seperti kelajuan berlebihan, kecuaian, dan kegagalan mematuhi peraturan jalan raya merupakan antara penyumbang utama kepada kemalangan maut.

Di sebalik had laju, terdapat hakikat yang tidak boleh dielakkan iaitu hukum fizik. Apabila kelajuan meningkat, tenaga hentaman meningkat dengan ketara. Perubahan kecil pada kelajuan boleh membawa perbezaan besar dalam impak pelanggaran. Begitu juga dengan jarak membrek; semakin laju kenderaan, semakin panjang jarak yang diperlukan untuk berhenti dengan selamat. Dalam situasi kecemasan, perbezaan ini boleh menjadi penentu antara selamat dan sebaliknya.

Namun, keselamatan di jalan raya tidak hanya bergantung kepada hukum fizik ini. Ia juga bergantung kepada keupayaan manusia. Masa reaksi pemandu, walaupun dalam keadaan fokus, tetap terhad. Dalam satu hingga dua saat, kenderaan pada kelajuan tinggi boleh bergerak puluhan meter. Dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai situasi boleh berlaku. Kenderaan di hadapan membrek secara mengejut, objek berada di laluan, atau perubahan pergerakan trafik yang tidak dijangka.

Jalan raya pula direka dengan parameter tertentu. Setiap selekoh, cerun dan jarak pandangan telah diambil kira oleh jurutera berdasarkan kelajuan yang sesuai. Apabila had ini dipatuhi, sistem jalan raya berfungsi secara optimum. Sebaliknya, apabila ia dilanggar, risiko kehilangan kawalan dan kemalangan meningkat.

Dalam masa yang sama, penting untuk memahami bahawa keselamatan bukan hanya tentang mengelakkan kelajuan tinggi. Perbezaan kelajuan yang terlalu besar antara kenderaan juga boleh meningkatkan risiko. Pemanduan yang terlalu perlahan boleh mengganggu aliran trafik dan menyebabkan pemandu lain mengambil tindakan seperti memotong secara mengejut. Oleh itu, had laju sebenarnya membantu mewujudkan keseimbangan dalam pergerakan trafik.

Satu lagi aspek yang sering menjadi perhatian ialah masa perjalanan. Ramai pemandu memilih untuk memandu lebih laju dengan harapan dapat sampai lebih awal. Namun dalam kebanyakan situasi, perbezaan masa yang diperoleh adalah kecil, selalunya hanya beberapa minit. Dalam perjalanan harian, kelebihan ini mudah hilang akibat lampu isyarat, kesesakan atau keadaan jalan yang tidak menentu.

Selain itu, kemalangan jalan raya juga memberi kesan kepada ramai pihak. Ia boleh menyebabkan kesesakan yang panjang, melibatkan pengguna jalan raya lain, dan memerlukan respons daripada pihak kecemasan seperti ambulans dan polis. Ini menunjukkan bahawa setiap tindakan di jalan raya bukan sahaja memberi kesan kepada individu, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan.

Kelajuan yang tinggi turut memberi kesan kepada penggunaan bahan api dan penyelenggaraan kenderaan. Kenderaan yang dipandu laju cenderung menggunakan lebih banyak bahan api, dan komponen seperti tayar serta sistem brek mengalami kehausan yang lebih cepat. Dalam jangka panjang, ini membawa kepada kos tambahan serta kesan terhadap alam sekitar.

Seiring dengan itu, pendekatan dasar seperti yang digalakkan oleh Kerajaan MADANI Malaysia melalui inisiatif Bekerja Dari Rumah (BDR) turut membuka ruang untuk mengurangkan kebergantungan terhadap perjalanan harian yang panjang dan tergesa-gesa. Dengan mengurangkan keperluan mobiliti yang tidak kritikal, tekanan untuk memandu laju dapat dikurangkan, sekali gus menyumbang kepada penjimatan tenaga, pengurangan pelepasan karbon, dan peningkatan kesejahteraan hidup secara keseluruhan.

Akhirnya, had laju wujud sebagai panduan untuk memastikan keseimbangan antara keselamatan, kelancaran trafik dan kecekapan perjalanan. Ia bukan bertujuan untuk menyekat, tetapi untuk melindungi. Dengan mematuhinya, kita bukan sahaja menjaga diri sendiri, tetapi juga menghormati keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Harapan kita, perkongsian seperti ini dapat dibaca, difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama, dan setiap pemandu memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua.

The post Laju Itu Pilihan, Risiko Itu Pasti: Harga Sebenar Memandu Laju appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/laju-itu-pilihan-risiko-itu-pasti-harga-sebenar-memandu-laju/feed/ 0
ÿմapp, AMRO Host Regional Economic Dialogue /beritaukm/ukm-amro-host-regional-economic-dialogue/ /beritaukm/ukm-amro-host-regional-economic-dialogue/#respond Fri, 24 Apr 2026 00:51:56 +0000 /beritaukm/?p=4573 By Murniati Abu KarimPhotos by Izwan Azman BANGI, 18 April 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) through the Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS) hosted a joint seminar with…

The post ÿմapp, AMRO Host Regional Economic Dialogue appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
By Murniati Abu Karim
Photos by Izwan Azman

BANGI, 18 April 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) through the Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS) hosted a joint seminar with the ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO), bringing together policymakers, economists and academics to address emerging regional economic challenges.

ÿմapp Vice-Chancellor, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh said the collaboration reflects a shared commitment to advancing regional dialogue while bridging the gap between research and policymaking.

“This is a reflection of both ÿմapp and AMRO’s commitment to regional dialogue, as well as recognition of ÿմapp as a platform for shaping ideas and bridging research and policymaking,” he said.

Highlighting the increasingly complex global landscape, he stressed that traditional economic models are no longer sufficient to explain current realities.

“We are in a very uncertain world at the moment. Economic modelling is no longer just about numbers. It must also take into consideration geopolitical factors, which are highly uncertain and qualitative in nature,” he said.

He noted that disruptions in global supply chains, particularly in energy supply, are reshaping economic assumptions and policy priorities.

“Even if we have the financial resources, we may not necessarily have the energy supply needed. This will directly impact production and the movement of goods within the supply chain.

“With ongoing supply chain challenges, we may have to rethink the fundamentals of economic theory. Countries may need to ensure basic self-sufficiency, including producing essential goods such as food closer to home,” he said.

He also raised concerns over Malaysia’s fuel subsidy burden, which currently stands at approximately RM6 billion per month.

“Such a level of subsidy is not sustainable in the long term. Policymakers will have to make difficult decisions to ensure fiscal stability, even if these decisions carry political implications,” he added.

The seminar featured presentations from two speakers, Allen Ng and Dr. Seung Hyun (Luke) Hong who are Group Head and Lead Economist at AMRO respectively.

They presented comprehensive economic analyses alongside current fiscal considerations. The presentations also covered efforts to maintain macroeconomic stability and strengthen trade and investment integration towards a more connected and resilient ASEAN.

AMRO also shared key findings from the ASEAN+3 Regional Economic Outlook (AREO) 2026, which examines evolving regional dynamics and pathways towards deeper ASEAN integration.

The post ÿմapp, AMRO Host Regional Economic Dialogue appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/ukm-amro-host-regional-economic-dialogue/feed/ 0
FKAB Perkenal Set Inovasi Pendidikan KIT STE(A)M REKARIVU© Kepada Pelajar Sekolah /beritaukm/fkab-perkenal-set-inovasi-pendidikan-kit-steam-rekarivu-kepada-pelajar-sekolah/ /beritaukm/fkab-perkenal-set-inovasi-pendidikan-kit-steam-rekarivu-kepada-pelajar-sekolah/#respond Fri, 24 Apr 2026 00:44:54 +0000 /beritaukm/?p=4569 Oleh Dr. Umawathy TechanamurthyFoto Dr. Umawathy Techanamurthy dan Dr. Izma Syazana Badruddin SEMENYIH, 17 April 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) memperkenalkan set…

The post FKAB Perkenal Set Inovasi Pendidikan KIT STE(A)M REKARIVU© Kepada Pelajar Sekolah appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Dr. Umawathy Techanamurthy
Foto Dr. Umawathy Techanamurthy dan Dr. Izma Syazana Badruddin

SEMENYIH, 17 April 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) memperkenalkan set inovasi pendidikan KIT STE(A)M REKARIVU© yang berasaskan pendekatan pembelajaran secara hands-on di program STEM Open Day 2026 yang dianjurkan oleh Tenby Schools Setia EcoHill (Tenby SHE), baru-baru ini.

Kit itu merangkumi pelbagai modul pembelajaran yang disertakan bersama bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap projek seperti projek litar kertas, turbin air dan turbin angin mini, penapis air DIY, model vakum, roket air serta termos DIY.

Menurut Ketua STEM di Tenby SEH, Dr. Khor Mae Chea, pengalaman pembelajaran yang bermakna berlaku apabila pelajar terlibat secara aktif dalam proses penerokaan dan eksperimen.

“Aپپ hands-on seperti ini mampu mencetuskan minat mendalam terhadap STEM serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

“Peserta juga telah menyerlahkan kreativiti mereka semasa mengikuti bengkel ini,” katanya.

Inisiatif tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan, khususnya dalam kalangan guru sekolah yang melihat potensi kit tersebut sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi subjek Sains dan Reka Bentuk & Teknologi (RBT).

Beliau yang merupakan Alumni FKAB ÿմapp turut menggalakkan pihak ÿմapp datang ke Tenby SEH untuk menjalankan program STEM lain pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Bengkel STE(A)M telah diadakan selama dua hari, melibatkan seramai 130 pelajar, terdiri daripada 70 pelajar Tenby SEH dan 60 pelajar jemputan daripada sekolah-sekolah di daerah Hulu Langat.

Penglibatan ÿմapp dalam program ini mencerminkan usaha berterusan universiti dalam memperluas akses kepada pendidikan STEM yang berkualiti, berimpak tinggi dan relevan dengan keperluan semasa.

Sebanyak 27 reruai interaktif telah disediakan, melibatkan penyertaan pelbagai agensi dan institusi termasuk Universiti Putra Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman, University of Nottingham serta rakan industri seperti Cytron Technologies dan Elquator Holding Berhad. Di samping itu, beberapa bengkel khas turut dikendalikan oleh agensi seperti Agensi Nuklear Malaysia dan WWF Malaysia.

Program ini mencatatkan penyertaan yang memberangsangkan dengan kehadiran kira-kira 850 pelajar Tenby SEH, bersama 240 pelajar dan 45 guru daripada 30 buah sekolah di daerah Hulu Langat, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 1,100 peserta yang terdiri daripada pelajar, pendidik, wakil industri serta institusi pengajian tinggi.

Penganjuran program ini turut mendapat sokongan strategik daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, serta University of Nottingham Malaysia sebagai rakan penganjur bersama.

The post FKAB Perkenal Set Inovasi Pendidikan KIT STE(A)M REKARIVU© Kepada Pelajar Sekolah appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/fkab-perkenal-set-inovasi-pendidikan-kit-steam-rekarivu-kepada-pelajar-sekolah/feed/ 0