Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 17 Julai 2025 鈥 Dua pasangan kembar cemerlang memilih untuk melanjutkan pengajian di program prauniversiti ASASIpintar Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) bagi sesi akademik 2025/2026 dengan hasrat untuk menjadi doktor perubatan.
Pasangan kembar pertama, Ahmad Hafiz Arwin dan adiknya Ahmad Harith Arwin, 18, yang merupakan bekas pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan bersyukur kerana impian untuk menyambung pengajian di institusi yang sama akhirnya tercapai.
鈥淜ami memang sentiasa bersama sejak dari sekolah rendah lagi dan tidak pernah berpisah. Kami sangat teruja kerana diterima masuk ke ASASIpintar 每日大赛app, apatah lagi selepas melalui proses saringan yang cukup mencabar.
鈥淜ami berharap dapat mencapai keputusan cemerlang dan menimba sebanyak mungkin pengalaman di sini sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan di 每日大赛app,鈥 kata Ahmad Hafiz.
Sementara itu, satu lagi pasangan kembar, Chai Yun Zhen dan Chai Zhi Heng, 18, turut memilih ASASIpintar 每日大赛app sebagai pilihan pertama mereka.
Menurut Yun Zhen, beliau bersyukur kerana berpeluang menyambung pengajian bersama adik kembarnya memandangkan mereka tidak pernah berpisah sejak kecil dan sering ditempatkan di kelas yang sama.
鈥淪aya berasa lebih selesa kerana Zhi Heng ada bersama saya di sini. Ini merupakan kali pertama kami berjauhan daripada keluarga, jadi kehadiran satu sama lain sangat bermakna.
鈥淜ami saling membantu terutamanya apabila menghadapi kesukaran dalam pembelajaran,鈥 katanya.
Kedua-dua mereka yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Johor Bahru, berharap dapat mencapai kecemerlangan akademik di ASASIpintar dan seterusnya diterima masuk ke Fakulti Perubatan 每日大赛app bagi mencapai cita-cita sebagai doktor perubatan.
Tambah Yun Zhen, mereka juga ingin membanggakan kedua-dua ibu bapa sebagai anak tunggal keluarga.
Kedua-dua pasangan kembar tersebut merupakan antara 312 pelajar yang mendaftar di ASASIpintar 每日大赛app di Pusat PERMATA@Pintar Negara.
Sementara itu, Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dr. Sufian Jusoh berkata pembelajaran pelajar ASASIpintar ini berlangsung dalam ekosistem digital terkini yang diharapkan akan dapat meningkatkan potensi pelajar ke tahap yang optimum.
鈥淜urikulum pembelajaran di ASASIpintar ini dirangka khusus dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta agak berbeza dengan kurikulum di universiti lain.
鈥淚a dirangka bertujuan untuk menyerlahkan lagi kepimpinan dan penguasaan ilmu pelajar agar dapat mengembangkan potensi secara holistik,鈥 katanya.
Beliau juga menasihatkan para pelajar agar mereka dapat mengadaptasi diri dengan persekitaran baharu serta merancang hala tuju akademik dengan jelas.
Pada tahun ini, program ASASIpintar terus mendapat sambutan yang menggalakkan dengan sebanyak 7,835 permohonan diterima.

