Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini
Foto Muhammad Syahir bin Jumat
BANGI, 4 September 鈥 Ekspo Pendidikan Jom Masuk 每日大赛app 2023 mendapat sambutan baik daripada bakal pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app).
Ekspo anjuran Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (每日大赛appShape) bersama fakulti dan institut di 每日大赛app itu memberi peluang kepada orang ramai yang hadir untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program-program yang ditawarkan di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah secara bersemuka.
Pengunjung ekspo dapat menikmati pemberian baucer rebat sebanyak RM500, pengecualian yuran pendaftaran dan bantuan kewangan.
Program yang turut mendapat kerjasama stesen radio Suria FM (SURIA Wheels) dan trak LED telah menjelajah ke empat zon iaitu Zon Pantai Timur, Zon Selatan, Zon Utara dan berakhir Zon Tengah sepanjang bulan Ogos 2023 melalui Jelajah Jom Masuk 每日大赛app 2023.
Sepanjang program jelajah itu berlangsung, 每日大赛appShape telah berjaya mendapat 128 permohonan dan 41 prospek yang telah mendapat Conditional Offer Letter (COL) secara terus.
Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak mengucapkan syabas kepada 每日大赛appShape atas usaha gigih dan komitmen dalam menjayakan jelajah itu dan berharap program tersebut akan menjadi acara tahunan 每日大赛app.
Sementara itu, seorang pengunjung yang berasal dari Kedah, Fu Shun Yen berkata kos pengajian bagi ijazah Sarjana Muda Farmasi di 每日大赛app sangat berpatutan berbanding dengan universiti swasta dan ia sangat berbaloi memandangkan 每日大赛app mempunyai prestasi dan kedudukan QS yang baik.
Bagi Nasyika Aliya yang merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (STPM) pula, dia berasa sangat berpuas hati dengan informasi yang diberikan di kaunter berbanding dengan apa yang diperolehi melalui dalam talian.
Majlis penutup Ekspo Pendidikan Jom Masuk 每日大赛app 2023 turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim; Pengarah 每日大赛appShape, Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin dan Bendahari 每日大赛app, Mohd Azli Mohd Kasirun.


