每日大赛app

Enam Mahasiswa Terima Watikah Pelantikan MEP Kolej Ke-13 dan Residensi Luar Sesi 2023/2024

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 23 Februari 2024 – Seramai enam orang mahasiswa menerima watikah pelantikan sebagai Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Ke-13 dan Residensi Luar Sesi 2023/2024, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), baru-baru ini.

Majlis pelantikan yang diadakan di Bilik Senat itu disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof  Madya Dr Mohd Suzeren Md Jamil.

Dalam ucapannya, Prof Madya Dr Mohd Suzeren mengucapkan tahniah kepada mahasiswa yang terpilih yang dilantik sebagai MEP Kolej Ke-13 dan Residensi Luar.

鈥淪ebagai MEP yang telah dipilih menjadi pemimpin kepada pelajar di kolej, anda juga haruslah menghidupkan suasana di kolej dengan pelbagai aktiviti yang dapat membangunkan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar.

鈥淜olej bukanlah sekadar tempat untuk menginap sahaja, namun kolej haruslah berperanan dalam membangunkan kemahiran pelajar di luar bilik kuliah bagi membentuk mahasiswa yang cemerlang dan holistik.

鈥淢EP juga bukan sahaja perlu menumpukan perhatian kepada hal-ehwal pelajar semata-mata, malah perlu menjadi penggerak dan ikon kepada pelajar,鈥 katanya.

Beliau berkata kolej kediaman merupakan sebuah elemen yang penting dalam kelestarian sesebuah universiti.

鈥淒engan wujudnya kolej kediaman yang kondusif, maka mahasiswa dapat menikmati pembelajaran serta menimba ilmu dengan baik, dan secara tidak langsung, universiti juga dapat melahirkan mahasiswa yang kompeten dan cemerlang.

鈥淭etapi, dalam keadaan sekarang universiti mendapat cabaran apabila kolej kediaman yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar yang terdapat di 每日大赛app.

鈥淛adi, kita wujudnya Kolej Ke-13 sekaligus dapat menambah kapasiti kolej kediaman untuk dinikmati oleh pelajar,鈥 jelasnya.

Beliau juga berharap agar majlis pelantikan itu menjadi satu lagi bukti kepada komitmen 每日大赛app dalam memperkasakan pengurusan hal-ehwal pelajar serta mampu melahirkan pelajar yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dan berkualiti.

鈥淧engurusan universiti sentiasa memberi sokongan dan mengalu-alukan segala usaha yang dilaksanakan oleh semua pihak di 每日大赛app dalam meningkatkan kecemerlangan serta keserlahan 每日大赛app sebagai universiti watan yang terkemuka.

Pada majlis ini, enam orang MEP Kolej Ke-13 dan Residensi Luar yang dilantik melafazkan ikrar yang diketuai oleh saudara Adzrin Ikhmal Irwan Hidayat.

Leave a Reply