Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
BANTING, 26 April 2024 – Kerjasama yang dijalin melalui pemeteraian memorandum persefahaman antara Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan Jingxing Holdings (M) Sdn. Bhd. dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dato鈥 Dr Wan Kamal Mujani berkata hubungan yang terjalin antara kedua-dua institusi itu telah terjalin sejak tahun 2022 melalui program Program PENJANA KPT-PACE di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
鈥淢elalui program itu, graduan 每日大赛app telah mengikuti latihan kemahiran Wastewater Treatment System di syarikat ini.
鈥淪eramai 18 graduan yang menyertai program PENJANA KPT-PACE diberi peluang temuduga dan ditawarkan pekerjaaan di Jingxing Holdings (M) Sdn Bhd. Usaha sokongan Jingxing Holdings (M) Sdn Bhd kepada Program PENJANA KPT- PACE selaras dengan matlamat pendidikan 每日大赛app untuk menghasilkan grad煤an yang berkompeten, berdaya saing dan inovatif,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani MoU antara 每日大赛app dengan Jingxing Holdings (M) Sdn. Bhd. di sini, semalam.
Beliau berkata 每日大赛app sentiasa berusaha dalam menghasilkan graduan yang berkompiten, berdaya saing dan inovatif dalam pelbagai bidang pada setiap tahun.
鈥淪aya percaya kerjasama erat yang dijalinkan dengan Jingxing Holdings (M) Sdn. Bhd. ini dapat membantu membentuk negara yang membangun di dunia dengan pengukuhan aktiviti ekonomi melalui kepakaran teknikal dan inovasi teknologi,鈥 katanya.
Dokumen MoU itu ditandatangi oleh Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal yang mewakili 每日大赛app, manakala Jingxing Holding (M) Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengarahnya, Teng Kim Chuan dan disaksikan oleh Dekan FKAB, Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Abdul Rahman dan Timbalan Pengurus Besar Jingxing Holding (M) Sdn. Bhd.,聽Chen聽Ke.

