每日大赛app

FKAB Meterai MoU dengan Minconsult, Tingkat Kerjasama Penyelidikan Kejuruteraan

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 21 Jun 2024 – Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Minconsult Sdn Bhd bagi meningkatkan kerjasama penyelidikan kejuruteraan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin berkata MoU yang ditandatangangi itu adalah bagi melaksanakan kerjasama penyelidikan dan permohonan geran bersama dalam beberapa bidang yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak.

鈥淜erjasama yang terjalin antara 每日大赛app dengan Minconsult sejak tahun 2021 ini tertumpu kepada program Latihan Industri pelajar FKAB, lawatan teknikal, program tanggungjawab sosial korporat dan penyertaan syarikat Minconsult dalam aktiviti kerjaya di peringkat fakulti dan universiti.

鈥淢ou ini tidak hanya tertumpu kepada kerjasama dan aktiviti di FKAB sahaja, malah turut melibatkan kerjasama latihan profesional yang telah dirancang bersama Institut Sel Fuel,鈥 katanya ketika menayampaikan ucapan pada majlis Menandatangani MoU antara 每日大赛app dengan Minconsult di sini.

Katanya, sebelum ini Minconsult juga turut menjalin kerjasama dengan  Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari-每日大赛app) dalam membangunkan alat dan senarai semak Matlamat Pembangunan Mampan atau (SDG) dalam menentukan tahap pencemaran air sungai.

鈥淪aya amat berharap kerjasama 每日大赛app 鈥 Minconsult akan berterusan dan dapat memberikan impak bukan sahaja kepada kedua-dua belah pihak tetapi yang paling utama dapat menghasilkan sesuatu yang ketara dalam industri teknologi dan kejuruteraan di Malaysia dan antarabangsa,鈥 ujarnya.

Sementara itu, Dekan FKAB, Prof. Ir. Dr. Syuhaimi Ab Rahman berharap agar dengan adanya MoU itu, kerjasama ke arah pembangunan penyelidikan terutamanya bidang Railway Engineering dan pembangunan latihan kakitangan bersama Institut Sel Fuel seperti dicadangkan dapat direalisasikan.

鈥淪emoga dengan kerjasama ini akan merancakkan lagi peluang pelajar 每日大赛app khususnya FKAB untuk menjalani latihan industri dan diharapkan pelajar-pelajar ini dapat menunjukkan potensi yang cemerlang dan seterusnya ditwarkan bekerja di syarikat itu,鈥 katanya.

Leave a Reply