Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
KUALA LUMPUR, 7 November 2024 – Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mengukuhkan kerjasama dengan SEED Contact Lens (M) Sdn. Bhd yang terjalin sejak tahun 2017 melalui pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak, baru-baru ini.
Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof Dto鈥 Dr Hanafiah Harunarashid berkata melalui kerjasama itu, SEED terus menyediakan kanta sentuh percubaan untuk tujuan perkhidmatan dan pendidikan, selain meningkatkan kualiti latihan klinikal dan perkhidmatan optometri di 每日大赛app.
Katanya, pada tahun 2023, SEED dengan murah hati telah menyumbang kanta sentuh percubaan bernilai lebih RM145,000 dan meminjamkan instrumen pemulihan visual, Retissa, bernilai RM14,000 untuk digunakan oleh pelajar semester kedua sesi akademik 2023/2024.
鈥溍咳沾笕黙pp beruntung kerana pelajar Program Optometri & Sains Penglihatan mendapat peluang yang berharga iaitu mendapat bimbingan kerjaya dalam bidang optometri, melalui kursus dan latihan yang disokong oleh SEED.
鈥淭ambahan pula, sejak 2023, SEED telah terlibat secara aktif dalam penyelidikan yang tertumpu kepada kanta sentuh untuk pesakit dengan kornea yang tidak teratur,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pertukaran Dokumen MoU antara 每日大赛app dengan SEED Contact Lens (M) Sdn. Bhd. Di ibu negara, baru-baru ini.
Dalam majlis yang sama, FSK 每日大赛app turut menyampaikan anugerah Teaching and Learning Contribution Award in 2024 kepada SEED sebagai mengiktiraf peranan aktif industri itu dalam meningkatkan sumber pengajaran dan pembelajaran.
Hadir sama ke majlis ini ialah Menteri Kedutaan Jepun di Malaysia, Atsushi Karimata; Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif聽 SEED Co. Ltd., Masahiro Urakabe; Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Prof Dr Bariah Mohd Ali dan Dekan FSK, Prof. Dr. Suzana Shahar.

