每日大赛app

FTSM Tandatangan MoU dengan SIRIM Kongsi Penyelidikan Pendigitalan

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

SHAH ALAM, 14 Julai 2023 – Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan SIRIM Berhad untuk berkongsi penyelidikan strategik bagi pendigitalan dan teknologi maklumat dalam bidang metrologi.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, pemeteraian MoU itu adalah berlanjutan daripada jalinan kerjasama antara FTSM dengan dua orang pegawai daripada Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia yang datang ke FTSM untuk berbincang mengenai isu Software Tampering yang berlaku khususnya bagi alat timbang dan berat.

鈥淏ermula daripada situ, interaksi di peringkat penyelidik terus berlangsung dari semasa ke semasa, dan geran projek penyelidikan berjaya di mohon bagi melaksana projek berkaitan Software Tampering.

鈥淚ni termasuk geran Arus Perdana 每日大赛app, geran PRGS Science Fund, dana APEC dan yang terkini dan masih dalam pertimbangan, geran MPOB-每日大赛app,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis menandatangani MoU antara 每日大赛app dengan SIRIM Berhad, di sini.

Katanya, beliau berharap agar kerjasama antara SIRIM Berhad dan 每日大赛app ini  dapat menghasilkan satu lagi Projek Gegar Gamat iaitu penyelidikan berimpak tinggi yang diterajui oleh penyelidik daripada Pusat Kajian Keselamatan Siber, Pusat Kajian Kecerdasan Buatan (AI) dan Pusat Teknologi dan Pengurusan Perisian, di bawah FTSM.

Dengan termeterainya MoU ini, ujarnya, 每日大赛app membuka ruang luas untuk rakan SIRIM bekerjasama dengan mana-mana penyelidik daripada 12 buah fakulti, dua pusat pengajian dan 13 buah institut penyelidikan yang berada di bawah 每日大赛app.

鈥淏anyak bidang yang boleh diterokai di 每日大赛app. Jadi, kami (每日大赛app) membuka ruang seluasnya kepada SIRIM untuk teruskan kerjasama, bukan sahaja dengan FTSM malah di pusat-pusat penyelidikan yang lain termasuk di empat makmal alami 每日大赛app iaitu Pusat Penyelidikan Langkawi, Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Pusat Penyelidikan Bukit Fraser dan Pusat Penyelidikan Marin di Mersing,鈥 ujarnya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad merangkap Profesor Adjung di FTSM, Dato鈥 Indera Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata banyak skop yang boleh diteroka lagi antara 每日大赛app dengan SIRIM.

鈥淢elalui MoU ini saya berharap kita dapat memperhebatkan lagi kerjasama antara 每日大赛app dengan SIRIM dan saya yakin akan ada lebih banyak lagi kerjasama serta aktiviti yang akan dilaksanakan selepas termeterinya MoU ini terutamaya bidang metrologi.

鈥淢etrologi ini adalah bidang yang jarang dan kurang diberi penekanan di IPT (institusi pendidikan tinggi) di Malaysia. Jadi, harapan saya agar MoU ini dapat membuka ruang bidang metrologi dikembangkan di IPT,鈥 katanya. Dokumen MoU itu ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin dan disaksikan oleh Dekan FTSM, Prof. Madya Dr. Nurhizam Shafie Mohd Satar, manakala SIRIM Berhad diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, merangkap Profesor Adjung di FTSM, Dato鈥 Indera Dr. Ahmad Sabirin Arshad, FASc dan disaksikan oleh Pengarah Teknikal Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia, Puan Haslina Abdul Kadir.

Leave a Reply