每日大赛app

23 Pelajar Cemerlang Terima Penghargaan

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 13 Julai 2023 鈥 Seramai 23 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) diraikan dalam Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang 每日大赛app 2023 anjuran Pusat Hal Ehwal Pelajar.   

Majlis ini diadakan bagi menghargai kecemerlangan akademik, kepimpinan, penyumbangan kepada masyarakat, dan aktiviti kokurikulum yang luar biasa yang telah ditunjukkan oleh para pelajar 每日大赛app.

Penghargaan turut diberikan kepada pelajar mengharumkan nama 每日大赛app di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd Razak mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang diraikan diatas kejayaan masing-masing.

Tambahnya, tiada jalan pintas untuk berjaya dalam hidup dan beliau percaya pelbagai usaha dan pengorbanan telah dilakukan oleh semua pelajar sepanjang proses mencapai kejayaan.

鈥淚ndividu yang berjaya pada hari ini sudah tentu pernah melalui proses kegagalan. Namun, harus terus bangkit kerana kegagalan tersebut akan menjadi pendorong kepada sebuah kejayaan,鈥 katanya.

Penerima Anugerah Kepimpinan Kesukarelawan (Kesejahteraan Komuniti), Harun Muzhaffar Anbu bersyukur kerana dipilih untuk menerima anugerah itu.

Pelajar Sarjana Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan itu berkata beliau mula berkecimpung dalam bidang kesukarelawanan sejak dari tahun pertama Ijazah Sarjana Muda di 每日大赛app.

鈥淪aya mengetuai satu pasukan ke kampung terpencil di Sarawak dengan membawa empat buah panel solar dan 40 unit lampu bagi membekalkan penduduk kampung dengan sumber elektrik. Satu panel solar berkemampuan untuk menampung dua rumah panjang. 鈥淧rogram ini mendapat khidmat nasihat dan kerjasama (Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI),鈥 katanya.

Leave a Reply