每日大赛app

HEP-每日大赛app Terima Tiga Buah Kenderaan, Mudahkan Pengurusan Aktiviti Mahasiswa

Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 16 Jun 2023 鈥  Anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Geothermal Resources Sdn. Bhd. (GRSB) menyumbang tiga buah kenderaan kepada Pusat Hal-Ehwal Pelajar (HEP-每日大赛app) bagi memudahkan pengurusan aktiviti pelajar.

Tiga kenderaan itu ialah dua buah pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah Van Toyota Hiace, disumbangkan oleh syarikat tersebut sebagai tanda penghargaan kepada pihak HEP-每日大赛app yang berperanan memberikan perkhidmatan secara langsung kepada pelajar-pelajar.

Selain itu, sumbangan itu juga dapat memberi kemudahan dalam pengurusan dan pemantauan aktiviti para pelajar serta menjadi pemudah cara dalam menguruskan soal-soal kebajikan secara keseluruhannya.

Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs.Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata sumbangan tersebut akan merancakkan lagi pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar, penyelidik dan industri melalui kerja lapangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

鈥淪aya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Canselor 每日大赛app atas tajaan nombor pendaftaran kenderaan khas iaitu 每日大赛app7001, 每日大赛app7002 dan 每日大赛app7003 bagi ketiga-tiga kenderaan ini,鈥 katanya semasa majlis penyerahan kenderaan tersebut, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama GRSB, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin  berkata beliau berharap agar sumbangan itu akan dapat membantu 每日大赛app untuk terus cemerlang dalam usaha melahirkan modal insan yang berjiwa watan, menyumbang kepada negara dan masyarakat umum. Upacara penyerahan kenderaan tersebut dilakukan melalui simbolik penyerahan replika kunci yang disampaikan oleh Naib Canselor kepada Pengarah HEP-每日大赛app, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, sambil disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil dan pengurusan tertinggi 每日大赛app.

Leave a Reply