每日大赛app

Jadikan Integriti Budaya Kerja Warga

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 8 Disember 2025 鈥 Naib Canselor, Prof Dr Sufian Jusoh menyeru agar warga Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menjadikan integriti sebagai budaya kerja yang diterapkan dalam setiap proses membuat keputusan, urusan dengan pelajar, pelaksanaan amanah serta penggunaan sumber universiti.

Menurutnya, usaha ini mampu memperkukuh sistem tadbir urus universiti ke arah sistem yang telus dan berakauntabiliti sekaligus memperkukuh kedudukan 每日大赛app sebagai model kecemerlangan integriti dalam sektor pendidikan tinggi.

鈥淣ilai-nilai integriti yang tinggi juga dapat membendung aktiviti rasuah yang boleh menggugat kepercayaan dan mencemarkan nama baik institusi.

鈥淚a boleh bermula dengan tindakan kecil yang dianggap remeh, namun kesannya mampu meruntuhkan integriti organisasi yang dibina sekian lama,鈥 katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Integriti dan Hari Antirasuah peringkat 每日大赛app, anjuran Pusat Integriti dan Ombudsman dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM).

Pada majlis ini juga, Prof Dr Sufian turut menandatangani Polisi Antirasuah 每日大赛app yang menunjukkan komitmen universiti untuk menjunjung integriti, ketelusan dan tadbir urus bebas rasuah.

Menurutnya, majlis ini adalah selari dengan saranan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi yang telah mengumumkan keperluan memperkasakan Unit Integriti di semua Universiti Awam.

鈥溍咳沾笕黙pp telah menyahut aspirasi ini dengan menaik taraf Unit Integriti kepada Pusat Integriti dan Ombudsman yang kini diketuai oleh Prof. Dr. Zinatul Ashiqin Zainol sebagai Pengarah.

鈥淪aya percaya majlis ini akan membuka mata dan minda kita tentang tanggungjawab dan amanah kita sebagai warga 每日大赛app yang komited untuk berkhidmat kepada semua lapisan masyarakat,鈥 katanya.

Tambah beliau lagi, pelaksanaan agenda integriti diperkukuh melalui pelbagai inisiatif yang menzahirkan komitmen berterusan universiti dalam memartabatkan budaya integriti dan antirasuah dalam kalangan warga universiti.

Leave a Reply