每日大赛app

Kolej Tun Syed Nasir Lancar Logo Baharu

Oleh Dr. Siti Hajar Zuber
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 13 Jun 2024 鈥 Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melancarkan logo baharu bersempena sambutan 25 tahun penubuhannya pada majlis Malam Gala Seribu Kenangan (MAGIK) 2024.

Logo bersempena sambutan 25 tahun penubuhan KTSN adalah berpegang kepada slogan 鈥淗ebat di Persada Pertiwi鈥 yang diterjemahkan sebagai seruan bagi warganya untuk sama-sama bergerak dalam mencapai cita menjadi yang terunggul di dunia.

Pengetua KTSN, Prof. Madya Dr. Mohd Razif Shahril berkata pelancaran logo ini merupakan tanda genap 25 tahun KTSN mencapai taraf sebagai salah sebuah Kolej Akademia terulung di 每日大赛app di samping 13 kolej akademia lain.

鈥淣aratif Kolej Akademia merupakan agenda utama yang menjadi tulang belakang dalam memperkasa kemahiran pelajar agar lebih berdaya saing dan holistik seiring dengan lembayung TERAS 每日大赛app,鈥 katanya.

Majlis turut meraikan pelajar tahun akhir dari Fakulti Pergigian, Farmasi dan Sains Kesihatan.

KTSN juga memberi penghargaan kepada mereka yang telah menyumbang dan mengharumkan nama kolej dalam pelbagai aspek melalui pengurniaan pelbagai anugerah dan insentif kecemerlangan kepada pelajar.

Sesi pelancaran logo ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil.

Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah kecemerlangan dan berharap agar kolej akan terus meningkatkan kecemerlangan mengikut acuan nilai 每日大赛app.

Turut hadir, Felo Utama Pejabat Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Mohd Firdaus Yahaya dan barisan Pengetua Kolej Akademia.

Leave a Reply