Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman
BANGI, 9 Mac 2024 鈥 Sebanyak tujuh buah penyejuk udara (air cooler) telah diserahkan kepada Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) hasil dari dana infak bagi kegunaan program keagamaan, pengajian dan keilmuan.
Menurut Pengarah Pusat Islam, Dr. Wan Haslan Khairuddin penyejuk udara ini merupakan inisiatif Pendaftar, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla yang telah berjaya mengumpulkan dana infak berjumlah RM13,313.
鈥淪umbangan ini adalah daripada para penderma yang terdiri daripada pengurusan tertinggi, alumni, warga 每日大赛app yang telah bersara dan rakan strategik universiti.
鈥淪umbangan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengunjung masjid terutama sekali pada bulan Ramadan seperti majlis berbuka puasa, tadarus al-quran dan tazkirah zohor,鈥 katanya.
Tambahnya, kerja menaiktaraf infrastruktur dan fasiliti Masjid 每日大赛app ini telah menelan kos sebanyak RM450,000 dengan menggunakan wang zakat sebanyak RM100,000, Pusat Islam RM150,000 dan peruntukan universiti sebanyak RM200,000.
Majlis yang sama turut menyaksikan perasmian Bilik Mesyuarat dan penaiktarafan sistem siar raya masjid, serta pelancaran Tabung Sumbangan Infrastruktur Masjid 每日大赛app.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak diiringi oleh Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.
Naib Canselor mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ringkas pada hari ini dan beliau berharap agar kemudahan yang disediakan dapat memberi manfaat kepada semua khasnya para jemaah di masjid 每日大赛app.


