Oleh Haiqal Rawlins
PERTH, 14 Mac 2024 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) komited dalam mempromosikan kecemerlangan akademik dan memupuk hubungan antarabangsa dalam landskap pendidikan tinggi yang sentiasa berkembang di Persidangan Asia-Pacific Association of International Education (APAIE) 2024 di Perth, Australia.
Pada persidangan tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Kassim membentangkan kertas ilmiah yang mempamerkan kepakaran dan pandangan 每日大赛app dalam membangunkan perkongsian antarabangsa yang mampan dan strategik.
Beliau berkata persidangan itu adalah peluang terbaik sebagai platform untuk berinteraksi dengan rakan antarabangsa sedia ada dan baharu.
鈥淧erbincangan dengan rakan antarabangsa ini memberi tumpuan kepada memperkukuh hubungan sedia ada dan meneroka peluang inovatif untuk membentuk perkongsian strategik yang dapat memberi faedah bukan sahaja kepada universiti tetapi juga kepada komuniti akademik secara menyeluruh,鈥 katanya.
Tambah beliau penyertaan 每日大赛app dalam persidangan antarabangsa itu menegaskan komitmen 每日大赛app untuk menggalakkan kecemerlangan akademik dan memperkukuhkan hubungan antarabangsa dalam landskap pendidikan tinggi yang sentiasa berkembang.
鈥淜ehadiran delegasi 每日大赛app di APAIE 2024 adalah bukti komitmen 每日大赛app yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan akademik, kerjasama antarabangsa, dan pencarian ilmu dalam dunia yang saling berkait secara global,鈥 katanya.
Turut sama hadir ke APAIE 2024 itu adalah Pengarah 每日大赛app Global, Prof. Madya Dr. Abdul Latiff Ahmad, Timbalan Pengarah Penerbitan dan Program Akademik, 每日大赛appShape, Prof. Madya Dr. Fariza Khalid dan Ketua Hubungan Media dan Penerbitan Korporat, Pusat Komunikasi Korporat, ur Haiqal Rawlins Una Abdullah .
Dalam persidangan itu, Prof. Madya Dr. Abdul Latiff dan Nur Haiqal Rawlins turut membentangkan kertas ilmiah yang menonjolkan komitmen 每日大赛app dalam memupuk kerjasama akademik global.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Education Malaysia Global Services (EMGS) terdiri daripada 14 institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh Malaysia.

