Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
SEBERANG JAYA, 5 Ogos 2023 – Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato鈥 Seri Utama Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman untuk menjadikan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 每日大赛app sebagai acara nasional, yang konsisten dengan ekonomi MADANI.聽
Katanya, persetujuan itu dibuat selepas berbincang dan mendapat nasihat Ketua Setiausaha Negara merangkap Pro-Canselor 每日大赛app, Tan Sri Dato鈥 Seri Mohd Zuki Ali dan meminta Naib Canselor menaikkan kertas secara rasmi.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa PERKEM mempunyai sejarahnya tersediri.
鈥淏eberapa input telah disampaikan oleh beberapa wakil dalam beberapa siri perbincangan dengan saya, dan saya meminta untuk menggubal dan merangka, terutamanya dasar ekonomi MADANI dengan tema tentang ketahanan, keterangkuman, yang selari dengan pemikiran MADANI,鈥 katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-16, 2023, di sini.
Persidangan yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeow dan Tan Sri Dato鈥 Seri Mohd Zuki itu membincangkan dasar dan polisi semasa berkaitan ekonomi serta perkongsian pengetahuan dan pandangan berkaitan agenda dan program pembangunan negara.
Selain itu, PERKEM ke-16 juga menjadi medium untuk ahli akademik serta pelbagai pihak termasuk pembuat dasar kerajaan, penyelidik dan sektor swasta untuk mengukuhkan lagi agenda dan program dasar negara.
Dalam ucaptamanya juga, Perdana Menteri turut meminta kepakaran yang dimiliki oleh institusi pengajian tinggi (IPT) dan universiti perlu diangkat bersama-sama kerajaan Pusat bagi memacu kemajuan negara dengan lebih pesat.
鈥淧erkara ini perlu bagi memastikan wujudnya sinergi dan kerjasama langsung dengan IPT serta universiti yang dapat dimanfaatkan oleh pentadbiran kerajaan Pusat.
“Saya akan meminta pengurusan IPT dan universiti memberikan laporan terperinci berkenaan kepakaran, tenaga akademik dan penyelidik yang dimiliki supaya dapat dipadankan dalam pentadbiran kerajaan Pusat,鈥 katanya.
Dato鈥 Seri Anwar berkata perkara seperti itu sudah lama dipraktikkan di China yang mana Malaysia masih lagi dengan pendekatan lama.
鈥淒i China, sinergi antara kerajaan dan kepakaran di universiti itu begitu aktif dilakukan yang akhirnya mendatangkan keuntungan kepada negara,” katanya
Bertemakan Ketahanan dan Keterangkuman dalam Memacu Pemulihan Ekonomi di era Ketidakpastian Geo-Politik, PERKEM ke-16 membariskan barisan ahli panel Forum Ekonomi yang tidak asing lagi iaitu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Johan Mahmood Merican; Pengarah MINDA-每日大赛app, Prof. Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Azlan Ghazali; Felo Akademi Sains Malaysia, Dato鈥 Dr. Madeline Berma; Pengarah, Ekonomi & Pembangunan Industri Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Encik Johari Minal dan Encik Terrence Dass sebagai pengendali forum.
