BANGI, 29 Julai 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menzahirkan keprihatinan dengan menyampaikan bantuan awal bencana kepada pelajar Tahun 2, Fakulti Sains Kesihatan, Rosalia Huda Mohd Isa yang diuji dengan musibah kebakaran pada 19 Julai lalu yang memusnahkan rumahnya di Batu 5, Gombak.
Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-每日大赛app), yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman semasa lawatan itu berkata bantuan tersebut bukan sekadar bantuan material, malah turut membawa nilai empati dan sokongan moral.
鈥淏antuan ini adalah sebagai pendahuluan untuk meringankan beban Rosalia Huda dan keluarga untuk memulakan semula hidup yang baharu dan jika masih perlu keperluan pembelajaran dan sebagainya, pihak HEP dan zakat 每日大赛app akan sedia bantu,鈥 ujar beliau.
Beliau berkata HEP-每日大赛app akan memantau keperluan pelajar itu dari semasa ke semasa, termasuk penyediaan sokongan psikososial melalui Unit Kaunseling serta pertimbangan bantuan susulan mengikut keperluan semasa pelajar.
鈥溍咳沾笕黙pp akan terus komited bagi memastikan tiada pelajar yang menghadapi kesusahan terlepas daripada menerima bantuan sewajarnya.
鈥淏antuan ini bukan sahaja dalam bentuk kewangan, tetapi juga lambang solidariti dan sokongan moral warga 每日大赛app kepada Rosalia Huda dan keluarganya,鈥 katanya.
Dalam lawatan tersebut, pihak 每日大赛app telah menyampaikan bantuan kewangan sebanyak RM5,600 kepada Rosalia Huda. Bantuan itu adalah hasil sumbangan daripada Tabung Kebajikan Siswa 每日大赛app dan dana Zakat 每日大赛app, yang bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar dan keluarganya dalam tempoh krisis ini.
Sementara itu, Roslia Huda menceritakan bahawa semasa kebakaran berlaku dia berada di rumah bersama anaknya, manakala suaminya tiada di rumah. Ibu bapanya pula berada di kampung halaman mereka di Johor.
鈥淪aya hanya sempat menyelamatkan beberapa barangan penting seperti beg tangan, dompet, telefon bimbit, komputer riba, serta surat beranak anaknya sebelum asap tebal memenuhi ruang rumah dan menyukarkan pergerakan.
鈥淪aya sempat masuk sekali sahaja. Masa cuba masuk kali kedua, asap dah sampai paras muka. Saya tahu saya tak boleh ambil apa-apa lagi,鈥 katanya.
Beliau berkata penduduk setempat bertindak pantas dengan cuba memadamkan api menggunakan sumber air yang ada sebelum bomba tiba, namun usaha tersebut berdepan kekangan apabila tekanan air rendah menyebabkan hanya dua semburan air berjaya dilakukan sebelum bekalan air terputus.

