每日大赛app

SERI 每日大赛app dan SEDA Malaysia Jalin Kerjasama Kukuhkan Penyelidikan

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2024 – Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia mengukuhkan kerjasama dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan beberapa aktiviti berkaitan kelestarian tenaga boleh diperbaharui.

Timbalan Pengarah SERI, Prof Madya Dr Norasikin Ahmad Ludin yang juga merupakan ketua projek bagi kerjasama ini berkata 每日大赛app dengan SEDA Malaysia bakal melaksanakan kajian bersama, pembangunan modal insan, khidmat rundingan dan perkongsian kepakaran, penerbitan bersama serta kajian dasar.

鈥淪elain itu, melalui kerjasama ini juga, kita (SERI) bakal merealisasikan pengambilan pelajar melalui saluran APEL.Q untuk program penyelidikan,鈥 katanya semasa ditemu bual selepas Majlis Pertukaran Dokumen MoU antara 每日大赛app dan SEDA Malaysia, di sini semalam.

Pertukaran dokumen MoU yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu melibatkan Pro Naib Canselor Strategi dan Kewatanan, Prof Dato鈥 Dr Roslee Rajikan, yang mewakili 每日大赛app, manakala SEDA Malaysia diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato鈥 Dr Hamzah Hussin dan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Dato鈥 Sri Hj Fadillah Hj Yusof.

Prof Madya Dr. Norasikin berkata 每日大赛app adalah rakan baharu dan menjadi universiti pertama yang menjalin kerjasama dengan SEDA Malaysia.

鈥淜erjasama ini lebih kepada projek-projek yang akan kita jalankan pada masa akan datang, bukan sahaja untuk SERI, tetapi seluruh 每日大赛app (fakulti/ institut) boleh bekerjasama termasuk untuk projek-projek yang melibatkan tenaga geotermal.

鈥淪elain itu, kita juga akan adakan kursus, latihan dan kerjasama penerbitan dari segi jurnal dan laporan-laporan termasuk kajian dasar,鈥 katanya.

Leave a Reply