Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 23 Ogos 2024 鈥 Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah menyambut ulang tahun ke-40 dengan meraikan kecemerlangan dalam bidang akademik serta jaringan industri dan masyarakat.
Bertemakan 鈥楳enang di Mata Dunia Menang Di Hati Masyarakat鈥, sambutan ini turut menyantuni mantan dekan, alumni, panel penasihat industri, profesor emeritus dan profesor kehormat FKAB.
Menurut dekan FKAB, Prof. Ir Dr Mohd Syuhaimi Ab. Rahman, fakulti yang bermula dengan dua jabatan kecil ini telah mencapai tahap yang membanggakan dengan pencapaian cemerlang dalam akademik dan penghasilan graduan berkualiti.
鈥淧erkembangan ini berlangsung secara berperingkat dan meliputi aspek-aspek fizikal dan juga fizikal seperti prasarana, program pengajian dan juga kualiti pendidikan dan penyelidikan.
鈥淧engisian program yang telah dirancang sepanjang sambutan ini benar-benar memberikan kelebihan kepada warga terutamanya di dalam membangunkan skil skil kemahiran insaniah, kemahiran merancang, berkomunikasi, kepimpinan secara holistik.
鈥淜emahiran ini seterusnya melahirkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dan seterusnya menaikkan nama 每日大赛app di reputasi terbaik,鈥 katanya.
Majlis ini disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak.
Beliau berkata, warga FKAB bukan sahaja disanjung dan dirujuk di dalam negara tetapi juga mencapai kejayaan cemerlang diperingkat antarabangsa dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan kimia, kejuruteraan elektrik dan elektronik, pendidikan kejuruteraan dan seni bina.
鈥淩amai alumni FKAB terus memainkan peranan dalam kemajuan negara dan menjadi peneraju utama di pelbagai sektor awam, korporat dan swasta.
鈥淜egemilangan alumni sangat penting dalam membawa imej kepada kejayaan sesebuah universiti. Seharusnya hubungan alumni dan universiti terus diperkukuhkan dengan penganjuran pelbagai aktiviti untuk pembangunan sahsiah mahasiswa, kurikulum akademik dan kebolehpasaran graduan,鈥 katanya.

